Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, March 07, 2006

Tutup Lubang Karat Dengan Naik Harga Minyak

Kenaikan harga minyak 30-sen perliter yang dilaksanakan 28 Mac lalu oleh dari Jabatan Perdana Menteri sebenarnya adalah untuk menanggung kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Ia merupakan peningkatan tertinggi dalam masa dua tahun ini.

Kenaikan tersebut menjadikan harga petrol 40.1% lebih tinggi dan disel 102.4% lebih mahal. Harga baru untuk RON 97 petrol di Semenanjung Malaysia ialah RM 1.92 seliter , LPG -RM 1.75 sekg dan diesel berharga RM1.58 seliter.

Menarik sekiranya dilihat daripada sudut pandangan Jeff Ooi dalam lamannya yang mengatakan bahawa dengan kenaikan harga minyak tersebut akan memberi perolehan sebanyak RM4.4 billion setahun. Manakala pada masa yang sama, Syarikat Penerbangan MAS dalam Pelan Penstrukturan Semula mereka memerlukan RM4 billion. Begitu juga kepada apa yang berlaku kepada Proton yang mana pengkorporatan yang kononnya akan memberi pulangan kepada negara dibolot dan dibawa lari oleh kapitalis jerung.

Pelan penstrukturan semula yang dirangka oleh Idris Jala baru-baru ini termasuk mengurangkan tajaan korporat mereka. Tetapi, mereka masih enggan menyaman Azmin Ali apabila beliau mendedahkan MAS mengambil pakar-pakar IT dan menghabiskan jutaan ringgit apabila teknologi maklumat MAS itu di outsource kan kepada IBM.
Saya kira ribuan rakyat yang turun berarak membantah kenaikan harga tersebut pada 3 Mac lalu tidaklah sedaif mana (sungguhpun ramai yang masih memangkah BN bilamana jurangan taraf hidup semakin melebar dari masa ke semasa).

Mereka sedar bahawa satu pelan perlu dibuat dalam kesilapan yang dibuat oleh pemaju swasta seperti Hospital Pandan dan MRR2 yang berkepentingan ramai.

Kegagalan Kerajaan Tempatan yang tidak dipilih oleh rakyat membazirkan sejumlah wang yang besar sedangkan infrastruktur asas dalam keadaan yang amat menyedihkan.

Kemarahan rakyat juga membuak apabila kerajaan bertindak untuk menswastakan perkhidmatan air, hospital yang sudah semestinya akan meningkatkan kos hidup rakyat.

Projek Empangan Bakun dan Scenic Bridge ke Singapura yang mendapat tentangan ramai pihak tetap diteruskan bagi menyuap projek kepada anak-anak buah mereka.


Kadar Jenayah akan Naik

Dengan kenaikan tersebut, kita dapati bukan hanya tambang kenderaan awam akan naik, malah kadar jenayah juga akan turut meningkat!

Pengusaha roti canai dan the tarik juga turut akan meningkatkan harga mereka. Tarif elektrik juga tidak akan ketinggalan.

Saya berkata demikian ialah kos sara hidup akan meningkat dan peningkatan tersebut tidak seimbang dengan kenaikan gaji. Ketidakseimbangan inilahakan menjurumus kepada kenaikan kadar inflasi.

Kaum berpendapatan rendah sudah pun merasakan tekanan daripada kesan inflasi tersebut dan junaman kadar itu akan menambahkan penyiksaan.

Siapa yang sanggup untuk mengalami kemerosotan sedemikian dan tidak mahu meningkatkan taraf hidup? Maka jalan mudah ialah dengan perlakuan jenayah.

Percayalah, kes ragut akan mula meningkat dengan sendirinya, ia berlaku ketika kerajaan BN mengumumkan kenaikan harga minyak sebelum ini.

Bangga rasanya apabila 200 anggota FRU dan ratusan anggota polis yang hadir pada ketika itu seramai tidak melakukan sebarang jenayah yang dilindungi oleh AKta Polis mereka.

Dalam perhimpunan yang disaksikan oleh Menara Kembar 88 tingkat itu, dua lori yang membawa pancutan dan 11 trak polis berada untuk mengawal dan bersedia ‘bertindak’ sekiranya mendapat arahan.

(Pada waktu itu, saya tidak kira ada yang di antara mereka akan bertindak ala Hang Jebat kerana Istana Budaya menayangkan teater lagenda yang hanya memaparkan kesetiaan Hang Tuah).

Antara kain rentang yang dibawa tertulis: ‘Harga Naik – Satu Lagi Projek Kerajaan Nasional’. Lucu! Tapi benar.


Alasan Kerajaan BN

Pada 5 Mac lalu, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi memanggil mesyuarat yang berlangsung selama dua setengah jam dan dihadiri oleh 5,000 pemimpin-pemimpin BN. Datanglah mereka ini dengan berkerta besar, berambut karat dan bersongkok dan berkasut tinggi, mendengar alas an yang diberikan oleh pemimpin ‘unggul’ mereka.

Menurut media perdana, siri penerangan perlu dibuat oleh pemimpin-pemimpin kerajaan (sudah tentu melalui media belian mereka) kerana rakyat tidak faham rasional kenaikan harga tersebut dan pihak pembangkang mengambil kesempatan untuk mendapat sokongan rakyat.

Dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri itu, Negara ini perlu menarik subsidi minyak kerana harga yang masih rendah berbanding dengan Negara-Negara ASEAN kecuali Brunei.

Adakah makcik yang menjaga kaunter MyKad tidak tahu bahawa kesemua Negara-Negara ASEAN adalah PENGIMPOT minyak (temasuk Indonesia semenjak 2004)?

Alasan lain yang diberikan oleh kerajaan ialah beban subsidi dan pengecualian cukai yang ditanggung kerajaan pada bulan Januari ialah RM 1.19 billion dan Februari RM 1.44 billion.

Jabatan Perdana Menteri menyatakan bahawa penjimatan yang dibuat akibat pengurangan subsidi minyak ini akan digunakan untuk menampung projek pembangunan dan memperbaiki system pengangkutan awam yang akan berfaedah kepada semua rakyat Malaysia.


Perdana Menteri terlemah?

Shamsul Iskandar menyebut bahawa atas kegagalan Perdana Menteri Kelima itu gagal sekurang-kurangnya di dalam tiga perkara iaitu; mengekalkan kabinet rasuah setelah menunggu ilham yang terlalu lama; tidak konsisten di dalam tindakan beliau terhadap media yang melakukan penghinaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan menaikkan harga minyak di dalam keadaan di mana negara Malaysia merupakan negara pengekspot “net” (net exporter) dan mampu untuk menyerap kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa.


Keuntungan Petronas di mana?

Dalam kenyataan Naib ketua ANgkatan Muda bertarikh 3 Mac, laporan kewangan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2005 lalu enyebut bahawa keuntungan Petronas ialah sebanyak RM 137.046 billion, meningkat sebanyak 40.5% berbanding tahun 2004.

Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti ialah sebanyak RM 35.556 billion meningkat sebanyak 50.3% berbanding dengan tahun 2004. Dana bagi pemegang saham sahaja atau tabungan berjumlah 129.383 billion meningkat sebanyak 26 % berbanding dengan tahun 2004.

Jadi, mengapakah rakyat masih lagi ingin dibebankan dengan kenaikan harga minyak walhal hasil negara terus meningkat?

Apakah subsisdi sebanyak RM 4 billion yang dinyatakan oleh Timbalan
Perdana Menteri tidak boleh ditampung oleh Petronas?


Jalan alternatif?

Selain daripada memilih barisan yang tidak rasional (sebut Nasional), ada jalan-jalan lain yang boleh diambil oleh kerajaan selain daripada berfikiran kontot dengan mengalihkan beban tanggungan Negara ke bahu rakyat.

Shamsul mencadangkan agar kos operasi kerajaan dapat dikurangkan dengan menjalankan tender terbuka dan menghentikan tender secara terus
kerana ini akan mengurangkan kos apa-apa projek kerajaan.

Kerajaan juga boleh menjalankan analisa “cost-benefit" secara mendalam bagi apa-apa projek yang dicadangkan oleh kerajaan.

Sudah tentu, dengan hapusnya akta drakonian OSA, ISA, akta Mesin Cetak dan Media Elektronik serta Akta Polis, system pentadbiran akan menjadi lebih telus.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menunjukkan keadaan yang berlaku di Venenzuela yang mana ia merupakan negara pengeluar minyak dan dengan rakyat berjumlah 25 million, sama seperti keadaan di Malaysia.

Presiden Hugo Chavez telah dengan beraninya menentang polisi penswastaan neo-liberal pasaran terbuka. Sejak dia mula memerintah pada tahun 1998, dia telah membawa negaranya ke arah sosialis dan menentang kaum kapitalis dari menumbangkannya.

Dengan sokongan rakyat Venenzuela, syarikat petroleum domestik , PDVSA telah dimilik negarakan. Maka dengan harga minyak yang tinggi sekarang, keuntungan syarikat itu telah dengan langsungnya digunakan untuk projek pembangunan. Sebagai negara sosialist yang membangun, pendapatan PDVSA adalah transparen dan perbelanjaan kerajaan di rancang dengan penyertaan rakyat secara efektif.

Akhir kata, selamat berhimpun dan berarak!

Foto dengan ihsan Elizabeth Wong (www.shagadelica.net/)

5 Comments:

At 1:43 am, Anonymous Anonymous said...

DEBAT isu “karikatur menghina Nabi” akan diadakan malam di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya jam lapan malam ini (7 Mac, Selasa). Seperti yang diramal, pemuda Umno sehingga hari ini masih belum menghantar wakil mereka untuk debat berkenaan.

Debat ini dianjurkan oleh Open Dialogue Centre (ODC) sebuah badan pemikir muda.

Mengikut laporan sebelum ini, Dewan Pemuda Pas akan diwakili oleh Hanipa Maidin dan Hasmi Hashim pula mewakili Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT). Hasmi beberapa minggu lalu pernah mengeluarkan kenyataan media bahawa tindakan kerajaan menutup Sarawak Tribune adalah dianggap keterlaluan dan mencemoh parti politik yang mendesak Pm Abdullah Badawi daripada mengenakan tindakan membungkam Tribune.

Tidak ada sebarang bayaran dikenakan kepada orang ramai yang mahu mengikuti debat berkenaan. —Diana Syed Azman [Sariberita.blogspot.com]

 
At 11:28 pm, Anonymous Anonymous said...

dan rizab minyak M'sia hanya sampai 2010. Nanti apakah minyak Kelantan akan dikorek? Atau nak tggu BN ambik Kelantan baru nak dikorek? Kerajaan P'sekutuan mmg tak bagi laluan utk syarikat luar melabur di Kelantan utk carigali petroleum ini hatta PETRONAS sendiri.....kan Petronas milik k'jaan Pusat? Pusat nak ambik Kelantan baru nak gali minyak tu...

mmg teruk mereka ni!

 
At 5:27 am, Anonymous Anonymous said...

Thank you!
[url=http://llrwjuqf.com/nbyn/whzi.html]My homepage[/url] | [url=http://fxcjqjlq.com/bols/blxt.html]Cool site[/url]

 
At 5:27 am, Anonymous Anonymous said...

Great work!
My homepage | Please visit

 
At 5:27 am, Anonymous Anonymous said...

Well done!
http://llrwjuqf.com/nbyn/whzi.html | http://bsyxjenh.com/gwdy/ptjr.html

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com