Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Friday, September 02, 2005
'Selalunya Polis Tak Tangkap Cina'
Tan Chee Hooi, 30 tahun mula tergerak untuk bersama-sama memprotes di perhimpunan aman pada awalnya hanya atas dasar ingin tahu. Tetapi apabila kekejaman demi kekejaman berlaku di hadapan mata, beliau tidak dapat menahan perasaan dan mengambil keputusan untuk menyertai setiap perhimpunan aman.Sungguhpun berada di kelompok orang ramai yang mahukan keadilan, beliau tidak pernah dihumban ke lokap mahupun ditdakwa di mahkamah.
Baginya, itu adalah berkemungkinan beliau berbangsa Cina dan "selalunya polis tak tangkap cina," kata Tan.
Beliau berpendapat penglibatan masyarakat Cina yang dingin ketika awal reformasi adalah disebabkan mereka menganggap ianya adalah cetusan pertelingkahan antara Mahathir dan Anwar serta masalah dalam Umno.
Lama-kelamaan barulah masyarakat Cina mula faham senario sebenarnya.
Bercerita mengenai sikap polis, beliau berkata pernah melihat keadaan dimana seorang rakan Melayunya ditarik baju sehingga koyak, ditolak dan dibelasah dengan cotar oleh seramai lima anggota pasukan Unit Simpanan Polis (FRU).
"Besar sangatkah dosan hingga dibelasah seperti itu wal hal dia tidak memiliki apa-apa senjata kecuali memegang kain rentang," kata Tan.
"Pihak polis juga sering bertindak dengan tidak rasional."
Beliau berkata adalah mustahil bagi sesebuah kumpulan itu untuk bersurai serta-merta dalam perhimpunan yang penuh sesak.
"Polis sepatutnya memberi tempoh masa yang cukup untuk orang ramai bersurai dan pulang," katanya lagi.
Selain itu, beliau berpendapat tindakan provokasi polis itu seolah-olah mencabar rakyat untuk bertindak di luar kawalan.
"Tidak ada salahnya apabila polis ini memberi senyuman dan mengawal dengan penuh rasa tanggungjawab, bukan datang ke tempat kejadian untuk membelasah orang ," kata Tan.
Penyelia pusat gerai makanan di Jalan Petaling ini juga berkata keadaan berbeza dengan negara lain seperti di Taiwan contohnya dimana polis takut melakukan tindakan di luar bidang kuasa mereka.
Mengulas tindakan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tujuh tahun peristiwa 'mata lebam', Tan berkata adalah menjadi hak Anwar untuk memaafkan Rahim.
"Namun, bagi saya Rahim sepatutnya diberi hukuman yang lebih berat memandangkan beliau adalah Ketua Polis Negara dan sepatutnya menjadi contoh kepada anak buahnya," katanya.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home