Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Wednesday, October 10, 2007
Metta Sutta, Petronas dan Burma
Selepas aku paparkan nota solidariti yang dibacakan oleh beberapa NGO semasa candle light vigil yang diadakan di KLCC pada 5 Oktober lalu, aku terima banyak mesej terutama melalui rakan-rakan di facebook.Rata-ratanya minta dikongsi bersama gambar-gambar mereka dan paparan perhimpunan tersebut.
Gambar-gambar dengan ihsan Eduardo L. de Oliveira dan Yohendra Nadarajan dari Amnesty International (Malaysia)..Thank you guys!
Aku mula terfikir apakah bentuk paparan yang perlu aku buat? Apakah signifikannya kami membuat satu perhimpunan pada waktu selepas berbuka puasa di Menara Berkembar? Apa yang penting ialah mesej yang jelas kepada Petronas dan kerajaan Malaysia supaya tidak lagi menjalankan (atau hentikan buat sementara waktu) sebarang hubungan perdagangan mahupun diplomatik dengan negara yang tidak menghormati demokrasi dan hak asasi manusia.
Metta Sutta (Terjemahan dari Seruan Doa Para Sami di Burma)
Aku tertarik dengan sajak terjemahan yang dibaca oleh Rahmat Haron pada malam itu:
Ini jejak aman jalan kedamaian
mencari benar kebaikan
Moga lurus dan kudus
tanpa sombong dan angkuh menghapus
Moga dipermudah jalan ketenangan
Tenteram bijaksana tanpa riak
Nyaman hening berkongsi hidup
Tak mengganggu sesiapa
Moga semua senanga gembira
Moga selamat riang penuh ria
Tua atau muda, lelaki atau perempuan, pandai atau bodoh, sihat atau sakit, melihat atau butam dekat atau jauh, lahir atau yang dikandung, moga semuanya bahagia.
jangan sesiapa atas marah atau benci menindas sesiapa.
moga kita menghargai setiap hidup
mari kita siram seluruh dunia dengan keikhlasan, dengan cinta kasih sayang tak bersyarat.
Berdiri atau berjalan, duduk atau berbaring, setiap detik moga kita sedar pada hati nurai dan pada jalan kehidupan ini.
Inilah sebaik-baik jejak.
1 Comments:
Salam Aidilfitri untuk rakan virtual sekalian. Maaf Zahir Batin.
Love, Lady Mariah (Kota Kinabalu, Sabah)
Post a Comment
<< Home