Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, September 21, 2005

Ditangkap kerana menyanyi lagu Negaraku


Dari perawakan yang manja, tiada siapa akan menyangka gadis manis berusia 26 tahun ini, seorang yang aktif membincangkan isu-isu hak asasi manusia dan siapa menyangka gadis ini pernah mewakili Malaysia ke persidangan hak asasi dunia di Kanada ketika berusia 18 tahun.

Nusratnajwani Mohammad, anak kelahiran Kelantan kini merupakan seorang pelajar sebuah institut pengajian tinggi.

Beberapa tahun lalu, beliau menjadi sebutan dikalangan aktivis hak asasi mahupun ahli politik apabila gambar beliau diserat beberapa anggota polis selepas menyertai perhimpunan aman disiarkan oleh sebuah akhbar.

Ceritanya bermula apabila penyokong-penyokong KeADILan dan PAS berkumpul di luar perkarangan Mahkamah Kulim bagi menunjukkan sokongan moral pada beberapa pemimpin parti tersebut yang didakwa kerana menangkap pengundi hantu dalam pilihanraya kecil Lunas.

Nusrat, begitu gadis ini senang dipanggil antara yang hadir memberi sokongan. Beliau bersama rakan-rakannya menyanyikan lagu kebangsaan dan beberapa lagu patriotik lain.

Menurut Nusrat, dia tidak melakukan apa-apa kesalahan ketika berhimpun sambil menyanyikan lagu Negaraku.

"Lagi pun, kami berkumpul di situ kerana atas arahan polis kerana kami tidak boleh memasuki ruang mahkamah yang sesak pada hari itu,î kata beliau.

Selepas tidak dibenarkan masuk ke perkarangan mahkamah, Nusrat dan rakan-rakannya yang lebih kurang 150 orang muda-mudi berdiri sambil menyanyi di tepi jalan di luar mahkamah.

"Apabila rasa penat saya duduklah apabila secara tiba-tiba apabila beberapa orang wanita memegang lengan saya dan arah saya bangun untuk dibawa ke arah trak polis,î cerita Nusrat.

Menurutnya, beliau terkejut diserat tangannya kerana wanita itu bertudung dan kemudian barulah dia tahu bahawa wanita-wanita tersebut adalah pegawai polis cawangan khas (SB) yang ditugaskan untuk memerhati gerak-geri orang ramai.

"Saya tak sangka mereka polis kerana orang yang pegang tangan saya itu pakai tudung," kata Nusrat.

Nusrat enggan bekerjasama kerana beliau cuma duduk di tepi jalan bersama rakan-rakannya.

"Lagi pun, apa salahnya kalau kami menyanyi lagu Negaraku," kata Nusrat.

Beliau kemudiannya diserat dan dimasukkan ke dalam trak sebelum di bawa ke dalam balai polis. Gambar beliau diserat itulah kemudiannya menghiasi dada akhbar tempatan.

Menurut Nusrat, pendedahan beliau dalam persoalan hak asasi dan politik bukan bermula di Lunas, lama sebelum itu, beliau pernah menyertai beberapa siri demonstrasi anjuran Angkatan Muda Parti Rakyat Malaysia (PRM).

"Pada waktu itu, isu yang kami bangkitkan ialah isu keadilan sosial, seperti membantah penangkapan pemimpin mahasiswa menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," kata Nusrat.

Nusrat adalah bekas pelajar matrikulasi undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1997/98. Sebelum berpindah ke Advanced Tutorial College (ATC) untuk mengambil peperiksaan A-Level.

Seperti kebanyakkan pelajar universiti lain, Nusrat merasakan Akta Universiti dan Kolej Univerisiti (Auku) yang diguna pakai terhadap mahasiswa di Malaysia sebagai ketinggalan zaman dan perlu dikaji semula.

"Ia akta yang lapuk dan menghalang kebebasan mahasiswa,î katanya yang kini melanjutkan pengajian dalam jurusan Psikologi dan Komunikasi di sebuah kolej swasta.

Bercerita mengenai penglibatan beliau dalam Gerakan Reformasi, Nusrat berkata beliau bergiat aktif ketika era awal era reformasi lagi iaitu pada tahun 1998.

Pada waktu itu, Nusrat aktif bersama pertubuhan bukan kerajaan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram). Pada usia 18 tahun, Nusrat pernah mewakili negara dalam Persidangan Hak Asasi Dunia di Vancouver, Kanada.

Selain itu Nusrat pernah menjalani latihan kewartawanan di 68H (sebut: Enam Delapan Ha), sebuah stesen radio independen yang berpusat di Utan Kayu Jakarta pada 1999.

Pulang dari Indonesia, Nusrat bekerja dengan kumpulan awal yang memulakan stesen radio independen di Malaysia, dikenali Radiq Radio.

Apabila ditanya mengenai rancangan dan cita-cita selepas habis pengajiannya, Nusrat bercadang untuk melanjutkan pengajiannya di peringkat sarjana.

Beliau berpendidikan tinggi ironinya beliau hanya mahu mendirikan sebuah taman asuhan kanak-kanak selepas tamat belajar.

Menurut pendapat Nusrat, budaya pemikiran yang lebih terbuka lebih mudah dipupuk dari usia muda.

Dengan mempunyai tadika sendiri, beliau juga berhasrat untuk mengadakan seminar bersama para ibubapa agar dapat berkongsi idea dalam membawa satu generasi yang lebih terbuka.

"Kerana itu saya punya impian untuk membuka tadika satu hari nanti," katanya sambil tersenyum.

2 Comments:

At 1:48 pm, Anonymous Anonymous said...

Great blog! I'm definitely going to bookmark you!

I have a Make Money On The Net site. It pretty much covers Make Money On The Net related stuff. (And I've got lots of great new programs!)
Have a look sometime!

 
At 8:27 pm, Blogger jasonbob said...

hermes online
supreme t shirt
pandora
jordan retro
supreme outlet
hermes birkin
kd shoes
balenciaga speed trainer
nike kyrie 7
golden goose

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com