Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, June 07, 2005

Penduduk Subang Jaya kumpul dana untuk bina Ibu Pejabat Polis

Berkaitan dengan masalah tanah rezab yang berlaku di negara ini berpunca daripada proses gazet yang memakan masa yang sungguh lama. Pemasalahan tersebut merangkumi tanah kawasan lapang dan kawasan yang telah dikhususkan untuk pembinaan balai polis memberi peluang kepada pemaju asal, kerajaan tempatan dan PBT untuk membangunkan tanah tersebut sesuka hati.

Ahli Parlimen Puchong, Lau Yeng Peng membangkitkan isu tersebut di Dewan Rakyat pada 31 Mac yang lalu dengan mencadangkan agar tanah-tanah yang dikhususkan tersebut digazetkan terlebih dahulu secara sah sebelum CF dikeluarkan kepada PBT.

Menyambung hujah tersebut Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Seng Kok berkata pemaju harus akur kepada peraturan-peraturan atau mengulas undang-undang yang sedia ada.

Menjurus kepada perkara tersebut, Loh telah mengambil kesempatan tersebut dengan mengaitkan kepada tapak rizab balai polis.

Menurut Loh lagi, bagi kawasan-kawasan yang kritikal dari segi soal keselamatan, dan ketenteraman awam, tapak rizab polis hendaklah dibina prasarana balai polis dan kemudahan polis dengan segera dan bukannya disewa untuk tujuan lain.

Beliau mengambil contoh di kawasan parlimennya, Kelana Jaya, di mana di kawasan berkepadatan 200,000 orang yang meliputi Putera Heigts, Alam Mega, Putera Bahagian, Taman Industri Subang, sebahagian kawasan Shah Alam, USJ 1 hingga USJ 28, Subang Jaya hanya terdapat sebuah pondok polis bersebelahan dengan kekuatan polis seramai 46 orang sahaja.

“Demi keperluan dan kepentingan keselamatan di kawasan berkenaan, saya berharap balai polis atau Ibu Pejabat Polis daerah Subang Jaya IPD Subang Jaya dapat dibina segera di atas tapak rizab balai polis USJ 8 pada tahun 2005 dan tahun 2006 ini mengikut konsep built l and transfer (BLT), kalau tidak gunakan sebahagian peruntukan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri semasa Hari Polis,” kata Loh.

Pada Hari Polis tahun lalu Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan untuk memperuntukkan pondok polis sebanyak RM330 juta.

Justeru itu Ahli Parlimen Kelana Jaya itu meminta agar Dewan dapat meluluskan usulannya agar IPD Subang Jaya dibina di atas tapak rizab balai polis USJ 8.

Loh memberitahu bahawa keperluan sebuah balai polis di kawasan berkenaan sungguh kritikal sehinggakan penduduk tempatan telah pun memulakan kempen mengutip derma untuk dimasukkan ke dalam IPD Subang Jaya di USJ 8 ini.

“Ini satu sindiran saya rasa. Tetapi saya rasa kalau kerajaan prihatin maka tolonglah peruntukan segera diberikan untuk pembinaan balai polis ini,” tambahnya lagi.

.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com