Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, September 02, 2005

Pekerja bukan sumber modal

Martabat Mereka Sebagai Insan Wajib Diangkat

SYED Shahir Syed Mohamud akhirnya, setelah lima kali mencuba berjaya mengalahkan Zainal Rampak sebagai Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam persidangan ke 36 kesatuan tersebut pada Disember 2004.

Beliau sebelum itu menyandang jawatan sebagai Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Peralatan Pengangkutan serta ahli exco Eksekutif di MTUC (1994) dan menjadi Ahli Majlis Am (General Council) MTUC pada penggal 1992 dan 1994.

Dalam politik, pemimpin berwatak lembut tetapi tegas ini melibatkan diri dalam pilihanraya sejak usianya 22 tahun dan bertaning dalam pilihanraya pada tahun 1974 di Raub, Pahang.

Beliau menjadi Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Rakyat Malaysia (PRM) sejak pertengahan 1970an dan dilantik menjadi Pengerusi Tetap bagi Kongres Parti Rakyat Malaysia untuk tempoh beberapa tahun.

Beliau pernah bertanding dalam Pilihanraya Umum 2004 mewakili KeADILan di Parlimen Kelana Jaya.Kemenangan beliau yang sekaligus menamatkan 20 tahun penguasaan Zainal MTUC yang mewakili 238 kesatuan gabungan itu dilihat sebagai pencetus angin perubahan dalam era pekerja di tanahair.

Apakah harapan tinggi ini akan berjaya dipikul Syed Shahir? Ikuti temubual bersama Faisal Mustaffa

Kemelut empat tahun dalam Kesatuan Kakitangan Bank Kebangsaan NUBE akhirnya berjaya diselesaikan apabila berjaya mengadakan mesyuarat agung mereka pada 7 Ogos lepas dan ini berlaku tidak lama selepas saudara mengambil alih teraju pimpinan MTUC.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Sekarang, NUBE sudah diiktiraf. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah mengadakan rundingan dengan Malaysian Commercial Bank Association (MCBA) yang bertindak bagi pihak majikan untuk menilai semula Perjanjian Bersama (CA) antara NUBE dan MCBA dan menyelesaikan masalah tuntutan gaji.

Dalam laporan-laporan kewangan, kita dapati bank-bank perdagangan ini membuat keuntungan jutaan ringgit. Tetapi, tangga gaji para pekerja mereka masih pada takuk lama.

Mereka mesti sedar bahawa keuntungan yang dikecapi adalah hasil daripada usaha yang dicurahkan oleh pekerja-pekerja mereka.
Saya berharap CA yang dipersetujui mestilah diambilkira bermula dari tarikh perkhidmatan pekerja itu bukannya dari tarikh perjanjian ditandatangani.

Bagaimana penyertaan kaum pekerja terhadap kesatuan sekerja?Tahapnya masih jauh lebih rendah. Jumlahnya adalah kurang daripada sepuluh peratus.

Kalau kita perhatikan 57 tahun yang lalu, peratusan pekerja yang menyertai kesatuan sekerja adalah tinggi, sedangkan keadaan pada waktu itu jauh lebih teruk daripada keadaan sekarang. Mungkin salah satu faktor ialah pada waktu itu, pekerja memerlukan lebih perlindungan.

Tapi ini tidak boleh dijadikan sebagai alasan.

Dalam era ini, saya rasa lebih ramai kaum pekerja sepatutnya menyertai kesatuan daripada duduk di luar untuk menampakkan kehebatan diri.

Kita tidak boleh berserah kepada Tuhan semata untuk menentukan nasib. Tiada badan selain daripada kesatuan sekerja yang dapat menjadi pelindung apabila bercakap mengenai masalah pekerja.

Apakah pandangan pekerja terhadap kesatuan?Keadaanya begitu lembap. Saya menganggap bahawa ini merupakan satu isu di mana orang hanya lihat secara fizikal. Dari satu sisi yang lain kita perlu melihat tahap pemahaman dan kesedaran pekerja.

Ertinya, kita akan berjumpa dengan pemimpin yang memang hendak melakukan sesuatu tetapi apabila melihat pengikut-pengikutnya tidak bersedia, lesu, tidak berani, bagaimana kita hendak melihat ianya membangun?

Ini merupakan satu proses.

Memang di kalangan orang-orang yang pengalaman, mereka akan bertanya ke mana arahnya hendak dibawa .

Mengapa gerakan-gerakan pekerja di negara ini sangat lesu sehingga tidak mampu untuk mobilisisasikan ahli-ahli mereka.Bagi pendapat saya, ia berpunca daripada sejarah panjang itu sendiri yang lesu. Untuk meyegarkan semula, ia melibatkan masa dan perlukan banyak tenaga. Saya suka belajar daripada pengalaman kawan-kawan lain seperti di Korea dan Afrika Selatan sebagai contoh. Mereka cekap dalam mengendalikan sesuatu isu dan pada masa yang sama mereka tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Keduanya, kaedah kita menyelesaikan sesuatu hal, samada di peringkat mikro atau pun di peringkat makro. Maksudnya, kalau kita boleh mendapatkan sesuatu dalam perbincangan atau negosiasi, apa salahnya kita amalkan.

Kita masih tertinggal di belakang. Dalam keadaan itu pun, kita gagal untuk melaksanakannya. Jadi kita mesti fikirkan apa strategi untuk mendapat apa yang kita cita-citakan.

Sepanjang tempoh tujuh bulan ini, saya telah mengemukakan pendekatan agar kita berdialog di semua peringkat, termasuk dengan majikan dan pemerintah.

Dari kalangan union sendiri pun mesti wujudkan dialog.

Dalam hal-hal semacam ini, saya kira MTUC mestilah sanggup untuk menerima kritikan daripada semua pihak.

Ketika belum menjadi pemimpin MTUC, anda dilihat banyak perjuangkan soal gaji minimum pekerja. Apakah perkembangannya?

Gaji minimum pekerja RM 900 masih menjadi agenda saya. Malaysia merupakan negara yang mempunyai pekerja yang terbaik, mahir dan separa mahir. Pihak pengeluar mampu mendapat sesuatu yang terbaik dengan kos yang rendah.

Industri elektronik sudah wujud di negara ini selama 30 tahun.

Jadi, di manakah tahap mereka sekarang?Mereka sepatutnya menyoal diri mereka, "bagaimana saya mahu tingkatkan kualiti hidup? "

Dalam sektor perladangan, mengapa belia tidak mahu bekerja di ladang?Dari terma ekonomi, kita selalu merujuk kepada modal insan (human capital).

Terma tersebut seolah-olah mengaggap golongan buruh sebagai sumber modal sehingga ada orang beranggapan ianya satu peringkat yang rendah.

Bagi saya, persepsi ini menjatuhkan maruah pekerja itu sendiri.

Kaum pekerja perlu diangkat martabatnya. Sebagai insan, pekerja mesti dilayan seperti manusia.

Bagaimana martabat itu dapat dianugerahkan kepada pekerja itu?

Kita mesti tengok kepada upahya.

Sebagai contoh, kita andaikan seorang pekerja kilang memperkenalkan diri mereka di hadapan seorang pekerja profesional. Rata-rata mereka akan berasa malu apabila ditanya dengan golongan profesional ini hanya kerana mereka bekerja kilang.Seterusnya ia membawa kepada status sosial pekerja itu. Itu yang saya maksudkan dengan meningkatkan upahnya.

Di Eropah, pemandu trak bangga dengan kerjanya. Itu satu profesion baginya. Upahnya kadang-kadang sama dengan petugas di pejabat.

Jadi, tidak guna sekiranya kita bercakap pasal negara maju sekiranya pekerja masih mempunyai mentaliti seperti ini.

Kita perlu 'back to basic' iaitu sedar diri.

Ucapan Takziah

Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Syed Shahir Mohamed atas pemergian bapanya, Syed Mohamud Syed Abdullah yang telah pulang ke rahmatullah pada 24 ogos 2005 yang lalu di Jerantut.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com