Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, September 09, 2008

Koyak Gambar Koh vs Koyak Gambar Rashid




Beberapa minggu sebelum pilihan raya umum 12, aku telah adakan sidang media BERSIH yang antara lain memberikan segala macam bukti taktik kotor SPR. Sidang media 1 Februari 2008 itu diadakan sempena Hari Wilayah Persekutuan dan menyifatkan rakyat Wilayah Persekutuan sebagai warga kelas ketiga kerana tidak dapat mengundi wakil kerajaan tempatan. Antara lainnya, kami mendesak Rashid letak jawatan.

Sebagai gimiknya untuk media, kita mengoyakkan gambar Rashid dan membuangkan ke dalam tong sampah. Kita menggelarnya sebagai tindakan metaforik.

Seperti lazim, media akan melaporkan insiden koyak gambar berbanding dengan segala bukti yang kita berikan terhadap SPR agar Rashid letak jawatan.

Berita Harian berikan kami muka 2 dalam siaran keesokan harinya. Now I know how the game is played !

Dalam sidang media Ahmad Ismail, Ketua Bahagian Umno yang enggan meminta maaf dan atas ucapan beliau yang menyatakan cina itu pendatang, penyokong-penyokongnya bukannya hanya turunkan gambar dalam bingkai, mereka laung "Hidup Melayu", hempaskan ke lantai, keluarkan dari bingkai dan koyak-koyakkannya.

Teringat pula aku tentang kisah Nabi ketika bapa saudaranya, Saidina Hamzah mati di medan perang dan digelar Singa Allah. Apabila mati, Hindun (Ibu Saidina Muawiyah) yag telalu dendam terhadapnya melapah hati dan jantung Hamzah kerana teramat sakit hati.

Kira masa aku suruh BERSIH koyakkan gambar Rashid tu, kita siap gelak-gelak lagi tak ada sampai menjerit-jerit macam beruk putus ekor. Dan kita tidak berganjak dengan pendirian tersebut. Dan kita beriya-iya dituduh berkali-kali oleh Perdana Menteri sebagai biadab.

Dollah pulak memberi komen biadab dan sebagainya kepada kami. Kita buat kenyataan balas tapi tak disiarkan Berita Harian.

Sekarang aku nak tengok laporan media esok Ahmad Ismail ni biadab ke tidak bila dia koyakkan gambar Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Koh Tsu Koon.

Ketua Penerangan Umno, Mike Tyson...kenapa senyap?

Berikut ialah keratan laporan media:


Ahmad did it again, told Chinese not be American Jews

Penang Umno leader Ahmad Ismail, the man at the centre of the 'racial slur' controversy, warned Chinese Malaysians not to mimic American Jews who not only seek to control the country's economy but also its political power.

In an explosive 50-minute press conference, Ahmad who claimed time and again that he was not a racist, vowed that he would not apologise for his remarks which sparked the controversy.

"While it is not difficult to say sorry - for the sake of my Malay dignity, I resolve not to apologise no matter what others may say. I am willing to take the risk (for not doing so)," he said in a 14-page statement.

The press conference, which was held at the Penang Umno headquarters this afternoon, ended with shouts of 'Hidup Melayu' from about 50 local party leaders who were there.

Soon after the event, former Penang Umno committee member Zainol Abidin Hashim, with the help from his colleagues pulled down the photo of Gerakan acting president Dr Koh Tsu Koon which adorned one of the walls in the party headquarters.

Koh's picture frame, which sat next to the photos of the Penang governor and his wife, was subsequently smashed.

As the glass broke into pieces, Zainol removed Koh's photo from the frame and tore it into half.

Labels: , , ,

1 Comments:

At 11:42 pm, Anonymous Anonymous said...

hidup melayu ... umno (ader BN)
hidup islam .... pas...(ader PR)
pkr... hidup Anwar... (ader ramai orang)


jgn politik kan semua perkara...

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com