Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Thursday, January 03, 2008
Behind the Wall dan Hak Asasi Manusia
Pakcik aku masih tidak sedarkan diri di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana sakit yang berpunca daripada kencing manis.
Namun, aku berjanji dengan mak dan saudara-mara, sekiranya apa juga yang terjadi, aku akan pulang secepat mungkin.
Aku bertolak dari rumah lebih kurang jam 12.30 pagi, 28 April. Mesyuarat Bahagian yang tegang dan berita kematian Benazir Bhutto terus bermain-main dalam fikiran. Pada siang harinya pula aku adakan sidang media mengenai isu rasuah Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed di pejabat KeADILan.
Kereta yang membawa aku ke Pulau Pinang sudah agak lama menunggu.
(dari kiri) Samsudin Lappo, aku, Zulkiflee, Ali, dan Syed Bakar & isteri
Pembentangan
Aku tiba di Pulau Pinang kira-kira jam 5 pagi selepas berhenti di Tapah untuk makan malam (subuh). Perjalanan agak letih tetapi cuaca baik memudahkan perja
lanan kami.
Aku membentangkan ”Human Rights and Arts” yang menyentuh mengenai kebebasan bersuara melalui kesenian. Forum diadakan di Galeri Innovasi Dan RekaCipta , Pusat Seni , Universiti Sains Malaysia ( USM) Pulau Pinang.
Fokus yang aku ketengahkan ialah kebebasan bersuara melalui grafitti. Kes-kes yang aku bentangkan banyak melibatkan artis seperti Wong Hoy Chong dan pameran ’Tangsan Dalam Derita’ yang dianjurkan oleh RA Gallery tidak berapa lama dahulu.
Sebelum membuat pembentangan aku, aku siarkan filem pendek ’18?’ karya Danny Lim.
Selain aku, Shahrul Anuar Shaari (pensyarah USM, artis), Zulkiflee (artis) dan Samsudin (artis) turut membentangkan karya masing-masing.
Pameran dan jualan akan berlanjutan sehingga 15 Januari 2008.
Aku ingin ucapkan terima kasih kepada jemputan Studio di Kala Jingga khususnya Ali dan Zulkiflee yang banyak mendokong aku dalam beberapa kerja kreatif yang tidak mampu aku lakukan bersendirian.
Sesungguhnya, jemputan tersebut tidak dapat aku tolak.
Berikut ialah hasil tulisan aku yang diselitkan di dalam katalog Behind the Wall
Seni Sebagai Cabang Hak Asasi
Seni ialah sebahagian daripada hak asasi manusia tidak mengira latarbelakang; kepercayaan, bangsa, keturunan dan budaya.
Menurut Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, setiap daripada kita bebas untuk berfikir mengenai apa yang kita fikirkan patut untuk diketengahkan. Tidak ada sesiapa boleh menghalangnya. Setiap daripada kita juga bebas untuk berkongsi ide-ide tersebut dengan yang lain sungguhpun mereka itu daripada Negara asing (artikel 19).
Di Malaysia, kebebasan untuk bersuara dijelaskan dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 10 (1) (a) yang mana menjadi kitab utama alam perundangan Negara. Namun, hak tersebut bukannya hak mutlak dimana ia diperuntukkan seperti yang dinyatakan di dalam Artikel 10(2) dan (4) dalam Perlembagaan yang sama.
Di Negara ini, sungguhpun Perlembagaan memberi kebebasan kepada setiap rakyatnya untuk bersuara, tetapi tedapat beberapa akta yang bercanggah dengan kebebasan tersebut seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1972, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Hasutan 1949, Akta Penerbitan dan Percetakan 1984 dan Akta Universiti dan Kolej Universiti.
Sungguhpun hak untuk kebebasan bersuara kekal sebagai suatu yang imperatif, ia menjadi suatu yang sama penting yang perlu diambilkira terutama sekali dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan budaya.
Lukisan dan arca adalah sebahagian daripada cabang seni yang secara nalurinya juga memberi lapangan kepada artis untuk meluahkan isi hati mereka.
Seni melingkungi pemikiran, tubuh, nyawa, kapasiti intelek, emosi gerak hati; yang mana keseluruhannya penting sebelum sesebuah hasil kerja disiapkan – pemikiran menjadi factor kritikal yang mempengaruhi potensi.
Namun kita berada di dalam keadaan kemungkiran mental di mana ia mengganggu artis dalam menggunakan pemikiran, tubuh dan nyawa lantas gagal untuk untuk menterjemahkannya melalui kapasiti yang ada.
Selain itu, sektor perbadanan di mana wang dan ekonomi menjadi keutamaan, atau kerajaan yang mengongkong interpretasi budaya. Terdapat juga pihak ketiga; galeri, pengurus, penerbit, broker atau promoter yang bertindak bagi pihak artis, agen penjual bahan-bahan seni serta menyediakan tempat untuk 'bersuara'.
Hasil karya Haris Hamsani; (Cheritera). Lukisan beliau datang dengan siri 'Batu'
Labels: Human Rights and Arts, Studio di Kala Jingga, Universiti Sains Malaysia, USM, Wong Hoy Chong
0 Comments:
Post a Comment
<< Home