Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, September 17, 2008

‘Tolak Undang-undang DNA’


Undang-undang kontroversi berkaitan dengan Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang ingin dibentangkan sebagai sebuah rang undang-undang jelas menunjukkan banyak kelemahan dan berniat jahat dalam penggubalannya yang dibuat secara tergesa-gesa.


Rang Undang-undang DNA mula diperkenalkan pada 17 Ogos 2008 oleh kerajaan Barisan Nasional di Parlimen. Ia memberikan kuasa melampau kepada pihak polis Malaysia dan Menteri Dalam Negeri untuk menggunakan DNA seseorang di dalam kesalahan jenayah.

Secara prinsipalnya, akta tersebut diluluskan pada 28 Ogos 2008. Semasa ianya diluluskan, pihak pembangkang telah bertindak keluar dewan beramai-ramai membantah Menteri Dalam Negeri yang enggan merujukkan rang undang-undang ini ke Jawatankuasa Pemilih untuk penilaian seterusnya.

Bagi Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, beliau berpendapat akta tersebut mencemar prinsip keadilan dan hak asasi manusia.

“Lagi pun, akta tersebut tidak mengagariskan kaedah dalam menjaga kepentingan asas dalam melindungi hak asasi manusia semasa dalam tahanan,” tambah Charles.

Untuk itu, Charles melancarkan petisyen dalam talian (online) bagi mengajak rakyat untuk menolak akta tersebut. Laman web petisyen boleh dilayari di http://www.petitiononline.com/ dnabill

Di dalam petisyen tersebut terdapat 10 alasan mengapa akta ini perlu ditolak. Antaranya:

1. Seorang pegawai polis berpangkat tinggi akan mengetuai bank data DNA dan akan diberi kuasa untuk mengumpul samel-sampel DNA dari individu yang dituduh. Pengumpulan, penstoran dan pengujian sampel-sampel sepatutnya menjadi tanggungjawab sebuah badan bebas yang melaporkan ke Parlimen. Seperti sedia maklum, badan berkuasa polis telah hilang profesionalisme. Oleh yang demikian, sampel-sampel DNA boleh dimanipulasi oleh pihak kerajaan untuk tujuan politik.

2. Rang Undang-undang DNA digunakan untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat peribadi dan sensitive mengenai seseorang. Akta Perlindungan Data diperlukan sebelum Akta DNA diperkenalkan dan Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi menjamin hak kepada persendirian. Hak persendirian individu mestilah dilindungi sebelum penggubalan Akta DNA.

3. Bukti DNA tidak boleh dicabar di mahkamah. Perkara ini melanggar prinsip keadilan kerana mahkamah tidak akan mungkinmenaksir secara bebas bukti DNA. Orang yang dituduh tidak akan mendapat peluang untuk mencabar bukti DNA yang dikemukakan.

4. Tidak terdapat sebarang mekanisme bagi seseorang untuk mencabar atau memohon penilaian semula yang bebas terhadap sampel DNA atau bukti.

5. Maklumat di dalam bank data DNA boleh diubah dan dimanipulasi dengan mudah tanpa pengetahuan penderma sampel DNA memandangkan tiada sebarang perlindungan di dalam akta.

6. Kategori-kategori seseorang yang mana sampel-sampel DNA akan diambil secara sembarangan dan meluas berbanding dengan sesiapa yang ditahan di bawah undang-undang penghalangan tahanan atau arahan pemulihan dadah dan tidak di bawah siasatan bagi sebarang kesalahan juga akan diarhkan untuk menyediakan sampel-sampel mereka.

7. Polis boleh menggunakan “apa jua cara” bagi mengumpul sampel-sampel yang tidak berkaitan seperti air liur, rambut, kuku dan sebagainya. Apakah yang dimaksudkan dengan “apa jua cara” dan ianya digunakan apabila seseorang berada dalam tahanan polis?

8. Individu yang enggan untuk menyerahkan sampel-sampel tersebut atau menganggu pengumpulan sampel-sampel berkenaan dianggap menyalahi undang-undang dan apabila didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga setahun.

9. Tidak ada peraturan spesifik bagi kawalan kualiti atai perlindungan dari segi undang-undang di dalam rang undang-undang berhubung dengan pengumpulan, pembawaan, penstoran dan pengujian sampel-sampel dan profil.

10. Tidak ada jaminan bahawa sampel-sampel DNA atau maklumat akan dimusnahka dan dikeluarkan daripada bankdata DNA selepas seeorang itu dibebaskan mahupun didapati bersalah di atas kesalahan di mana dia dituduh.

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com