Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, October 01, 2007

Nonton TV Interaktif



Pada 22 September lalu keluarga aku ada buat semacam gathering tradisi. Kita lakukan setiap kali Ramadhan, setiap minggu, bergilir-gilir.

Pada masa itulah semua ahli keluarga berkumpul, solat Maghrib, Isya', terawih bersama-sama.

Setiap kali berjumpa, macam-macam topik diperbincangkan; bisnes, politik, blog aku (blog aku pun jadi topik!)

Dia minta aku lawat laman yang baru dan minta sedikit review.

Aku tak tunggu panjang, terus lawat dan hhmmm very impressive.

Sebuah laman interaktif di mana rancangan-rancangan TV yang telah ditayangkan boleh dinonton siaran ulangannya, tanpa iklan melalui internet.

Sila klik di sini untuk lihat sendiri.

Rancangan-rancangan yang disiarkan ialah Susuk, Manjalara, Kaber Hero Kaber Zero, Jelatang, 360, Melodi, Jangan Tidur Lagi, Majalah 3 dan Muzik Muzik.

Selain itu, banyak lagi rancangan lain terbitan TV3 dapat ditonton menerusi laman web ini.

Aku puas hati. Bagi aku yang kerja tidak kira masa, hari boleh menonton bila-bila masa yang aku nak.

Syaratnya, mestilah memiliki broadband yang mampu menampung bandwith tersebut. Itu sahaja. Tidak perlu subscribe, dan keluar wang untuk menonton itu semua.

Kualiti juga dalam lingkungan kepuasan aku. Tidak ada pixelette (gambar pecah), suara jelas dan kualiti gambar cantik.

Forum untuk Tingkatkan Kualiti

Disamping itu, laman tersebut juga ada forum-form yang memberi ide secara tersu kepada penerbit mengenai apakah topik-topik yang dirasakan sesuai atau patut dipaparkan dalam laman tersebut.

Aku kita cara itu memang baik kerana topik-topik yang diberikan oleh penerbit tidak semestinya menjadi sukaan penonton. Biarlah penonton yang memberi cadangan.

Susuk

Aku memang jarang menonton TV dan selalunya ketinggalan apabila rakan-rakan membincangkan rancangan-rancangan TV terkini.

Dengan laman ini, aku mula mengenali Susuk. Sememangnya akulah fan filem seram. Nak tengok koleksi aku? You dont beleive it.

Senario

Berdasarkan Readers Digest, lawak ialah ubat yang paling mjuarab dalam segala banyak penyakit.

Dalam jangka pendek, bolehlah kita layan Senario dengan lawak-lawak bodoh mereka.

Gathering seterusnya ialah di rumah aku minggu depan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com