Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, September 10, 2008

Temuramah bersama Tunku Aziz


Pada 6 September lepas, aku berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Tunku Abdul Aziz. Pertemuan tersebut diaturkan di Hilton, PJ bersama seorang wartawan lain.

Banyak isu yang kami bincangkan melalui soalan yang sudah pun aku sediakan.

Antaranya:

1. Keputusan beliau menyertai DAP - dan apabila menerima SMS menuduh beliau 'anjing cina'
2. Tanggungjawab beliau dalam DAP selaku Naib Pengerusi
3. Kejayaan yang dilalui semasa berada di dalam Bank Negara Malaysia, Transparency International.
4. Pandangan mengenai masalah parti perkauman
5. Masalah gejala rasuah yang menjadi darah daging kakitangan kerajaan dan ahli politik negara ini

Berikut ialah mukadimah penulisan pengalaman aku dan ianya tidak dapat disiarkan di blog ini kerana tugasan ini dibuat eksklusif hanya untuk sebuah majalah tabloid di negara ini.

Tunku Abdul Aziz, 74 berdarah raja membuat keputusan yang rumit untuk menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang sebelum ini didominasikan oleh kaum Cina. Sungguhpun DAP tidak pernah meminggirkan kaum lain menyertai parti ini, Tunku Aziz mengajak rakyat Malaysia dalam memperjuangkan parti yang tidak bersifat perkauman dan mengutamakan prinsip kesmarataan dan selama lebih 40 tahun secara konsisten melawan rasuah.
Beliau telah banyak menulis dan bercakap mengenai isu rasuah dan integriti di dalam negeri dan peringkat antarabangsa dan menerbitkan bukunya "Fighting Corruption: My Mission".

Beliau pernah berkhidmat dengan Bank Dunia dan pada 2006 dijemput untuk menubuhkan Pejabat Etika Pertubuhan Bangsa Bersatu sebagai penasihat khas kepada setiausaha agung ketika itu, Kofi Annan.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com