Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, November 02, 2005

Isteri tahanan ISA tidak mahu jaringan dawai pada Hari Raya

(Kanan) Sles Monira dan (kiri) Norlaila ketika menghantar memoradum ke Suhakam pada 25 Oktober. Kelihatan juga di belakang, WanHamidah.

KUALA LUMPUR: Lima isteri tahanan-tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada 25 Oktober lalu menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan peraturan baru yang dikeluarkan oleh pihak kem tahanan di mana keluarga yang datang melawat ke kem keluarga hanya akan dibenarkan bercakap melalui telefon sahaja.

Para tahanan juga cuma boleh berbual melalui 24 lubang sebesar syiling 50 sen.

Antara isteri tahanan yang hadir dalam penyerahan memorandum itu ialah isteri kepada anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Aziz iaitu Sles Monira Sles Math; isteri Mat Shah Mat Satray, Norlaila Othman; isteri Mohd Sha Sharijan, Wan Hamidah Wan Hamid; isteri Abdul Samad Shukri, Masitah Baharom dan iisteri kepada Mohd Ismail Mohamad, Noraini Abdul Rahman.

Memorandum tersebut disediakan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang dipengerusikan oleh Syed Ibrahim Syed Noh.

Menurut Syed Ibrahim, sepanjang tahun 2005, pihak berkuasa kem mengeluarkan pelbagai peraturan baru yang amat menyusahkan keluarga tahanan.

"Apabila isteri tahanan merujuk hal tersebut kepada Pengarah Kem, beliau hanya menyatakan, terpaksa mengikuti arahan pihak atasan iaitu daripada pengurusan penjara," kata Syed Ibrahim.

Sehubungan dengagn itu, GMI berusaha mempertemukan isteri tahanan dengan Pengarah Jabatan Penjara bagi membincangkan peraturan baru sessi lawatan biasa dan juga semasa musim perayaan, tetapi permohonan tersebut ditolak dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

"Bagaimanakah isteri tahanan dapat mengadukan masalah mereka jika pihak berkuasa penjara mengambil sikap mendiamkan diri seperti itu?" kata Syed Ibrahim.

Menurut Syed Ibrahim lagi, pihak berkuasa memperlakukan sewenang-wenangnya terhadap semua tahanan terutama dalam program harian mereka yang dikatakan 'program pemulihan' tahanan. Kemudian, pihak berkuasa kem mengeluarkan pelbagai peraturan baru yang merumitkan lawatan keluarga.

Antaranya ialah program keusahawanan yang meliputi taklimat menanam sayur-sayuran oleh wakil dari Jabatan Pertanian, taklimat menternak kambing dan ikan air tawar oleh wakil dari FAMA dan taklimat membuat susu soya dan memproses jeruk buah-buahan oleh wakil dari Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

"Kenapakah pihak berkuasa sanggup melakukan kezaliman tersebut kepada tahanan dan ahli keluarga mereka?" kata Syed Ibrahim.

"Bukankah mereka semua itu rakyat biasa yang biasa yang sepatutnya mendapat hak untuk hidup dan bermuamalah dalam keadaan bebas, selamat dan selesa di negara mereka sendiri?" tambah Syed Ibrahim lagi.

Norlaila yang mengambil kesempatan tersebut mengadu bahawa beliau mendapat tahu bahawa pihak keluarga tidak dibenarkan membawa juadah bekalan melebihi satu kilogram.

"Saya juga mahu pihak Suhakam berjanji bahawa kaum keluarga dapat menemui tahanan di kem dalam satu suasana yang tidak dihalang oleh sebarang pemisah," kata Norlaila.

Bagi Sles Monira pula, suaminya tidak membenarkannya dan anak-anak melawat pada Hari Raya selagi peraturan itu berkuatkuasa kerana khuatir anak-anak akan mengalami tekanan jiwa.

"Tetapi saya tekad mahu berjumpa suami saya pada Hari Raya dan mohon agar pihak penjara dapat bertimbangrasa," ujar Sles lagi.

Isteri-isteri lain tidak berupaya berkata apa kepada Suhakam tetapi mengiringi pertemuan bersama Suhakam itu dengan titisan airmata sedih.

Justeru, GMI mendesak Suhakam supaya tahanan tahanan diberi peluang untuk merayakan dalam suasana yang tenang dan selesa, di mana tahanan dapat bersalaman mahupun memeluk anak-anak mereka, sesuai dengan tujuan perayaan tersebut dianjurkan terhadap semua umat Islam.

GMI, melalui memorandum mereka mahu tahanan-tahanan tersebut dibuktikan kesalahan mereka di mahkamah seperti pesaalah-pesalah lain.

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Dr Abdul Monir Yacob menerima laporan tersebut.

Apabila ditemui, Monir berkata adalah menjadi hak para isteri dan kaum keluarga menemui suami mereka dan bersalaman seperti tuntutan agama.

Merujuk kepada laporan tahunan Suhakam 2003 juga pihaknya juga ada mencadangkan supaya pertemuan tahanan dan keluarga mereka tidak dipisahkan oleh sebarang penghalang.

Peraturan bagi memisahkan pelawat dan tahanan dengan jaringan besi dan fiber glass berkuatkuasa pada Disember 2004 selepas peristiwa tahanan dikatakan merusuh apabila membantaha tindakan penguatkuasa penjara yang sewenang-wenangnya memnjalankan pemeriksaan kepada para tahanan.

8 Comments:

At 3:10 pm, Blogger chenlina said...

chenlina20160507
ray ban sunglasses
gucci outlet
nike store outlet
timberland boots
louis vuitton
nike factory outlet
air max 90
adidas superstar
louis vuitton handbags
kobe 10
tods outlet online
burberry bags
ralph lauren outlet
michael kors outlet store
oakley canada
coach outlet
ray ban wayfarer
coach outlet
hollister kids
fake watches
polo ralph lauren
coach outlet store online clearances
kate spade handbags
tiffany and co
michael kors canada
ralph lauren uk
ray ban sunglasses
coach factory outlet
nike air max
cheap oakley sunglasses
michael kors outlet online
michael kors outlet
ray ban sunglasses
fitflops sale clearance
coach outlet online
celine handbags
nike uk
air jordan pas cher
ray ban sunglasses discount
adidas superstars
as

 
At 12:06 am, Blogger Unknown said...

https://decor-ksa.com/
http://mchaabaty.com/dawadmi/
http://mchaabaty.com/templates/
http://mchaabaty.com/riyadh/
http://mchaabaty.com/stone/

 
At 5:28 am, Blogger rehabgad1 said...


Good write-up. I definitely love this site. Keep it up
https://kidblog.org/class/prokr1119/posts
http://prokr123.wallinside.com/
http://prokr123.zohosites.com/
http://3arbia.info/
https://www.prokr.net/ksa/jeddah-water-leaks-detection-isolate-companies/

 
At 1:24 am, Blogger rehabgad1 said...


Good write-up. I definitely love this site. Keep it up
http://proker123.hazblog.com/
http://rehabgad.bcz.com/
http://rehabgad.freeblog.biz/
http://majdmf.net/
https://www.prokr.net/ksa/jeddah-water-leaks-detection-isolate-companies/

 
At 1:11 pm, Blogger yanmaneee said...

adidas ultra boost
jordan shoes
golden goose
cheap jordans
air jordan
timberland shoes
huaraches
golden goose sneakers
curry 6
moncler

 
At 12:24 am, Blogger بروكر said...

I definitely love this site.
https://prokr2020.weebly.com/prokrservices
https://slashdot.org/~prokr2020
https://prokr2020.livejournal.com/
https://www.prokr.net/ksa/jeddah-water-leaks-detection-isolate-companies/

 
At 6:09 am, Blogger rehabgad1 said...




Good write-up. I definitely love this site. Keep it up
http://prokr123saudia.wikidot.com/
http://prokr123.jigsy.com/
https://rehabgad.wordpress.com/
http://jeddah-ads.com/
https://www.prokr.net/ksa/jeddah-water-leaks-detection-isolate-companies/

 
At 10:24 pm, Blogger jasonbob said...

kobe shoes
curry 8
curry 6 shoes
hermes handbags
kyrie 6 shoes
supreme new york
yeezy
ggdb
golden goose sale
golden goose sneakers

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com