Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, October 13, 2007

Salam Eidul Fitr

\


Esok Hari Raya! Adakah aku menunggu-nunggu tarikh tersebut? Jawapannya: Tidak seperti kanak-kanak yang tak sabar-sabar untuk mempergayakan baju yang dibeli oleh ibubapa mereka.

Pada malam selepas aku berniaga kuih Raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, kami main bunga api. Teringat lah pulak zaman kecil.

Tidak semua orang gembira di Hari Raya ini.

Rakan baik aku, Syed Shahir baru sahaja kehilangan isterinya akibat barah. Aku bersama ibu berada di rumah arwah selepas kami bersahur sehingga mayat dikafankan.

Ada juga yang gembira; Kak Jah akhirnya berjaya memperolehi hak penjagaan Kamil selepas empat tahun. Tahniah. Sudah pasti Hari Raya ini sungguh bermakna buat mereka.

Aku nak ucapkan takziah kepada Pak Syed dan keluarganya tas pemergian Allahyarhamah Salbiah Samsudin.

Kamil datang kepada aku sendiri bahawa dia sekarang tinggal bersama mama nya.

Persiapan untuk delegasi BESIH ke Suhakam untuk menghantar nota bantahan atas keputusan Suhakam tidak akan mengadakan inkuri awam terpaksa diambilalih oleh Medeline. Kami hanya berurusan melalui telefon dan e-mel. Aku terpaksa berada di Shah Alam untuk memastikan urusan jenazah 'Kak Salbiah' selesai.



Zappa (wartawan Malaysiakini) menemuramah aku dua kali melalui telefon sebelum aku betolak ke Suhakam. Nak rehat sekejap pun susah!

Pesuruhjaya, Dato Siva Subramaniam menjemput kami untuk naik ke Tingkat 29 tapi kami lebih selesa untuk mengadakan pertemuan di bawah sahaja sungguhpun hujan lebat.

Semalam pula, aku sibuk melayan pelanggan-pelanggan TOKOBUKU selepas kami mendapat hak menjual buku Laporan Khas: Oil for Money. Buku yang mendedahkan skandal Pak Lah. Semua nak cepat.

Pada Hari Raya Pertama, filem CINTA akan ditayangkan. menerusi NTV7 pada pukul 10.15 malam. Saksikan Putra LRT, KTM Komuter berselisih di Abdullah Hukum. Saksikan Taufik bercinta dengan gadis bukan dara.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com