Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, September 15, 2008

Candle Light Vigil at Blog House


Sebentar tadi (14 September 2008), aku hadir di satu majlis candle light vigil untuk tahanan ISA (sebut akta zalim) di Blog House, Damansara.

Program itu hanya dirancangkan dalam 3 jam dan berjaya mengumpulkan kira-kira 50 orang. Khabarnya pada malam itu juga kira-kira 600 orang mengadakan perhimpunan yang sama di Pulau Pinang.

Nathaniel Tan yang tergerak untuk memanggil rakan-rakan blogger petang yang sama mendapat restu daripada All Blogs untuk mengadakannya di premisnya.

Malam sebelum itu, candle light vigil hanya berjaya dibuat selama 12 minit sahaja selepas pihak polis menghentikannya.

Pada malam itu, ada satu kereta peronda berada di situ. Aku tidak dapat mengira berapa ramai pegawai polis; seragam dan preman berada di luar perkarangan rumah berkenaan.

Kami bertindak menutup pagar dan mengadakan candle light di dalam premis rumah - secara private.

Nat mulakan acara dengan bertafakur selama tiga minit.

Datuk Ambiga (Presiden Majlis Peguam) mulakan ucapan. Kemudian beberapa blogger. Medaline Chang tidak dapat berucap kerana tidak tahan sebak. Is girls always like that ah?

Nat kemudian memanggil aku untuk berucap. Nasib baik kelakar aku menjadi.

Majlis itu diadakan dalam keadaan hujan renyai dan selesai pada jam 11 malam.

Antara Ahli Parlimen yang hadir ialah Sivarasa Rasiah (Subang) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju).



Anne James dalam hujan




Semua gambar dengan ehsan Tergendala Sebentar

Labels: , , , ,

1 Comments:

At 11:23 am, Anonymous Anonymous said...

Free Teresa Kok, abolish ISA. Sign petition at

http://www.petitiononline.com/freetkok/petition.html

Only name and email required.

Please spread the word, we need your support.

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com