Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, October 20, 2007

P.Ramlee The Musical: Tiara Pilih Blogger?



Pementasan preview P.Ramlee The Musical (PRTM) Khamis lalu hanya diberikan kepada wartawan-wartawan yang ‘bersebelah’ dengan pihak penerbitan manakala pihak-pihak lain tidak dibenarkan untuk hadir untuk membuat liputan.

Pementasan yang sepatutnya dibuka untuk wartawan ditahan daripada diberikan pass. Pihak penerbitan memberi alasan bahawa hanya akhbar dan blog yang dibenarkan oleh pihak atasan (Enfiniti Productions Sdn Bhd) sahaja akan diberikan pass dan membuat liputan.

Alasan yang diberikan ialah arahan daripada (Datin Seri) Tiara Jacquelina. Apabila diminta penjelasan lanjut, wakil penerbitan tidak dapat memberikan dan tetap mengulangi bahawa mereka menjalankan atas arahan Tiara.

Beberapa hari sebelum sekatan dibuat oleh syarikat penerbitan, Reporters Without Borders (RSF) mengumumkan Indeks Kebebasan Media bagi Malaysia yang mana indeks Negara ini jatuh 32 tangga kepada 124.

Salah satu alasan yang diberikan oleh RSF ialah arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin kerajaan kepada para pengarang akhbar dalam mencampuri keputusan editorial.

Menurut RSF juga , kemerosotan Malaysia dalam kebebasan media ialah apabila kerajaan mengambil tindakan terhadap bloggers dengan menahan mereka, menjalankan soalsiasat serta mengambil tindakan mahkamah.

Tiara Jacquelina merupakan isteri kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Effendi bin Norwawi.

PRTM mendapat kerjasama kumpulan Berjaya milik jutawan Vincent Tan (yang juga didakwa terlibat dalam skandal video VK Lingam) dan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KeKKWa) yang menterinya, Datuk Seri Utama Rais Yatim yang didakwa pernah merogol pekerja warga Indonesia.



P.Ramlee Serani

Watak P.Ramlee dalam PRTM dipertanggungjawabkan kepada Sean Ghazi, seorang pelakon, penyanyi berbangsa serani. Sean pernah menghasilkan album, 'SEAN GHAZI – SEMALAM' yang membawa lapan pencalonan dan dua anugerah dalam Anugerah Industri Muzik .

Pemilihan Sean sebagai watak utama, P.Ramlee tidak sesuai dengan sifat ‘lembut’ beliau yang bercanggah dengan sifat personaliti P.Ramlee sendiri.


Siti Dalam Teater

Penyanyi bergelar Datuk, Siti Nurhaliza pula diberikan kepercayaan untuk memegang watak Azizah, wanita yang menjadi pujaan P.Ramlee ketika berada di Pulau Pinang.

Siti diiktiraf sebagai penghibur antarabangsa selepas beliau Berjaya membuat persembahan di Royal Albert Hall, London. Di London, sesiapa sahaja biasa mengadakan persembahan kerana dewan tersebut memang terbuka untuk disewa. Tempat itu juga pernah diadakan majlis hari jadi orang kebanyakan.

Selain itu, PRTM juga dijayakan oleh Liza Hanim, Melissa Saila dan Atilia masing-masing memegang watak Saloma, Norizan dan Junaidah; isteri-isteri kepada P.Ramlee.



Kumpulan Infinatez (finalis Gangstarz), Chedd Yusuf (pemenang Audition), Izlyn Ramli, Ida Mariana, Maya Tan, Colin Kirton, Douglas Lim dan Joseph Gonzales merupakan watak-watak pembantu dalam teater yang bermodalkan jutaan ringgit.

Teater itu mendapat bantuan daripada krew bantuan seramai sekurang-kurangnya 48 orang.


Menang Anugerah?

Tiara bersama Enfiniti pernah menerbitkan filem Puteri Gunung Ledang (PGL) di mana Tiara sendiri berlakon sebagai watak utama dan kemudiannya menerbitkan pementasan Puteri Gunung ledang The Musical.

Sungguhpun berjaya mendapat titel Box-Office, kedua-duanya tidak dapat dibanggakan dalam konteks penganugerahan. Kedua-dua penerbitan itu juga melibatkan jutaan ringgit dalam pelaburannya.

Dalam teater PGL, Tiara juga mengambil seorang serani untuk memegang watak utama dan didakwa merosakkan flora dan fauna di sekitar Cameron Highlands ketika penggambaran PGL The Movie.


"P.Ramlee The Musical..The Life, The Loves & The Inspiration" mula dipentaskan pada 18 Oktober hingga 3 November ini di Istana Budaya.

Tiket-tiket dijual pada harga RM30, RM50, RM80, RM120, RM150, RM180 dan RM200.


Labels: , , ,

2 Comments:

At 10:57 am, Anonymous Anonymous said...

ada beberapa orang kawan aku (wartawan) cakap - kalau tulis atau kritik apa sahaja lakonan datin tiara, atau apa sahaja yang diterbitkan oleh datin tiara; maka, suaminya akan call terus akhbar tersebut (pengarangnya). Perkembangan terbaru, walaupun tiketnya dah sold out- tapi, ramai yang keluar panggung ketika belum habis persembahan teater muzikal. Jadi, mudahnya, kalau nak berjaya dalam teater Malaysia, pastikan isteri anda seorang menteri, atau isteri anda seorang menteri.

 
At 9:32 pm, Blogger Unknown said...

Luth...

Terima kasih atas input saudara. Berrkaitan dengan kawalan Affandi Nawawi terhadap media, sya tidak dapat maklumat yang cukup.

Saya akan cuba dapatkan maklumat mengenai alasan mengapa penonton keluar panggung sebelum teater selesai. Saya tidak dapat buat pemerhatian kerana tidak dibenarkan untuk datang.

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com