

Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!

~ faisal mustaffa online ~
 
Sunday, September 11, 2005
Pameran 147 tahun pasca kemerdekaan

Imaginasi dan harapan mengenai isu-isu yang melanda rakyat tertindas mungkin sukar digambarkan oleh kita orang biasa, tetapi tidak bagi kalangan pelukis. Sebagai seniman, mereka dapat menyampaikan mesej yang tepat, tanpa perlu mengeluarkan kata-kata.
Begitu, gambar sering dikatakan menyimpul seribu rahsia dan cerita.

Pameran "147 Tahun Merdeka" dibuat di Galeri Reka Art di Kelana Jaya. Pameran tersebut dinamakan sedemikian hanya sebagai gambaran artis berkenaan dengan keadaan Malaysia 147 akan datang.
Bagi Tian Chua, beliau amat kecewa melihat wang rakyat dibazirkan dengan pembinaan projek-projek mega yang tidak menguntungkan rakyat.
"Sebaik sahaja bangunan, jalanraya, dan tugu-tugu dibina; ia menjadi satu sejarah. Sekiranya pembinaan tersebut tidak tepat, maka fikiran dan perasaan akan mati bersama-sama," ujar Tian Chua.

Gambar berukuran hampir semeter itu berjaya dijual sebanyak empat helai dengan harga RM750 setiap satu pada malam pembukaan.

Bagi Nadia dan Tian, mereka cuba menunjukkan gambaran seolah-olah ianya benar dan memberi sindiran tajam kepada kerajaan.

Di "North-South Highway," Nadia cuba mengkritik sokongan segelintir suara yang lantang tidak menyokong poligami.
Mesej tersebut disampaikan melalui gambaran papan digital besar di salah sebuah lebuhraya di negara ini.

Selain lukisan, galeri tersebut juga dihiasi dengan lukisan-lukisan halus yang dihasilkan oleh Nadia yang pernah dipamerkan di galeri-galeri lain.
Nadia pernah dijemput mengadakan pameran di beberapa negara tetapi baginya, pameran yang paling mendapat sambutan ialah apabila beliau mengadakan pameran di Yogjakarta.
Sebelum menceburi bidang fotografi, Nadiah Bamadhaj, 36 tahun, banyak menghasilkan seni arca.
Nadia pernah bertugas di badan-badan bukan kerajaan dalam memberi kesedaran terhadap bahaya HIV/AIDS dan mengajar di salah sebuah IPTS.

Atas cintanya terhadap seni, Nippon Foundation's Asian Public Intellectual Fellowship pada 2002.
Berasal dari Petalin Jaya, Nadia kini bermastautin di Yogyakarta, Indonesia.
Bagi Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chiang adalah aktivis politik. Beliau berkelulusan ijazah dalam Kajian Pekerjaan dan Perburuhan dari Belanda.

Bagi keterangan lanjut, layari http://www.reka-art.com/gallery/exhibitions.html
0 Comments:
Post a Comment
<< Home