Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Monday, June 06, 2005
KLIA tak selamat
DEWAN RAKYAT – Keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak selamat digunakan memandangkan wang pembinaan lapangan tersebut mencecah jutaan ringgit.Sistem keselamatan (CCTV) yang terdapat di KLIA tidak boleh diharapkan kerana tidak mampu untuk merakam. Di KLIA, penumpang-penumpang dan orang ramai dibenarkan berada sewaktu para penumpang mendaftar masuk ke pesawat.
Menurut Datuk Abdul Ghapur bin Salleh, beliau mengalami pengalaman buruk ketika berada di KLIA apabila check-in. Begnya hilang apabila toleh ke belakang beg saya hilang. Saya laporkan pada polis di KLIA.
Ghapur mengkritik perbelanjaan yang dikeluarkan berpuluh-puluh juta untuk menempatkan kamera tetapi tetapi tidak boleh membuat rakaman.
“Kalau kita buat tandas, kita mahu orang buang air di sana, kalau tidak boleh buang air, bikin apa tandas?” tanya Ghapur.
Beliau memberitahu rasa kecewa kerana para pelancong tidak percaya kepada KLIA.
“Yang sebenarnya kawasan airport yang ada ini tidak ada visi. No vision at all! Kerana lima tahun akan datang dia jem lagi. Belanja lagi. Saya ingat dahulu, Perdana Menteri dahulu kata, “this airport has got no vision”, mahu pindah. Ada cadangan pindah. Sekarang bukan cadangan pindah, mahu belanja RM1,000,000,000 untuk perbaiki kemudian lima tahun mungkin baru mahu pindah. Bikin apa? Ini membazir kerana mungkin ada kementerian mahu beri kontrak kepada konco-konco. Kontrak bukannya projek. Kontrak!” katanya.
1 Comments:
Asyik kena tipu je rakyat M'sia.Bilalah nak sedar tak taulah.Asal ada jln nak menipu cepat je,tapi kalau nak tunjukkan kebenaran selalu tak bleh.Takde lagi ke org yg bleh membela rakyat.Bila pilihan raya bleh pulak diaorg ni dtg tolong.Abih cam no??
Post a Comment
<< Home