Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, August 10, 2005

Kemerdekaan Adalah Kebebasan & Keadilan – Anwar

Kemerdekaan adalah untuk kebebasan dan keadilan sebagaimana yang telah dijanjikan kepada rakyat Malaysia pada 31 Ogos 1957.

Menurut Dato Seri Anwar Ibrahim, kedua aspek tersebut merupakan tiang seri bangsa yang terkandung dalam permasyhuran kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman.  

“Kita tahu, hanya bangsa yang pernah melalui gelita penjajahan akan mengerti makna cahaya kemerdekaan. Bagitu juga, hanya diri yang pernah kebebasannya diragut akan memakrifati nilai kebebasan’ kata Anwar  

Anwar menghuraikan kedua elemen tersebut, dihadapan kira-kira 400 hadirin di pidato kemerdekaaan semepena dengan Seminar Tahunan Institut Kajian Dasar (IKD) di Hotel Pearl International, 6 Ogos lalu. Seminar 2 hari tersebut turut mengundang cendikiawan dan tokoh akademik tempatan untuk menghurai dan menilai semula pembentukan etika, pendidikan dan kebudayaan nasional.

Dalam ucapan tersebut Anwar juga menyingkap kisah klasik Brutus yang membunuh Caesar semata-mata untuk membebaskan Rom ketika itu dari raja (Caesar) yang mula hendak menjadi diktator. Beliau mengungkap kata Brutus yang dicatat oleh Shakespeare;

 “siapakah yang  begitu hina sehingga mahu hidup sebagai hamba’.

Dalam pidato sejam itu juga anwar turut mengesyorkan agar kerajaan mengantikan hasrat mereka yang mahu menghidupkan semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada suatu dasar yang lebih baik untuk semua kaum dan bangsa.

‘Mengapakah orang Melayu hanya mahu memperjuangkan keadilan untuk orang Melayu sahaja, dan Cina untuk Cina sahaja, India semata untuk India sahaja, Kadazan, Iban, hanya untuk kaum masing-masing. Keadilan tidak akan tercapai melalui program-program yang bersifat tolak-ansur; menolak satu kaum, dan ‘mengansur’ kaum yang lain. Suvival bangsa kita hanya akan terjamin dengan merumuskan satu gagasan keadilan untuk Bangsa Malaysia’ tegas Anwar.

Majlis pidato kemerdekaan itu juga diserikan dengan puisi khas yang dicipta dan dibacakan oleh penyair terkenal Indonesia WS Rendra dan Sasterawan Negara Prof Dr Muhamad Haji Salleh.

Hadirin turut dipersembahkan dengan lagu “Dendam Semalam” ciptaan Mazir Ibrahim. Liriknya diangkat dari rangkap pantun yang dibacakan oleh Dato` seri Anwar Ibrahim dan Datn Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kongres pertama Parti Keadilan Rakyat, Disember lalu.  

Teks penuh pidato kemerdekaan: www.anwaribrahim.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com