Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, August 06, 2008

CADANG ROSMAH PAKAI SUSUK


Babak ketika susuk dipakaikan




Memandangkan isteri Timbalan Perdana Menteri dihadapkan dengan pelbagai pertuduhan dengan pelbagai bukti dan pengakuan berkanun yang mengatakan beliau terlibat dengan pembunuhan Altantuya, saya mencadangkan di sini agar beliau cuba sahaja berjumpa dengan dukun untuk memakai susuk.

Sudah tentu susuk biasa yang dikenakan oleh artis sebagai daya tarikan tidak akan melekat kerana pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau amat berat, saya mencadangkan agar beliau menonton filem Susuk bagi mencuba dukun Dewangga bagi meletakkan Susuk Keramat yang sememangnya jenis susuk yang benar-benar raja segala susuk.

Lagi pun, Rosmah pun telah berbelanja sakan dan menghabiskan wang ribuan (pada masa rakyat tertekan ‘mengikt perut’ akibat kenaikan harga petrol dan disel) bagi melawakan diri.

Kesan susuk terkeluar akibat tidak menjalani rawatan susulan


Berikut ialah keratan akhbar yang memparkan sikap boros Rosmah.

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Belum pun reda isu 'hangat' suaminya Dato' Seri Najib Tun Razak dikaitkan dengan gambar mendiang Altantuya Shaariibuu, Datin Seri Rosmah Mansor menyemarakkan lagi 'api' publisiti dengan sikapnya yang didakwa berbelanja secara mewah dan membazir di luar negara.

Perkara ini dibangkitkan oleh Pengarah Strategik KeADILan Saifuddin Nasution dalam laporan akhbar Suara KeADILan terbaru, mendakwa isteri Timbalan Perdana Menteri itu, mempunyai tabiat membeli-belah yang membazir sehingga layak digelar Imelda Marcos Malaysia. April lalu ketika mengikuti Najib ke pameran Biotech di Boston, Rosmah singgah ke Los Angeles, untuk membeli belah pakaian, kasut dan alat-alat mekapnya.

"Amat memeranjatkan menurut pegawai-pegawai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, yang terlibat dalam rombongan tersebut memaklumkan sebanyak lapan buah kereta diperlukan untuk mengangkut 74 beg barang yang dibeli oleh Rosmah," kata Saifuddin.

"Di Boston pula setelah meninjau toko-toko kelas atasan, Rosmah memaklumkan kepada pegawai terbabit, beliau memerlukan 15 buah kereta untuk membawa beg-beg barangan yang dibelinya," katanya.
Saifuddin turut mendedahkan sewaktu misi kerajaan ke Jepun, Rosmah tinggal bersama Najib di President Suite, Hotel Imperial Tokyo dengan keluasan bilik tersebut ialah 3,000 kaki persegi, tetapi keesokan hari Rosmah mendakwa tidak dapat tidur kerana mendapat tahu ada bilik yang lebih luas iaitu 4,000 persegi daripada bilik yang diduduki bersama suaminya itu.

"Saya rasa dengan tabiat membeli belah secara boros dan membazir serta nafsu besarnya memang layaklah beliau digelar Imelda Rosmah," kata Saifuddin sewaktu mendedahkan di sebuah ceramah di Kulim Jun lalu.


Perilaku Rosmah ini jelas seolah-olah menempelak dan melanggar nasihat Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan TPM yang juga suaminya, supaya rakyat jelata berjimat cermat dan berhemah dalam berbelanja.


Sebelum ini, Rosmah mengundang kontroversi dengan aksi manjanya dengan pelakon Bollywood yang mendapat kritikan dan teguran pelbagai lapisan masyarakat yang kecewa dengan sikap isteri pemimpin nombor dua negara yang tidak
menjaga batas-batas gama dan memalukan imej seorang wanita muslim.

Sewaktu Anugerah Filem India Global (GIFA) 2006 pada 9 Disember tahun lalu yang di adakan di Stadium Putra Bukit Jalil menyaksikan Rosmah selaku penaung festival berlaga pipi dengan aktor kacak Bollywood, Salman Khan.


Lebih melucukan, Pemangku yang Dipertua Badan Amal Ke
bajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dalam sebuah akhbar menyarankan agar para isteri pemimpin perlu menampil imej yang boleh diterima masyarakat sedangkan rata-rata berpendapat Rosmah perlu 'cermin diri' terlebih dahulu sebelum menasihati atau menuding jari kepada pihak lain.

Lagi teruk lagi apabila ada berita yang mengatakan Saiful Bukari Azlan ada mempunyai pertalian darah dengan Rosmah. Bagaimana beliau dapat mengatasi semua ini sekiranya semua pertuduhan ini benar?


Jadi, cara sebegini yang diamalkan oleh Rosmah dalam memberi populariti tidak berjaya malah memenatkan serta menyusahkan pegawai-pegawainya untuk mengangkut beg-beg shopping beliau.

Dengan cara mudah, Rosmah patut menimbang dengan mencari Dukun Dewangga. Lagi pun, Rosmah yang gemar berkaraoke di banyak majlis keraian, masih tidak dapat memberikan persembahan. Habis lagi duit untuk bayar guru vokal.

Berikut ialah synopsis filem Susuk agar memberi gambaran ringkas bagaimana ia dapat membantu Rosmah dalam mengembalikan popularitinya:



Bakat dan keanggunan Soraya adalah anugerah. Namun dia tidak puas. Soraya, seorang pelatih jururawat mendambakan kehidupan lebih dari ala kadar. Lantas di kala tawaran jadi bintang tiba mengundang, dia mahu gapai setinggi langit. Mulaan langkahnya penuh ranjau. Sehinggalah Soraya dipujuk dengan amalan SUSUK yang sukar dia ketepikan untuk bergelar diva ternama. Kini dia mesti memilih samada terus di laluan yang benar atau jalan onar yang perlukan pengorbanan..

Sementara itu, Suzana pula seorang diva terkenal sedang mendaki puncak populariti teratas. Namun terselindung di balik tabir keagungannya, Suzana adalah pengamal lmu hitam tegar kerana dia pewaris SUSUK keramat. Tapi ia ada musibahnya. Suzana perlukan korban nyawa manusia setiap kali dia melanggar pantang..

SUSUK menyusuri kisah Soraya dan Suzana dalam lajur cerita yang berbeda namun akan bertembung di akhir cerita. Suatu kesudahan yang akan membongkar rahsia dan misteri ilmu hitam yang tidak tergambar oleh sesiapa!

Labels: , ,

1 Comments:

At 5:03 pm, Anonymous Anonymous said...

jordan shoes
yeezy boost 380
bathing ape
supreme outlet
yeezy outlet

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com