Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, August 04, 2005

Polis munafik kalau tidak bebaskan suami saya

Tanggal 27 Ogos ini genap empat tahun penahanan anak kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Abdul Aziz di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA). Tempoh tersebut adalah perlanjutan daripada tempoh dua tahun yang sepatutnya berakhir pada Ogos 2003 yang lalu.

Dalam kempen "Malaysia Bebas dari ISA," isteri kepada Nik Adli, Sles Monira, 33 sering menekankan sifat munafik yang jelas di kalangan pegawai-pegawai polis cawangan khas (SB).

Pihak polis berjanji padanya untuk membebaskan suaminya selepas tempoh dua tahun. Mereka juga untuk berjumpa Nik Adli di Balaip Polis Kota Bharu empat tahun alu untuk 'berbincang' tetapi kemudiannya terus ditahan sehingga kini.

Akhirnya, Sles mendakwa pihak polis berbohong kepadanya dan seluruh keluarga Nik Adli dengan janji-janji tersebut.

Faisal Mustaffa sempat menemubual Sles Monira di Sri Kelantan, Kuala Lumpur ketika beliau bersama isteri-isteri tahanan yang lain menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada 15 Julai lalu bagi membebaskan suaminya.
berjanji kepadanya untuk






FM: Apakah pertuduhan sebenar yang diletakkan ke atas Nik Adli sehingga beliau dianggap sebagai seorang yang mengancam keselamatan negara?

Sles Monira (SM): Tiada surat yang dikirimkan kepada kaum keluarga mengenai penahanan Nik Adli. Keluarga hanya mengetahui sebab pertuduhan melalui akhbar yang disiarkan pada 5 Ogos.

Dalam akhbar itu, Nik Adli dituduh sebagai perompak bank, melakukan beberapa pembunuhan, mengambil senjata yang dihantar dari Filipina dan selatan Thai, terlibat dengan aktviti Mujahidin di Afghanistan dan ketua perancang bagi melakukan beberapa usaha untuk mewujudkan kumpulan mengganti kerajaan sedia ada.

FM: Adakah anda percaya terhadap tuduhan-tuduhan tersebut?

SM: Minta maaf kalau saya katakan bahawa sedikit pun saya tidak percaya.

Sebagai isteri, saya berada bersama Nik Adli 24 setiap hari. Saya tahu rutinnya setiap hari. Saya pernah mengadu ke Suhakam ketika Nik Adli disoalsiasat di Bukit Aman Nik dan jua ketika Adli berada di kem tahanan.

Setiap pertemuan dengan Suhakam, saya menceritakan kepada mereka apa yang dilakukan oleh Nik Adli dan ia melakukannya secara rutin.

Pada waktu Subuh, Nik Adli ambil sarapan dan membaca al-Quran. Selepas itu, dia mengajar di sebuah sekolah agama yang jaraknya cuma 50 langkah dari rumah, iaitu berada satu wilayah kecil Pulau Melaka, Kota Bharu.

Pada waktu tengahari, Nik Adli akan pulang ke rumah untuk sembahyang zohor. Kemudiannya dia akan mengadakan kelas tambahan sehingga Asar.

Di waktu petang, Nik Adli akan pergi bermain dengan ayam seramanya. kalau tidak pun, dia akan berkebun dengan Tok Guru di belakang rumah Sehingga Maghrib.

Pada waktu selepas Isya' pula, Adli mengajar tuisyen hingga jam 11 malam.

Selepas itu dia pulang ke rumah untuk menonton TV sehingga tidur.

Pada waktu cuti, dia melakukan senaman bersama pelajar-pelajar sekolah. Ada kalanya, Ziarah keluarga.

Jadi, saya terkejut apabila dituduh dengan pelbagai pertuduhan.

Sepanjang yang saya mengenali Nik Adli, beliau ialah seorang yang jarang bergaul. Dia tidak pernah meninggalkan rumah lebih dari seminggu.

Melalui kegiatan politik pula, Nik Adli hanya melakukan usrah untuk pelajar-pelajar sahaja dalam membetulkan akhlak dan aqidah.

Memang saya tidak nafikan bahawa beliau pernah terlibat dalam kegiatan Mujahidin di Afghanistam ketika sebelum menyambung belajar di Pakistan.

Pada waktu itu, dia ada niat untuk mati syahid. Dia juga pernah restu daripada Tok Guru untuk membenarkan beliau pergi ke Afghanistan.

Dia hanya ke sana sebagai pelapis sahaja tetapi tidak pernah pergi berperang. Cuma menjaga sempadan.

Sebaik sahaja selesai peperangan, Tok Guru suruh pulang. Sejak dari itu, dia menjadi guru agama di Pulau Melaka, Kelantan.


FM: Bagaimana mula-mula Nik Adli ditahan?

SM: Peristiwa yang berlaku kepada Nik Adli berbeza dengan isteri-isteri tahanan ISA yang lain.

Mungkin disebabkan pihak polis takut untuk menangkap atau segan untuk menahan Nik Adli di rumah yang tinggal berhadapan dengan rumah Menteri Besar.

Pada 2 Ogos 2001 (Khamis), surat yang dikirimkan melalui anggota polis memberi waran supaya Nik Adli melaporkan diri di Balai Polis Kota Bharu paa 4 Ogos (Sabtu).

Dia pergi bersama adik iparnya, Arif Fahmi. Kami difahamkan Arif tidak dibenarkan memasuki balai. Menurut Arif, beliau disuruh pulang tanpa Nik Adli kerana Nik Adli ditahan di bawah ISA dan terpaksa dibawa ke Bukit Aman untuk siastan lanjut.

Semenjak itu, kami sekeluarga tidak pernah lihat Nik Adli pulang.

FM: Boleh anda ceritakan mengenai mogok lapar yang dijalankan oleh Nik Adli bersama rakan-rakannya?

SM: Saya mula mengetahui suami saya mogok lapar melalui isteri-isteri tahanan yang lain. Saya menelefon ke Kamunting dan peristiwa itu disahkan oleh pegawai yang menjawab panggilan.

Apabila saya hendak bercakap dengan suami saya, saya tidak dibenarkan kerana "Nik Adli tidak mahu bercakap dan tidak mahu isterinya datang melawatnya."

"Dia mahu mogok lapar sampai mati."

Saya memeriksa berita internet yang mengatakan lima orang tahanan sedang tenat termasuk Nik Adli. Mogok berlaku membantah selepas genap setahun penahanan mereka.

Cukup 13 hari mogok, saya pergi selepas membaca berita dari internet. Pada pukul 2 pagi selepas mengetahui berita, saya meminta izin daripada ibu mertua untuk menggunakan kereta untuk ke Perak melawat Nik Adli.

Saya beritahu Datin, saya mahu ambil mayat Nik Adli.

Keadaan Nik Adli ketika itu memang tenat. Beliau terpaksa menggunaka kerusi roda untuk bergerak. Nik Adli tidak dapat bercakap kerana mulut terlalu kering untuk bersuara. Airmata saya meleleh melihat keadaan.

Sebagai isteri pejuang, saya sebenarnya bangga, seperti kisah-kisah isteri pejuang Mujahidin.

Pada hari ke 14, pihak Kemta memberitahu bahawa Nik Adli dibawa ke hospital Taiping untuk dimasukkan cecair. Nik Adli pengsan selepas cukup dua minggu.

Selepas dua minggu, Nik Adli dimasukkan kembali ke hospital kerana pengsan. Kemudian, Nik Adli berhentikan mogok selepas mendapat arahan tegas daripada bapanya yang tidak mahu Nik Adli menyiksa badannya. Alasan lain Nik Adli berhenti mogok juga ialah apabila pihak SB berjanji akan menyelesaikan soalsiasat Nik Adli dalam masa terdekat.

FM: Apakah doa yang anda mohon kepada Tuhan setiap kali selepas sembahyang?

SM: Saya minta istiqamah suami saya atas apa yang dilakukan. Sekiranya dahulu, semangatya kuat dan tidak takut kepada sesiapa, saya meminta supaya Tuhan tetapkan kekuatan tersebut.

Kuatkan iman sebelum, semasa dan selepas bebas. Saya tidak mahu dia jadi penakut, dan sakit jiwa.

Untuk diri saya, saya minta agar saya diberi kekuatan untuk tahan ujian yang diberikan kepada saya. Saya minta agar tidak diberikan ujian yang berat sehingga saya tidak boleh menanggung.

Selagi ada kekuatan pada diri saya, saya redha diberi pelbagai lagi ujian.

FM: Siapakah yang mengalami tekanan yang paling hebat akibat tahanan Nik Adli?

SM: Mak Dah, seorang jiran yang kenal rapat dengan keluarga Tuan Guru. Bila dengar sahaja orang menceritakan tentang Nik Adli, dia akan menangis.

Dia seperti ibu kepada Nik Adli. Dia menyaksikan Nik Adli membesar. Sewaktu kecil, Nik Adli sering bermain-main di hadapan rumahnya. Mak Dah meniggal dunia pada 2002.

Sememangnya, anak-anaknya juga sudah tentu sedih. Semasa Nik Adli ditahan, Kifayatullah berusia 1 1/2 tahun manakala Nik Aziz berusia 3 tahun. Saya fikir semasa kecil, dia tidak mengenal ayah mereka. Tapi saya tidak mahu mereka ini lupakan ayah mereka. Potret ayahnya berada di merata rumah.

Saya pula selalu bawa mereka ziarah bapa mereka di Kemta.

Semenjak akhir-akhir ini, Aziz yang kini berusia 7 tahun sudah pandai tanya bila Baba balik, kenapa polis tangkap dan pelbagai lagi soalan yang sukar untuk saya menjawabnya.

Saya cuma jawab polis jahat. Saya beritahu dia supaya banyak berdoa suaya Babanya cepat pulang. "Tuhan lebih kuat daripada polis."

Saya beritahu Aziz, kalau Tuhan nak bagi Baba pulang, maka Baba akan pulang juga.

Bila dia menangis sahaja, saya tidak dapat menahan sebak.

Ada ketika saya sakit mata dan berair. Pada masa-masa itu, Aziz akan tanya, "Mama ingatkan Baba ke?"

Mereka pernah melawat selama 10 kali sepanjang Nik Adli ditahan.

Sewaktu saya membawa mereka melawat bapa mereka di Bukit Aman, Kifayatullah yang masih berusia 1 1/2 tahun memeluk ayahnya dan menangis. Mungkin dia tidak tahu bagaimana hendak menyatakan rasa rindu terhadap bapa mereka.

Bila selesai tempoh satu jam berjumpa, dia tidak mahu lepaskan bapanya. Dia tetap pegang bahu ayahnya. Pada ketika itu, saya nampak polis-polis wanita yang ada di situ pun menangis dan tidak sanggup untuk melihat.

Saya pasti polis-polis itu ada perasaan dan ada anak sehingga faham situasi yang saya hadapi sekarang.

Nik Adli memang rapat dengan anak-anaknya. Walaupun sibuk, setiap petang bila berkebun, anak-anaknya akan ikut.

Semasa ditahan, setiap kali berjumpa, Nik Adli akan suruh saya berikan pensil dan kertas kepada Aziz dan suruh dia menulis rumi dan jawi serta melukis. Nik Adli mahu lihat perkembangan anaknya.

Adli juga sering menguji Aziz supaya membaca apa sahaja doa yang dipelajari atau diajar oleh saya.

Aziz pula sering menulis surat ke bapanya. Sehinggakan selepas saya mengajar Aziz menaip menggunakan komputer, dia mahu menulis surat dengan komputer untuk bapanya, hanya mahu tunjuk kepada bapanya bahawa dia sudah pandai menaip dan menggunakan komputer.

FM: Apakah alasan anda yang sepatutnya Nik Adli dibebaskan?

SM: Nik Adli sepatutnya bebas pada 25 September tahun lalu. Semua orang tahu bahawa suami saya tidak bersalah.

Sekiranya ISA dikenakan dua tahun untuk disiasat, maka tahanlah sepanjang tempoh itu sahaja dan selesaikan siasatan. Selepas itu, bebaskan suami saya.

Kalau suami saya bersalah, bawa dia sahaja ke mahkamah, bicarakan dia.

Apa yang saya marahkan, dia disambung lagi dua tahun. Saya pula tidak diberitahu mengenai perkembangan siasatan yang dilakukan kepada Nik Adli.

Sebab suami saya disambung lagi dua tahun ialah kerana 'tidak puas hati.'

Masalahnya, penyambungan tahanan ialah hanya kerana tidak mempunyai apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh suami saya. Kalau ada sebarang siasatan, mestilah ada keputusannya. Ini, bila siasat tak nampak, siasat tak nampak.

Kalau macam tu, sampai mati pun tahanan itu akan ditahan.

FM: Bolehkah anda ceritakan sdikit sebanyak mengenai kuliah sarjana anda?

SM: Saya baru sahaja selesai ijazah dalam usuluddin di Jabatan Sejarah dan Tamadun, Universiti Malaya yang diambil selama 4 tahun.

Saya akan hadiri majlis konvokesyen saya pada 9 Ogos nanti dan saya betul-betul mahukan suami saya melihat saya menerima ijazah dan turut sama bergembira di majlis itu nanti.

4 Comments:

At 3:11 pm, Blogger chenlina said...

chenlina20160507
ray ban sunglasses
gucci outlet
nike store outlet
timberland boots
louis vuitton
nike factory outlet
air max 90
adidas superstar
louis vuitton handbags
kobe 10
tods outlet online
burberry bags
ralph lauren outlet
michael kors outlet store
oakley canada
coach outlet
ray ban wayfarer
coach outlet
hollister kids
fake watches
polo ralph lauren
coach outlet store online clearances
kate spade handbags
tiffany and co
michael kors canada
ralph lauren uk
ray ban sunglasses
coach factory outlet
nike air max
cheap oakley sunglasses
michael kors outlet online
michael kors outlet
ray ban sunglasses
fitflops sale clearance
coach outlet online
celine handbags
nike uk
air jordan pas cher
ray ban sunglasses discount
adidas superstars
as

 
At 2:06 pm, Blogger yanmaneee said...

nike air vapormax
air jordan
moncler sale
adidas superstar
cheap jordan shoes
adidas tubular x
fila shoes
kobe shoes
adidas stan smith women
nike air vapormax

 
At 10:58 pm, Blogger Unknown said...

Dhhdhheb.

 
At 10:58 pm, Blogger Unknown said...

Wayangla.... Ni dia,bekas pelajar smuda

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com