Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, June 13, 2005

Pencapaian Jakim tidak akan capai konsep Hadhari

Usaha penambahbaikan mutu perkhidmatan di Jabatan Agama Islam termasuk juga JAKIM telah dipersoalkan di Dewan Rakyat 31 Mac lalu yang didakwa kurang penguatkuasaan.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Haji Ismail bin Haji Mohamed Said berkata hanya enam orang sahaja pegawai yang bertindak. ketika pemantauan label makanan halal dijalankan.

Justeru, beliau berkata tanpa penambahan dalam peruntukan kepada Jabatan-jabatan Agama Islam dan JAKIM termasuk juga Jabatan Agama Islam di daerah-daerah, Mahkamah-mahkamah Syariah, konsep Islam Hadhari tidak akan tercapai.

Beliau merujuk kepada pertambahan dalam jumlah kakitangan, pertingkatan dalam penguatkuasaan dan mutu perkhidmatan, penyeragaman undang-undang di
negeri-negeri mestilah diseragamkan serta kemudahan-kemudahan peralatan yang setanding
dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

Perkara yang kedua yang dibangkitkan oleh Ismail ialah mengenai PERKIM (jabatan yang bertanggungjawab untuk menguruskan pihak yang baru memeluk agama Islam). Beliau menggesa agar PERKIM diberikan nafas baru sama ada dari segi peruntukan dan kemudahan lain agar PERKIM di daerah-daerah ini dapat digerakkan semula supaya ajaran dan fahaman agama Islam dapat disampaikan kepada saudara baru.

Bagi menjawab persoalan tersebut, ahli parlimen Petra Jaya, Haji Fadillah bin Yusof berkata, Mahkamah Sivil diseragamkan dengan Mahkamah Rayuan Persekutuan.

Justeru, Fadillah mencadangkan agar perlu diwujudkan Mahkamah Rayuan Syariah Persekutuan, di mana ia akan menyeragamkan undang-undang syariah di Malaysia ini.

Selain daripada itu, peluang yang diberikan oleh Dewan kepada Ismail dimanfaatkan dengan membangkitkan isu ajaran sesat. Setelah 26 tahun kerajaan mengharamkan kegiatan Al-Arqam, Ismail berkara Ustaz Ashaari telah dibebaskan dan ramai pengikut bekas Al-Arqam ini masih lagi bergiat aktif mengamalkan fahaman apa yang dibawa oleh Al-Arqam itu sendiri.

Ismail mempersoalkan perpaduan umat Islam yang akan tergugat nanti dengan terbebasnya Ustaz Ashaari.

Beliau juga membincangkan isu Tarekat dan fahaman Syiah. Menurut Ismail, fahaman Syiah
dan juga kegiatan Tarekat sekarang telah banyak menular di institut pengajian tinggi
awam (IPTA).

“Apakah tindakan yang telah diambil oleh sama ada penaung atau penyebar-penyebar Tarekat atau fahaman Syiah ini telah diambil oleh JAKIM?” tanya beliau.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com