Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Thursday, September 04, 2008
Cubalah Menyelam di Tioman
Pada 14-18 Ogos 2008, aku telah meluangkan masa ke Pulau Tioman untuk menyelam ke dasar Laut Cina Selatan.
Rancangan untuk ke Pulau Tioman telah aku rancang lama; sebelum Anwar Ibrahim berhasrat untuk bertanding di Permatang Pauh dan lama sebelum Suara Keadilan memaparkan pada muka hadapan mengesahkan Anwar akan bertanding di Kulim Bandar Baru.
Aku ke Pulau Tioman bersendirian selepas berhempas-pulas menyiapkan kerja aku selama lima hari malam dan siang.
Aku menaiki bas ekspres Transnasional dari Puduraya pada jam 11 malam, 13 Ogos dan tiba di bandar Mersing pada subuh keesokan harinya. Sponsor aku tiba untuk membawa aku untuk diperkenalkan ke tempat aku akan menginap di Pulau Tioman nanti.
Aku memilih Puteri Salang Inn di Kampung Salang. Salang ialah perhentian terakhir feri dari Mersing. Feri pertama dari Mersing ialah pada 8 pagi.
Atas kelewatan feri, aku tiba di Salang hampir jam 11 pagi. Masalah juga membawa peralatan menyelam seorangan diri bersama beg pakaian dan komputer riba.
Pada jam 3 petang, aku diperkenalkan dengan Azmi, empunya Azmi-Dive. Kita terus berbincang mengenai program selaman aku selama aku berada di Tioman. Azmi-Dive tidak sehebat pusat-pusat selaman yang ada di Salang mahupun di sekitar Pulau Tioman. Bukan itu yang aku kejarkan, tetapi kos yang memadai, peralatan yang selamat dan perhatian yang rapi diberikan menjadi keutamaan aku - dan aku berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan.
Aku dibenarkan rehat sementara waktu dan mandi sebelum memulakan aktiviti aku di lautan. Melihat kepada bilik, tanpa alat penyaman udara dan air panas, aku berpuas hati - kerana aku berada di Tioman dengan hanya satu misi iaitu untuk menyelami Laut Cina Selatan, bukan untuk tidur!
15 Ogos
Pada jam 3,30 petang, aku diminta untuk membuat orientation dive, untuk membiasakan diri dengan keadaan laut di sana. Aku hanya pergi sedalam 10 meter selama 40 minit. Suhu pada waktu itu ialah 33 darjah dan 29 di dasar laut. Ia dijalankan di House Reef, Salang.
Tidak banyak yang aku nampak kerana batu-batu karang di tempat yang aku pergi itu banyak telah musnah akibat kelekaan manusia sendiri.
16 Ogos
Sebelum memulakan selaman, aku pastikan penglihatan aku tiada gangguan
Pada jam 1 tengahari, aku terjun lagi di kedalaman 12 meter. Kali ini di Salang Jetty di mana aku dapat menikmati banyak ikan-ikan kecil yang mencari teduhan. Rumapir-rumpair laut juga menjadi tempat ikan-ikan kecil, berwarna-warni bermain-main.
Suhu di permukaan ialah 33 darjah manakala di dasar ialah 29 darjah.
Victoria, Maria dan Man ketika kami berehat untuk safety stop di Coral Island
Pada 11.45 pagi, aku bersama lima penyelam lain bersetuju untuk ke Pulau Chebih. Kita menaiki bot selama kira-kira setengah jam. penyelam-penyelam lain dari Sweden, England dan Rusia.
Di kedalaman 18 meter, aku gak kegerunan. Aku juga mempunyai masalah dengan batu beban aku. Aku mengalami kesukaran sedikit untuk tenggelam ke dasar. Kami dibawa ke celah-celah batu besar dan melihat ikan-ikan besar berehat. Hodoh tapi amat menakjubkan.
Sebelum ke tempat lain, kami berehat di Coral Island. Kami menikmati makan tegahari di atas bot sahaja. Kami memerlukan 45 minit untuk kembali normal sebelum memulakan selaman lain. Ia dinamakan safety stop. Pada suhu yang sama, akau tidak mengalami sebarang kesukaran mengenai membiasakan diri atas suhu sedemikian.
17 Ogos 2008
Di Batu Malang, destinasi agak jauh sedikit tetapi menghiburkan. Kedalaman kira-kira 14 meter. Aku juga terlintas dengan jelly fish beberapa kali. Jelly fish amat merbahaya sekiranya terlanggar kerana racunnya.
Aku juga terlintas dengan penyu dan kami saling berkejaran. Safety stop selama 45 minit itu juga aku tidak bebuat apa-apa sambil melayan ikan-ikan kecil dari atas bot.
18 Ogos 2008
Kali ini, selaman aku betul-betul mencabar kerana kami ke Tiger Reef di mana kami menjunam sehingga 23.7 meter. Aku memakai dry suit dan wet suit sekaligus kerana takut kesejukan. Suhu memang agak sejuk sedikit terutamanya di dasar laut. Ombak agak kuat menyebabkan aku mudah keletihan berenang melawan arus. Aku hanya mampu berada di dasar selama 25 minit kerana kehabisan udara.
Kedalaman tersebut juga aku mengalami masalah sedikit dengan tekanan di telinga.
19 Ogos
Sepatutnya hari itu aku sudah pulang, tetapi aku membuat keputusan untuk tinggal sehari lagi untuk membuat dua lagi selaman.
Kali ini, aku dibawa ke Fan Canyon dan buddy aku bukan lgi Azmi tetapi Ezzaq. Dia ni agak muda dan boleh berkompromi berbanding dengan Azmi.
Perbelanjaan
Mungkin ramai yang tidak menyangka berapa banyak aku berbelanja di percutian ini. Berikut ialah kos yang aku sudah kirakan:
Tambang bas (pergi-balik): RM 22.90 x 2= RM45.80
Feri (pergi-balik) : 70.00
Chalet (aku ditaja) : RM40 x 4 160.00
Makan : RM10x5 50.00
Rokok (duty free) : RM5.20x2 10.40
JUMLAH: RM336.20 selama lima hari.
Aku bersama Azmi di hadapan Azmi-Dive
Aku dapat makan ikan-ikan segar dan menikmati sisha.....
Azmi beritahu untuk aku ajak kawan-kawan yang berminat untuk menimba pengalaman seperti aku untuk datang ke Azmi Dive dan tinggal di Puteri Salang. Tempat tidak mewah tetapi amat menenangka fikiran. Sehinggakan blackberry aku pun tidak mempunyai talian.
Tomi (atas) ialah jiran di sebelah chalet aku dari Japun dan dia menginap di Tioman selama tiga bulan. Kerja dia di Tioman hanya bermain gitar.
Labels: tioman
0 Comments:
Post a Comment
<< Home