Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, September 14, 2008

Isytihar Hartal 16 September 2008


Apakah yang dimaksudkan dengan Hartal?

Hartal (juga sebagai Hartaal) adalah satu terma yang digunakan di India untuk mengambarkan tentang tunjuk perasaan ataupun bantahan yang digunakan secara meluas dalam perjuangan rakyat India untuk menuntut kemerdekaan dari penjajahan British.

Mogok umum

Hartal adalah mogok umum yang melibatkan pemboikotan bekerja dan melakukan urusan harian secara total. Apabila berlakunya Hartal, semua tempat-tempat berjalannya urusan harian seperti pejabat, kedai runcit, kedai makan, mahkamah, akan ditutup.

Hartal adalah salah satu bentuk “civil disobedient” yang dilakukan untuk menuntut sesuatu perkara ataupun membantah sesuatu perkara. Ia adalah satu tindakan untuk menuntut kerajaan, pemerintah ataupun penjajah untuk menukar sesuatu keputusan yang tidak popular ataupun menindas rakyat.

Aku merasakan bahawa Hartal perlu diadakan sekali lagi atas bantahan massa terhadap penahan kedua mangsa ini (bersama mangsa-mangsa lain).
(Dipetik dari laman blog Amin Iskandar)

Bagaimana Hartal kini boleh direalisasi?


1. Kita mulakan dengan mengisytiharkan cuti umum bagi lima negeri Pakatan Rakyat. Ketua Menteri dan Menteri Besar negeri-negeri tersebut perlu mengeluarkan kenyataan menasihati rakyat negeri tersebut tidak keluar rumah dan menghentikan semua bentuk aktiviti perniagaan.

2. Hartal juga boleh dijalankan dengan berjayanya di Wilayah Persekutuan kerana sepatutnya Wilayah Persekutuan juga sepatutnya jatuh kepada Pakatan Rakyat mengikut bilangan kemenangan semasa pilihan raya Mac 2008. Kemenangan Zul Hasnan Rafique juga hanya melalui undi pos yang ternyata penuh dengan kepincangan. Sekiranya Kuala Lumpur Berjaya lakukan hartal, lihatlah indeks pasaran saham keesokan harinya.

3. Seluruh rakyat Malaysia memberi komitmen kepada perkara ini, patuh kepada hartal, tidak keluar rumah dan luangkan masa-masa berharga ini dengan beramal ibadat, doa kebebasan tahanan ISA dan luangkan bersama keluarga – di rumah. Saya pasti banyak kerja-kerja yang tertangguh di rumah untuk dibuat selama ini tidak dapat dibuat kerana kesibukan kerja seperti cat pagar rumah. Ambillah kesempatan ini untuk lakukannya.

Sejak 1960, sudah terdapat lebih kurang 17,000 orang menjadi mangsa ISA dan pada waktu ini terdapat 66 ditahan di Kem Tahanan Kamunting.


ISA digunakan oleh pihak berkuasa bukan sebagai undang-undang tetapi sebagai senjata bagi mematahkan usaha-usaha reformasi.

Mengenai penahanan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng di bawah ISA selama 24 jam, pihak berkuasa tidak perlu menahan di bawah akta tersebut tetapi boleh menggunakan kuasa reman mereka.

Kenapa perlu guna ISA?

Testimoni seorang tahanan yang ditulis semasa berada dalam tahanan


Nukilan salah seorang tahanan yang digambarkan dalam bentuk lukisan ketika disoalsiasat


Nukilan salah seorang tahanan yang digambarkan dalam bentuk lukisan ketika disoalsiasat

Berikut ialah beberapa petikan daripada kenyataan yang dikeluarkan atas penahanan mereka:

I condemn the arrest of social activist and blogger Raja Petra Kamaruddin under the draconian and infamous ISA. By sanctioning the use of the ISA to avert the process of transformational change in Malaysia, the UMNO-led BN government is confirming that it has lost touch with the will of the people and is no longer capable of leading within the framework of a just and democratic society.”
- Anwar Ibrahim, 12 September 2008.

The measures are clearly harsh and bear a disturbing resemblance to the period in the lead up to the Operasi Lalang in 1987, where more than a hundred activists, artists, academics and politicians mainly from the opposition parties were detained under the ISA and four newspapers were suspended under the Printing Presses and Publications Act (PPPA). Both
incidents are similar in that it relates to ongoing political crisis within UMNO, but manifested as alleged racial tension by the government
.”
– Kenyataan dari CIJ dan WAMI, 12 September 2008

AMK percaya bahawa tindakan ini adalah bermotifkan politik sepenuhnya dalam keadaan Umno-BN terdesak akibat dihimpit pelbagai kemelut dalaman mutakhir ini.

Tanpa mengira sesiapa saja, penahanan Raja Petra kali ini juga adalah jelas sesuatu yang bercanggah dengan hak asasi manusia yang menggariskan hak seseorang individu tidak ditahan tanpa bicara.

Sekiranya Raja Petra jelas melakukan kesalahan, maka sewajarnya bagi pihak berwajib mendakwa beliau di Mahkamah Sivil atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh beliau sepanjang beliau mengendalikan Malaysia-Today.”
– kenyataan Ketua Angkatan Muda keADILan, 12 September, 2008

The use of the ISA is totally unjustified and indefensible. It only goes to show that despite being a member of the United Nations Human Rights Council, the Malaysian government pays scant respect to human rights. It is unfortunate that the government decided to switch from the use of the court of law to the use of the ISA in dealing with Raja Petra Kamaruddin.

GMI is also extremely concerned about the wellbeing of the detainee. The history of the ISA reveals that many detainees were subjected to torture, inhumane and degrading treatments, especially during the first few weeks of detention.

The ISA provides for ‘preventive detention’ without trial for an indefinite period. It violates fundamental rights such as the right to trial, the right to legal counsel, the right to defend oneself in open court and the right to be presumed innocent until proven guilty. It goes against the principles of justice and undermines the rule of law.
– kenyataan GMI , 12 September 2008

Sikap kerajaan yang terburu-buru seolah-olah menunujukkan ketidakmatangan dalam memperjelaskan isu penangkapannya kepada masyarakat memandangkan ini adalah tangkapan yang berulangkali ke atas Raja Petra.

Pada masa yang sama kita juga mempersoalkan kenyataan daripada Ahmad ismail yang jelas berbau perkauman yang tidak diambil sebarang tindakan tegas oleh kerajaan, terutamanya oleh Menteri Dalam Negeri.

Oleh itu, kami mengecam kewujudan "double-standa
rd" dalam tangkapan terhadap Raja Petra Kamaruddin.”
– kenyataan Wanita keADILan 12 September 2008



Raja Petra yang Aku Kenali


Aku mula mengenali Raja Petra selepas diperkenalkan oleh isteri beliau Marina Abdullah ketika aku mula bekerja untuk Berita Keadilan yang pada ketika itu berpusat di Jalan Telawi, Bangsar pada tahun 2000.

Memandangkan Raja Petra komited dalam kempen “Bebaskan Anwar Ibrahim” yang dipenjarakan pada tahun tersebut, beliau melancarkan International Free Anwar Campaign (FAC) yang banyak mengumpulkan dokumen, artikel dan tekanan melalui alam maya.

Pada 11 April 2001, Raja Petra pertama kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA (sebut akta zalim) yang secara politiknya untuk menghentikan kempen tersebut.

Malangnya usaha tersebut gagal. Kempen tersebut sememangnya mempunyai rangkaian di peringkat antarabangsa dan usaha-usaha untuk mengemaskini FAC terus berjalan seperti biasa, sungguhpun Raja Petra berada dalam proses soal-siasat. Raja Petra dibebaskan selepas ditahan selama 52 hari. Bagaimanapun, enam daripada pemimpin reformasi itu dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Taiping di mana mereka ditahan selama dua tahun.

Sebaik sebelum beliau ditahan, kami baru sahaja dalam proses terakhir menyiapkan sebuah coffee table book berjudul Reformasi Trail. Itulah zamannya apabila aku terdedah dengan pembikinan buku.


Reformasi Trail dan Jejak Reformasi (versi Bahasa) (gambar atas) dilancarkan di Hotel Nikko.

Sejurus selepas Raja Petra dibebaskan, Raja Petra mula menulis buku pengalamannya dalam tahanan, berjudul “When Time Stood Still” dan “Ketika Waktu Berdiri Kaku”. Kemudian beliau menulis buku pengalamannya dalam "From Prince to Prisoner" dan versi bahasanya sekali. Selepas itu, beliau menerbitkan bku "All In The Game"dan "Bidak di Papan Catur" (versi Bahasa) (2001).







Buku "All in the Game" dam "Bidak di Papan Catur" (versi Bahasa) diterbitkan pada tahun 2001.

Aku juga terhutang Raja Petra dan isteri apabila keduanya bersetuju untuk menjadi tetamu terhormat dalam majlis persandingan aku pada 30 Mac 2003 (300303). Sungguhpun pada waktu itu aku sudah keluar dari team Berita Keadilan (kemudian ditukar kepada Seruan Keadilan), kami tetap dalam networking bilamana aku ditawarkan menjadi salah seorang wartawannya dalam portal baru beliau, Malaysia-Today. Malaysia-Today ditubuhkan sebaik sahaja FAC ditutup apabila Anwar bebas.

Aku mula menulis secara aktif dalam dua kolum aku di Malaysia-Today; Sarong Kaki dan Dari Parlimen.

Sejak aku mula bertambah sibuk dengan kerja-kerja lain, aku mula meminggirkan diri walaupun tetap menghantar laporan kepada Malaysia-Today melalui kenyataan-kenyataan media yang kami terima dan rasakan tidak akan disiarkan oleh media massa.




FROM PRINCE TO PRISONER: Prelude

On March 6, 2001, the day of Hari Raya Aidil Adha (1), one of the more important Muslim religious festivals, my wife, Marina, and I were arrested at a Candlelight Vigil outside the Jalan Stadium Police Station in Kuala Lumpur. The Candlelight Vigil was in support of National Justice Party Youth Leader, Ezam Mohd Nor, who had been arrested for sedition the night before.
The next day, the police raided my house and confiscated my personal computer. Unknown to me then, the police were investigating me for sedition as well. It seems the articles I had written for the International Free Anwar Campaign Website were seditious in nature since they called upon Malaysians to demonstrate on the streets as a mark of protest against the government. The data the police found in my computer resulted in my second arrest under the Internal Security Act or ISA a month later.

I had initially been roped in for an illegal assembly – the Candlelight Vigil. The police were delighted I had unexpectedly dropped in. Now they could also interrogate me for sedition without having to arrest me first.

My wife and I were released within twenty-four hours of our arrest but we were summoned to the police station later on that month for further questioning. The police were trying to rope in the rest of the International Free Anwar Campaign conspirators and they wanted to know my wife’s involvement in the whole set-up and whether she was also involved in the management of the Website. They were trying to link her to the Website and they were looking for the evidence to implicate her as my assistant webmaster.

On April 11, 2001, I was arrested under the ISA. After a fifty-two day detention at two different secret locations somewhere in Kuala Lumpur, I was released on June 2, 2001.

This is my story of that detention.

I am not able to reveal the “sensitive” parts of my interrogation for fear that the Official Secrets Act or OSA might be invoked on me, as I have been informed that my interrogation is some sort of a national secret. I have, however, featured some of my more harmless debates and bantering with my interrogators, which I feel will not jeopardize national security.

If this book gives you an impression detention under ISA is more “fun” than what you have been led to believe, well, it can be, if you know how to deal with yourself under duress. The secret is to always be in control of your mind and never let them “own” you.

Raja Petra juga begitu banyak menulis mengenai pendedahan Khairy Jamaluddin dan dibukukan rencana-rencananya dalam "Khairy Chronicles Khairy Jamaluddin: Rasputin or Boy Genius?" dan "Hikayat Khary Khairy Jamaluddin: Putera Oxford ke Putrajaya" pada tahun 2006.

Raja Petra juga menerbitkan kompilasi artikel beliau dalam satu buku bertajuk "Oil For Food"

Teresa Kok Yang Aku Kenali

Ketika mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk Bersih di Ibu Pejabat PAS



Teresa ketika merasmikan seminar "Human Rights and Trade" di Kuala Lumpur

Pengenalan aku dengan Teresa Kok tidak lama berbanding dengan Raja Petra apabila mula berjinak dengan DAP apabila aku terlibat dalam secretariat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada tahun 2001.

Sebelum ini sememangnya aku mengenali Teresa Kok terkenal sebagai seorang “wanita waja”. Aku pernah berseloroh dengan rakan-rakan yang datang melawat aku di pejabat aku di Seputeh bahawa Teresa Kok sungguh terkenal di Seputeh sehingga pokok-pokok di Jalan Klang Lama pun akan bercerita mengenai Teresa (kalau pokok boleh berkata-kata). Banyak usaha dijalankan oleh beliau di Seputeh sehingga orang ramai di Seputeh amat menyayanginya.

Aku juga tidak merasa janggal apabila berada di pusat khidmatnya apabila kakitangan di sana sudah mengenali aku, sungguhpun aku tidak pernah menemui mereka. Menurut mereka, Teresa banyak bercerita mengenai aku.

Pada ketika aku menjalankan kerja-kerja “membersihkan pilihan raya”, Teresa sering memberikan idea-idea bernas dan tegas dalam kerja-kerjanya. Selaku Ahli Jawatankuasa Induk BERSIH, arahan-arahan yang beliau berikan selalunya dalam nada yang lembut tetapi serius.

Sungguhpun dalam keadaan tegang, Teresa boleh secara serta-merta gelak apabila mengetahui public melihatnya – what a true politician she is!

Kami menjadi lebih rapat apabila diambil sebagai sekretariatnya dalam Asean Inter-Parliamentary Caucus for Good Governance (AIPCGG) pada tahun 2007.

Labels: , , ,

1 Comments:

At 1:33 am, Anonymous Anonymous said...

Just back home from CLV at Bogger House at Damansara KL. Almost 100 ppl participated despite of the rain and short notice.
~~~

Aku sokong kita lakukan HARTAL untuk selamatkan negara tercinta ini.

BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA SEKARANG!
MANSUHKAN ISA SEKARANG!

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com