Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Monday, October 03, 2005
KENYATAAN MEDIA 3 Oktober 2005
Angkatan Muda Malaysia mengucapkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa pengeboman di Bali, Indonesia yang mengakibatkan kematian seramai 26 dan yang mengalami kecederaan seramai lebih 50 orang.Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas yang berlaku kepada negaraitu pada 2 Oktober lalu. Kejadian itu telah mengakibatkan kematian dan kecederaan kepada orang-orang yang tidak berdosa yang sedang beristirehat di dua restoran di Jimbaran dan satu lagi di Kuta yang sejauh 30 km daripada tempat pertama.
Tindakan mengatasi keganasan memerlukan kerjasama erat di antara negara-negara Asia Tenggara terutama sekali persepakatan dan persefahaman antara negara jiran seperti Malaysia dan Indonesia.
Malaysia sepatutnya menawarkan bantuan untuk mempertingkatkan keselamatan yang secara tidak langsung menggugat Malaysia sendiri.
Walaupun demikian, penyiasatan dan sebarang tindakan anti-terrorisme seharusnya tidak menggugat prinsip hak asasi manusia dan perbicaraan yang bebas. Ianya mestilah dijalankan secara telus.
Rakyat harus diyakini bahawa tindakan-tindakan seperti ini tidak dijadikan sebagai alat atau alasan menindas kumpulan-kumpulan yang tidak disenangi oleh pemerintah.
Kami menentang sebarang penangkapan dan pertuduhan tanpa perbicaraan, seperti apa yang dilakukan oleh Malaysia dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Kita tidak bertolak ansur untuk sesiapa yang melakukan keganasan ini dan berharap agar pihak yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah terbuka dan menerima hukuman yang sewajarnya.
Penggunaan ISA bukanlah satu pendekatan yang berkesan dalam menyelesaikan masalah dan mengatasi keganasan.
Disediakan oleh:
Faisal Mustaffa
Pengerusi Biro Antarabangsa
Angkatan Muda Malaysia
3 Oktober 2005
0 Comments:
Post a Comment
<< Home