Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, September 01, 2008

Art For Grabs... The Best Ever

Aku dan Amir Muhammad...diambil oleh Danny Lim

Mark Teh kongsi dengan Fahmi Reza promote filem lama dan baru mereka tentang revolusi dan kemerdekaan



Pada 30-31 Ogos lepas, Annexe Central Market sekali lagi menganjurkan Art For Grabs. Kali ini merupakan yang ketiga diadakan. Aku menyertai kesemuanya dan aku kira inilah yang terbaik pernah diadakan berbanding dengan yang lalu.

Gerak Budaya sudah pun mengambil satu lot tetapi tidak dapat menjaganya kerana ketiadaan kakitangan...aku diminta menjaga bagi pihak mereka. Kadang-kadang tu bengang juga, pasal aku fikirkan barang yang banyak perlu dipikul. Nasib baik aku ada SYul yang sanggup tolong aku sepanjang dua hari.


Aku buka kaunter BERSIH dan tolong rakan-rakan dari Amnesty International. Respon agak bagus bila art lovers ni mendaftar diri jadi pengundi. Merchandise pun banyak jugak yang terjual. Ramai juga yang tandatangan petisyen untuk pecat Rashid.

Lebih mudah apabilla barang-barang lebihan ni diambil oleh Rice Cooker. Tak payah aku pikul bawa balik.

Ramai juga teman-teman datang memeriahkan. Sampai tak terlarat melayan...aku pasti mereka faham.

Meor (busker tersohor satu Malaya) rajin datang melepak kat kaunter aku. Begitu juga budak-budak dari Studio Di Kala Jingga.

Untuk membawa balik barang-barang, aku terpaksa balik rumah dulu dengan LRT kemudian bawa kereta untuk angkut barang. Panik bila loading bay tutup pada masa aku sampai balik Annexe jam 11 malam. Mujur Mus dari BauBau Cafe tengah mengemas dapur. Dia tolong aku angkat barang. Lepas tu aku tolong dia kemas. Kita lepak borak sampai 2 pagi.

Gambar-gambar Danny Lim pun banyak jugak yang laku

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com