Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Thursday, October 04, 2007
Panel Tak Jamin Pemberi Maklumat Dilindungi
KUALA LUMPUR 4 Okt – Panel bebas yang menyiasat kesahihan klip video peguam Datuk VK Lingam memberitahu bahawa sesiapa sahaja boleh datang untuk memberi maklumat mengenai rakaman video peguam tersebut bersama Ketua Hakim Negara, Tan Sri Ahmad Fairuz Abdul Halim dalam percaturan Ketua Hakim negara di negara ini.
Namun, makumat yang diterima tidak akan dijamin untuk dirahsiakan. Ini bermakna, saksi-sasi yang datang memberi maklumat mengenai kesahihan klip video tersebut berkemungkinan akan didedahkan identiti mereka dan menghadapi pelbagai tekanan.
Panel tersebut juga telah mengesahkan semalam bahawa mereka tidak mempunyai kuasa di bawah undang-undang.
Bagi Parti Keadilan Rakyat (keADILan), penyiasatan daripada ketiga-tiga panel tersebut tidak akan memulihkan sistem kehakiman di negara ini.
Naib Presidennya, Sivarasa Rasiah berkata, selain krisis kehakiman yang dibawa oleh Pengerusi Panel, Tan Sri Haidar Mohd Noor pada tahun 1988 dahulu, peranan Haidar ketika menjatuhkan hukuman di Mahkamah Rayuan terhadap salahlaku Dato VK Lingam pada Oktober 2000 yang lalu menjadikan beliau tidak layak dilantik sebagai pengerusi sebuah panel bebas.
Sivarasa mengambil contoh kes Insas Bhd, wartawan Asian Wall Street Journal di mana wartawan tersebut pindaan dalam kenyataan balasnya ditolak oleh hakim yang pada ketika itu Haidar.
"Kenyataan Pura (wartawan) adalah untuk menyediakan justifikasi terhadap artikelnya," kata Sivarasa yang juga seorang peguam.
"Tetapi, Mahkamah Tinggi menolak permohonan tersebut," tambah Sivarasa lagi.
Menurut Sivarasa, perkara ini jarang terjadi dalam kes-kes biasa perbicaraan apabila pihak tertuduh tidak diberi peluang untuk membentangkan kenyataan hujahnya.
Dalam sidang media yang dibuat hari ini, Sivarasa bersama ko-ordinator politik bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sim Tze Sin (gambar kanan) akan dipanggil sekali lagi ke Ibu Pejabat Badan Pencagah Rasuah (BPR).
"Kami akan ke sana walaupun notis diberi dalam masa yang suntuk," kata Tze Sin.
"Kami sudah dipanggil dua kali dan kami mahu BPR memberitahu kami bila VK Lingam pula akan dipanggil," katanya lagi.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home