Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, October 10, 2007

Seketika Bersama Din Merican

Din Merican diapit oleh Tian Chua (kiri) dan penulis (kanan)


Pada 4 Oktober lalu, saya berkesempatan berjumpa dengan seorang figur baru dalam keADILan. Dalam usia 68 tahun, beliau semangat dalam melihat perkembangan politik yang semakin merudum sehari demi sehari.

Kemasukan beliau dalam Parti, kami adakan satu sidang media.

Masih baru untuk menilai keupayaan beliau sungguhpun sudah banyak cerita yang saya dengar mengenai beliau. Namun, apa yang saya boleh ucapkan semoga beliau berjaya, seronok dan komited dalam perjuangan baru.

Dan aku? Rakan-rakan adakan jamuan berbuka puasa untuk aku sebagai tanda selamat datang ke bidang baru yang aku akan ceburi!
TUNGGU

BIOGRAFI DIN MERICAN

Din Merican, seorang penasihat pengurusan dalam bidang kewangan yang berpengalaman.

Beliau kini salah seorang peneraju kepada sebuah syarikat konsultan yang memfokus dalam polisi luar, professor di University of Cambodia dan fello di Cambodian Institute for Cooperation and Peace (CICP).

CICP ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berkempen untuk kemasukan Kemboja ke dalam ASEAN. Bersama Dr Kao Kim Hourn, Din pernah menerbitkan buku bertajuk “Peace and Cooperation in ASEAN: Alternative Paradigms, London: ASEAN Press, 1997.”

Semasa di luar negara, Din Merican pernah berkhidmat dalam sector kerajaan sebagai pembantu setiausaha (politik) kepada Kementerian Luar di Burma, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina, dan Vietnam Selatan. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Pembantu Khas kepada Setiausaha di hal-ehwal keselamatan dan ketenteraan.

Dalam kerajaan, Din Merican pernah terlibat sebagai setiausaha bersama Jawatankuasa Intelegensia British-Malaysia semasa tempoh konfrontasi di Indonesia pada 1963-1965.
Bank Negara pernah meneirma perkhidmatan beliau (1965 – 1972) sebagai Analis Pengurusan dan pernah menyandang jawtan Pengarah Urusan di KPM Khidmat, sebuah syarikat konslutan kepada Bank Pertanian Malaysia.

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai pengarah Perancangan Pengurusan (1976-1978) kepada Kumpulan FIMA Berhad (dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan yang erlibat dalam perniagaan pemprosesan makanan).

Pada 1978-1991 beliau meyertai Kumpulan Sime Darby Berhad dalam penstrukturan semula kewangan.

Mempunyai pendidikan dari Universiti Malaya dalam bidang Ekonomi (1963), Sarjana dalam Perniagaan dan Kewangan dari George Washington University (1970) dan pernah menjalani kursus di Peranchis dalam bidang Pengurusan Lanjutan (1989).
Dalam bidangnya, Din Merican lebih cenderung kepada mengajar pelajar-pelajar lepasan ijazah yang mengkhusus kepada Perniagaan Antarabangsa, Ekonomi dan Pengurusan Strategi Global.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com