Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, June 27, 2005

Kes rasuah Nazri tidak akan diberi immunity

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz menerangkan bahawa Pelan Integriti Nasional atau PIN menetapkan sasarannya bagi mengurangkan genjala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara berkesan.

Beliau memberitahu ketika menjawab pertanyaan daripada ahli parlimen Indera Mahkota, Dato’ Wan Adnan bin Wan Mamat di Dewan Rakyat pada 4 April lalu yang ingin penjelasan mengenai pelan yang bakal dilaksanakan pada tempoh lima tahun pertama 2004 hingga 2008.

Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang pula mencelah bahawa keputusan tersebut merupakan keputusan dasar bahawa semua kes rasuah dilakukan oleh Nazri dahulu akan diberi immunity, pengecualian dan tidak ada apa-apa tindakan atau penyiasatan akan diambil.

Kit Siang merujuk kepada laporan akhbar International Herald Tribune pada 29 Mac, berjudul “leader under.....Malaysia” yang memetikkan suatu kenyataan yang
dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda UMNO.

Laporan oleh Tom Flutten itu memberitahu bahawa immunity diberi untuk semua kes lampau dan bahawa kalau di sini disebut bahawa..... only..forward, tidak ada representative.

Nazri menjawab kenyataan itu dengan mengatakan bahawa dalam soal rasuah ini tidak ada immunity yang diberikan kepada sesiapa sahaja.

Dalam menerangkan PIN, selain daripada rasuah, pelan yang dikatakan dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020 itu juga menyebut mengenai meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian, perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi serta meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan.

PIN yang dikoordinasikan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) juga mensasarkan kemantapan institusi keluarga dan komuniti dan meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Ahli parlimen Batu Pahat, Dr. Junaidy bin Abdul Wahab pula mahukan penerangan mengenai peranan dan juga tahap yang perlu dijalankan atau dilakukan oleh Ahli-ahli Parlimen dalam memastikan pelan ini dapat dicapai.

Dalam menjawab pertanyaan itu pula Nazri berkata ialah agar ahli-ahli parlimen menunjukkan satu teladan, contoh yang baik.

Apa yang dimaksudkan oleh Nazri supaya ahli-ahli parlimen bersih daripada rasuah.

Justeru, Nazri mencadangkan agar IIM mengadakan satu taklimat di Dewan Rakyat ini, di mana PIN akan memberikan taklimat kepada semua Ahli-ahli Parlimen sebagai teladan dan contoh yang baik kepada rakyat dan masyarakat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com