Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, March 01, 2006

Keadilan yang tidak dikecapi di dalam AJL20

Saya berkesempatan untuk sekali lagi menyaksikan penyerahan anugerah yang diadakan sejak 20 tahun yang lalu, Anugerah Juara Lagu.

Aku diberikan tiket VIP dan dapat saksikan siaran secara langsung diadakan. Sungguhpun hampir sebulan upacara itu berlalu, 5 Februari 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan atas kesibukan tidak terhingga, fakta-fakta kritikan perlu dimuatkan dalam wadah ini.

Kali ini ia bertemakan Evolusi Muzik Beterusan. Ribuan ringgit dilaburkan oleh Media Prima dan ratusan kakitangan TV3 diambil bagi memastikan acara ini berjalan selancarnya.

Daripada senarai juri yang diumumkan; Lukhman S, Siso, Amran Omar, Siti Nurhaliza, Anita Sarawak, Ajai, Erwin Gutawa, Roslan Aziz dan ketua juri, Farihin Abu Fatah, aku dapati ianya sudah pasti tidak akan memberikan keputusan yang adil.

Betul sangkaan aku! Terdapat suara-suara selain daripada aku sendiri yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan.

Keputusannya:

Pemenang Anugerah Juara Lagu AJL20
Lagu : GEMILANG
Artis : JACLYN VICTOR
Komposer : AUBREY SUWITO (AUBREY TEH BOON ENG @ AUBREY NAGA SUWITO)
Penulis Lirik : ASMIN MUDIN

Pemenang Anugerah Juara Balada AJL20
Lagu :GEMILANG
Artis : JACLYN VICTOR
Komposer : AUBREY SUWITO (AUBREY TEH BOON ENG @ AUBREY NAGA SUWITO)
Penulis Lirik : ASMIN MUDIN

Pemenang Anugerah Juara Pop Rock AJL20
Lagu : KATA
Artis : HAZAMI
Komposer : HAZAMI, TRIS & ARAB (NORKAMAL HAZAMI AHMAD, TRISNO ASYRAF ZAINAL ABIDIN & SYED AZLAN SYED ABU BAKAR)
Penulis Lirik : HAZAMI & TRIS

Pemenang Anugerah Juara Irama Malaysia & Etnik Kreatif AJL20
Lagu : ADUH SALIHA
Artis : MAWI
Komposer : M. NASIR (MOHD NASIR MOHAMAD)
Penulis Lirik : LOLOQ (ROSLI KHAMIS)

Pemenang Anugerah Vokal Terbaik AJL20

Lagu : KATA
Artis : HAZAMI
Komposer : HAZAMI, TRIS & ARAB (NORKAMAL HAZAMI AHMAD, TRISNO ASYRAF ZAINAL ABIDIN & SYED AZLAN SYED ABU BAKAR)
Penulis Lirik : HAZAMI & TRIS

Pemenang Anugerah Persembahan Terbaik AJL20

Lagu : ADUH SALIHA
Artis : MAWI
Komposer : M. NASIR (MOHD NASIR MOHAMAD)
Penulis Lirik : LOLOQ (ROSLI KHAMIS)

Sumber: http://ajl.tv3.com.my/pemenang_ajl20.htm
Foto : http://gambar.blogspot.com

Hujah-hujahnya:

Farihin: Untuk pengetahuan umum, Farihin pernah bekerja dengan Ning dalam penghasilan lagu Senang Tari. Seseorang composer tidak akan memilih Ning sekiranya beliau mencurigai kebolehan penyanyi tersebut.

Oleh itu, sikap berat sebelah sudah tentu disebelahi kepada Ning Baizura.
Siti Nurhaliza: Mengapa diva ini dipilih oleh pihak penganjur sebagai salah seorang juri? Apakah rasionalnya? Sungguhpun industi hiburan di negara ini kecil, tetapi Siti Nurhaliza sebagai salah seorang juri bagi pertandingan yang melibatkan ciptaan seolah-olah negara ini sudah kebutuhan seniman yang berpengalaman.

Rakan-rakan saya di London yang berutusan e-mel sering mempersoalkan mengapa rakyat Malaysia bodoh dan melihat peluan untuk menyayi di Royal Albert Hall sebagai satu kejayaan buat seseorang artis.

Sungguhpun beliau sudah mencecahkan kakinya di Royal Albert Hall, London, Siti tidak sepatutnya mengadili orang-orang yang lebih senior daripadanya.

Di London, sesiapa sahaja boleh menyanyi di dewan itu, asalkan mampu untuk membayar sewanya. Di London, seseorang yang tidak bergelar artis atau pun artis yang tidak mempunyai album pun mampu menanyi di sana, asalkan boleh membayar sewa dewan itu.

Pengurus Royal Albert Hall pun tidak akan bertanya apakah bentuk acara yang ingin dibuat di dewan tersebut asalkan kos sewaannya dipersetujui. Ia seperti menyewa Dewan Serbaguna MBSA, boleh disewa untuk majlis keraian, berlatih badminton. Umno pun boleh menyewa dewan tersebut untuk menyebarkan propaganda mereka.

Pihak penganjur yang cintakan keadilan tidak sepatutnya memilih Siti sebagai salah seorang juri. Sebagai seorang atis wanita yang masih bergiat aktif dalam industri senisuara, sudah semestinya beliau menganggap pertandingan Juara Lagu sebagai salah satu daripada pemerhatian bagi melihat ancaman-ancaman yang beliau akan saingi; baik dari segi persembahan mahupun jualan album yang menjadi periuk nasinya. Juara Lagu 20 menjadi bola ajaib (magic ball) bagi artis seperti Siti Nurhaliza.

Siti sudah semestinya tidak akan memberi markah yang tinggi kepada artis-artis wanita yang bertanding; Jac, Ning, Noraniza sungguhpun mereka menunjukkan persembahan luar biasa.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Siti untuk tidak memberikan markah yang tinggi kepada Jac, Ning dan Noraniza, permakahannya boleh dipertikaikan berdasarkan kejujurannya.

Saya mencabar agar pihak penganjur Juara Lagu terutama Farihin untuk menayangkan markah yang diberikan oleh Siti terhadap ketiga-tiga artis wanita….(kalau berani).

Saya harap pihak penganjur mempunyai alasan yang lebih baik atas kriteria apa Siti dipilih. Sekiranya setakat penjualan album yang tinggi dan berpeluang untuk menyanyi di Royal Albert Hall, tidak cukup sebagai portfolio Siti duduk di meja juri.

Anita Sarawak: Artis ini juga boleh dipertikaikan mengenai kejujurannya memberi permakahan. Lebih-lebih lagi, artis ini yang baru sahaja melahirkan satu lagi album jazz. Persembahan mantap dan kemenangan Jac, Ning dan Noranza akan menjadi duri buat artis ini.

Boleh diterima sekiranya Anita berjuang di persada luar negara dan tidak bertapak di Malaysia. Teetapi kini Anita memilih Malaysia sebagai tempat mencari rezekinya.

Erwin Gutawa: Bagi penganalisa hiburan di belakang tabir, disedari atau pun tidak, composer ini bertindak sebagai Pengarah Musik untuk Siti Nurhaliza dan semamangnya beliau akan bekerjasama dengan Siti dalam acara-acara Siti yang lain terutamanya di luar negara.

Perancangan Siti untuk menjelajah Indonesia tidak berapa lama lagi sudah tentu akan mengambil khidmat Erwin. Kita lihat sahaja kalau tidak percaya dengan andaian saya yang harap-harap tidak benar.

Oleh itu, pengadilan Erwin sudah tentu tidak banyak bezanya dengan keputusan Siti.
Saya sekali lagi mencabar TV3 untuk menjadikan keputusan setiap juri sebagai maklumat umum.

Ajai: Memang tidak dapat dipertikaikan bahawa composer dan penerbit ini banyak menghasilkan lagu dan album yang berjaya.

Tetapi, sejarah kerjaya Ajai tidak layak sebagai juri untuk majlis pada maam itu. Ajai pada satu waktu dahulu pernah berkhidmat secara langsung dengan Ning Associates. Ajai mengumumkan keluar daripada syarikat yang dimiliki sebahagiannya oleh Ning Baizura selepas Ning menghasilkan album yang mana Ajai bertindak sebagai salah satu tunjang.

Sebab penarikan diri Ajai daripada Ning Associates tidak diberitahu.
Penilaian Ajai dalam AJL20 amat disangsikan disebabkan penglibatan Ajai sebelum ini. Berkemungkinan besar Ajai tidak akan memberikan nilai yang tinggi kepada bekas majikannya itu.

Roslan Aziz
: Saya tidak tahu apakah alasan yang diberikan oleh penganjur yang memilih Roslan sebagai salah seorang daripada juri kerana ia sudah semestinya suatu yang tidak patut dilakukan sama sekali.

Pertama, Roslan sudah tentu akan menyokong Jac dan memberi markah yang tinggi kepada Juara Malaysian Idol di mana Roslan bertindak sebagai salah seorang pengadil dalam rancangan reality TV itu.

Roslan secara terang amat menggemari Jac dari awal rancangan Malaysian Idol. Apakah alasan yang mungkin diberikan oleh Roslan untuk tidak memberi markah kepada Jac, Roslan boleh jawab?

Kedua, sebelum ini, Roslan pernah menjadi pengurus kepada Roslan Aziz Production (RAP) di mana selain daripada bekas isterinya, Zainal juga adalah salah seorang.
Malangnya, rancangan tersebut gagal. Kontrak Zainal tidak disambung. Malah, RAP sudah tidak wujud lagi. Jadi, adakah Roslan akan memberikan marakah yang tinggi? Roslan boleh jawab.

Sekali lagi, kita boleh mencabar penganjur AJL20 untuk menunjukkan markah yang diberikan leh Roslan kepada Jac dan Zainal.

Amran Omar: Pencipta lagu ini adalah bekas kakitangan BMG Music yang diberikan kepercayaan oleh syarikat rakaman itu untuk menyumbang hasil penciptaan lagu kepada artis yang bernaung di bawah label BMG.
Jadi, mungkin sifat dendam daripada pengalaman buruk sewaktu di BMG dahulu tidak akan memungkinkan Amran memberi markah yang baik kepada artis BMG yang bertanding, terutama sekali kepada Ning Baizura.

Sebagai salah seorang daripada pencinta keadilan dalam industri muzik, kita mempunyai hak untuk mendesak agar pihak penganjur bagi AJL20 untuk menayangkan kepada umum keputusan juri mengikut panel yang dilantik.

Siso dan Lukman S: Daripada keseluruhan panel juri, kedua juri ini sahaja yang ‘bersih’ daripada kemelut industri muzik dan tidak bersangkut-paut secara langsung dengan mana-mana artis yang bertanding dalam AJL20.
Mereka sahajalah mungkin memberi permakahan berdasarkan kepada penciptaan yang benar-benar layak.

Keputusan keseluruhan:

Jac menerusi lagu Gemilang semamangnya menjadi ramalan saya sewaktu sebelum melangkah masuk ke dalam dewan PWTC. Lagu ciptaan Aubrey Suwito memang mempunyai aura tersendiri.

Bagaimana sekiranya Gemilang tidak menang sebagai juara sedangkan lagu dan penyanyinya sudah pun diiktiraf di seluruh Asia menerusi Asian Music Festival yang berlangsung di Shanghai baru-baru ini?

Cuma, dari segi penulisan lirik, Asmin Mudin agak boleh dipertikaikan. Bahasanya tidak boleh diberikan penghormatan, mungkin kerana tertekan kepada maksud lirik asal, di bawah tajuk yang sama; Gemilang yang terpaksa diterjemahkan.

Kemenangan Mawi sebagai Persembahan Terbaik saya jangkakan apabila mendapat tahu 50% keputusan bagi persembahan terbaik adalah berdasarkan kepada undian SMS. Kemanangan Mawi sebagai Juara Akademi Fantasia 4 tahun lalu sudah diketahui adalah berdasarkan kepada udian SMS. Penyokong-penyokong hard-core dan ahli-ahli MawiFC sudah mempunyai pengalaman luas dalam memobilisasikan sehingga Mawi menjadi juara.

Kalau diadakan pertandingan seluruh dunia dengan penyertaan Michael Jackson di Malaysia pun, belum tentu Peter Pan jadian itu boleh menang. Sungguhpun Mawi berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku. Mawi tetap akan mendapat Persembahan Terbaik. Percayalah.

Mungkin peminata-peminat Mawi agak kecewa kerana Mawi gagal menyandang Juara (saya harap mereka faham bahawa pertandingan tersebut bukan berdasarkan kepada penyanyi tetapi penciptaan lagu).

Justeru, saya ingin mencadangkan supaya keputusan menerusi SMS tidak menjadi amalan dalam Juara Lagu tahun hadapan untuk memastikan pemenang bagi kategori tersebut kepda yang benar-benar layak.

Juara Vokal Terbaik menjadi milik Hazami yang menanyikan lagi Kata. Ada yang tidak menyenangi keputusan itu tetapi saya sendiri bersama ramai penonton berdiri selepas Hazami selesai membuat persembahan sebagai ‘standing ovation’.

Masalah dengan pengikut industri muzik di Malaysia ini adalah berdasarkan pakej yang ada. Hazami berdahi jendul, pendek dan tidak kacak; tidak memberi satu pakej menarik sebagai seorang penghibur. Bagi mereka, seseorang penyanyi tidak berjaya sekiranya tidak mempunyai pakej yang lengkap.

5 Comments:

At 6:00 am, Anonymous Anonymous said...

Thank you!
[url=http://lwohhnww.com/qiet/xrvu.html]My homepage[/url] | [url=http://fphagopp.com/xajc/ufvs.html]Cool site[/url]

 
At 6:00 am, Anonymous Anonymous said...

Thank you!
My homepage | Please visit

 
At 6:06 am, Anonymous Anonymous said...

Good design!
http://lwohhnww.com/qiet/xrvu.html | http://pkvfzrdg.com/wowu/qkbj.html

 
At 2:06 pm, Blogger yanmaneee said...

outlet golden goose
cheap jordans
michael kors outlet
adidas yeezy boost
fila shoes
air jordan
christian louboutin shoes
goyard tote
kyrie 6
yeezy boost

 
At 8:02 pm, Blogger jasonbob said...

lebron james shoes
yeezy 350
lebron shoes
supreme hoodie
giannis antetokounmpo shoes
air jordan shoes
yeezy
pandora
nike off white
stone island

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com