Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Wednesday, September 30, 2009
Pakatan Rakyat Mungkin Akan Menang Sorak di Bagan Pinang
Pilihan raya kecil ke sembilan akan diadakan pada 11 Oktober ini yang berlangsung semasa bulan Syawal di mana umat Islam berhari raya. Sememangnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikatakan oleh banyak pihak sebagai sebahagian daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak mesra tarikh dalam menentukan hari membuang undi; sama ada ianya hari bekerja, hari pelepasan mahupun musim hujan. Selain itu, SPR menggunakan hingga saat-saat terakhir tempoh yang diperuntukkan dalam mengumumkan hari penamaan calon dan pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau serta Batang Ai tidak berapa lama dahulu semata-mata kerana mungkin member impak kepada Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan lebih awal.Itulah yang apabila saya sering mengatakan akibat daripada melantik seorang pengerusi dari bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan bukannya bekas hakim yang sudah tentu lebih peka kepada persekitaran dan mengetahui mengenai system perundangan.
Kesemua kawasan kemenangan Pakatan Rakyat dimenangan Pakatan Rakyat dan kawasan didominasi BN di Batang Ai dimenangi BN.
Bagaimana pula Bagan Pinang?
Kawasan yang terletak di bahawa Parlimen Teluk Kemang mengandungi 13,664 pemilih berdaftar iaitu 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos. Daftar yang digunakan berdasarkan kepada daftar pemilih yang telah dikemaskinikan sehingga 4 September lalu.
Pada pilihan raya umum tahun lalu, Azman, 54, yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi 6,430 menewaskan calon Pas, Ramli Ismail yang memperoleh 4,097 undi. Bandingkan jumlah pengundi pos dengan kemenangan Azman. Bukankah undi pos yang menentukan kejayaan di Bagan Pinang nanti?
Borang 2
Borang 2 ialah borang yang diperkenalkan oleh SPR di dalam sistem undi pos yang dijalankan di Negara ini. Setiap anggota tentera yang diminta mencatatkan latar belakang mereka pada Borang 2 ini. Ini menjadikan satu-satu undi itu menjadi tidak rahsia kerana Borang 2 boleh memberikan maklumat mengenai pihak yang dipangkah oleh seseorang pengundi itu.
Pada pilihan raya umum ke-10 di tahun 1999 lalu, setiap undi dikoyakkan dari sebuah buku yang mengandungi nombor rujukan pengundi. Kaedah tersebut dimansuhkan pada pilihan raya umum 2004.
Kelayakan pengundi pos
Seperti yang kita sedia maklum, anggota tentera mempunyai nombor rujukan berbeza. Bagi anggota tentera yang sudah bersara, mereka akan kembali diberikan noMyKad baru.
Secara teorinya, nombor rujukan anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson. Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008. Namun sebahagian dari nama mereka, masihdigunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib. Senarai tersebut hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx dimana tarikh bersara hampir sama.
Namun, banyak nombor-nombor tersebut masih wujud di dalam daftar pemilih SPR. Di Bagan Pinang, terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Kemenangan pilihan raya nanti sudah tentu berpihak kepada BN tanpa melakukan sebarang kempen.
Anggota Tentera Bersara
Sekiranya membaca semula arkib berita mengenai pengundi pos ini, banyak kes mengenai bekas anggota tentera yang mempunyai MyKad mempunyai dua nombor pengenalan diri yang melayakkan mereka untuk mengundi dua kali.
Dalam satu kes pada Mac 2008 lalu, seorang bekas anggota bernama Nasarudin Sapiee, No. kad pengenalan 71011-06-5013 berasal dari Kampung Gantuk Hilir, Daerah mengundi 088/30/02 - Songsang. Saharuddin mengundi di pusat mengundi Sekolah Menegah Teknik, Temerloh.
Dengan menggunakan kad pengenalan tentera, Nasarudin adalah pengundi pos bagi daerah mengundi 132/31/07/405 - Pusasda Kem si Rusa bagi kawasan Dun Bagan Pinang dan parlimen 132- Teluk Kemang, Negeri Sembilan.
Dengan berlakunya banyak kes yang mengurangkan populariti BN kali ini, ia mungkin akan menggugat keputusan berbanding dengan pilihan raya umum 2008. Namun, kemenangan masih di pihak BN disebabkan undi pos nanti.
Edarlah ribuan kronologi kes Teoh Beng Hock. Sebarlah foto sekumpulan Melayu yang memijak kepala lembu di depan Bangunan SUK Selangor. Dedahkan jumlah skandal PKFZ berjumlah RM12.5 billion.
Di dalam politik, Pakatan Rakyat boleh cetak ribuan gambar istana Khir Toyo yang didakwa berjumlah RM24 juta. Ceritalah mengenai Altantuya dan Rosmah. Ketawakan Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek. Ketawakan Samy Vellu dan Subramaniam.
Pakatan Rakyat perlu terima hakikat bahawa pengundi pos akan menjadi penentu; sehingga ada pengundi-pengundi pos mengakui ada pihak ketiga yang mengundi bagi pihaknya. Namun, parti komponen BN iaitu SPR masih tetap mahukan undi pos.
 
Tuesday, September 22, 2009
Dialog Bersama Pelakon Filem KARAOKE
Pada 13 September yang lepas, aku telah menganjurkan satu preview untuk para blogger filem KARAOKE yang diarah oleh Chris Chong Chan Fui dan ditulis oleh Shanon Shah manakala Yee I-Lann bertindak sebagai pereka produksi.Filem ini telah ditayangkan di ‘Director’s Fortnight’ Festival Filem Cannes ke-62 dari 14 hingga 24 Mei lalu. ‘Directors’ Fortnight’ dimulakan pada tahun 1969 oleh Persatuan Pengarah Perancis, programnya termasuklah tayangan filem dari seluruh dunia ketika Festival Filem Cannes.
KARAOKE juga dicalonkan untuk kategori ‘Camera d’Or’ (Kamera Emas), anugerah yang menghargai filem cereka sulung terbaik yang ditayangkan dalam mana-mana tayangan pilihan Cannes (Official Selection, Directors’ Fortnight dan International Critics’ Week).
Tayangan filem ini dibuat dengan kerjasama Frinjan di Rumah Frinjan di Taman Tun Dr Ismail.
Filem ini dibintangi oleh Zahiril Adzim dan dibantu oleh Mislina Mustaffa, Mohammad Hariry, Amerul Affendi dan Nadiya Nissa.
Kesemua pelakon amat teruja apabila aku memberitahu mereka yang aku akan menayangkan filem ini kerana kecuali Zahiril Adzim yang berada di Cannes sewaktu filem tersebut dibawa ke festival tersebut Mei lalu.
Nantikan filem ini yang akan ditayangkan paa 26 November 2009.
Kredit rakaman bagi dialog ini untuk Ieja Zain
Labels: chris chong, filem karaoke, Mislina Mustaffa, shannon shah, Zahiril Adzim
 
Saturday, September 19, 2009
My Interview in Merdeka Review
部分退休军人也是普通选民
峇眼槟榔补选将出现幽灵?
【本刊朱君明撰述】森美兰峇眼槟榔州选区(Bagan Pinang)的邮寄选民占总选民约三分之一,预计将左右这场补选的胜负。干净与公平选举联盟(Bersih)成员法沙发现,在该选区的部分邮寄选民是退休军人,但同时拥有家乡选民身份,他们可能会成为幽灵选民。
Labels: SPR, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
 
Thursday, September 17, 2009
My NEGARAKU Music Video
You can download the video at the following link:
http://www.4shared.com/file/
Labels: janice lee, negaraku
 
Minister's delay leaves defendant perplexed - Malaysiakini
The defendant in a defamation suit filed by former Works Minister Mohd Zin Mohamed, involving the Silkways Cargo scandal, has accused the minister of intentionally delaying the matter.
Originally, former PKR Kelana Jaya secretary Faisal Mustaffa was supposed to file his affidavit of reply to Mohd Zin's suit yesterday, but Mohd Zin (right) had asked for an extension till Dec 8.
He said that he only received the notice for the hearing on the application for an extension yesterday.
"Normally, the plaintiff would want to have the case heard as soon as possible, but in this case, he is seeking an extension. This is strange," said Faisal when met at the Shah Alam court complex yesterday.
"He is filing the suit. Why does he need three months to prepare just to ask the judge for an extension? Maybe he wants the case to start after the Umno AGM," added Faisal.
Together with Ahmad Lufti Othman of online portal Detikdaily, Faisal was sued by Mohd Zin in April last year after the duo alleged that the minister was involved in the Silkways Cargo controversy.
Controversy prone company
The Dhaka-based freight company, Silkways Cargo Services Ltd - the general sales agent of national carrier Malaysian Airlines (MAS), operates in Dhaka.
Based on Bangladeshi newspaper reports in 2006, Faisal had claimed that Mohd Zin had been implicated in a money laundering scheme together with Silkways Cargo president Sheikh Farid.
Bangladeshi newspapers also claimed that Sheikh Farid's ill-gotten gains were then channelled to Mohd Zin.
Mohd Zin, who was not a cabinet member at the time, was allegedly a co-owner of the company who also sat on its board of directors. He was Works Minister from March 2008 to April 2009.
Mohd Zin subsequently denied the claimed that he was not a director of the company but admitted receiving funds from Sheikh Farid for "lobbying" MAS to enter into a contract with Silkways.
In 2003, Silkways Cargo was implicated in a scam for under-declaring the weight of its cargo aboard MAS flights, causing losses up to RM3.6 million over the period of two years.
Labels: Malay Politics, Md Zin Mohamed, Menteri Kerja Raya, Silkway Cargo
 
Tuesday, September 15, 2009
Selamat Hari Malaysia
Saksikan penampilan aku di video klip Hari Malaysia esok.7.15 pm; Rocket United Cafe 18, Jalan 2/63 Petaling Jaya, Selangor;
Pertanyaan: Mr. Beh (019-355 8905), Mr. Lim (012-218 7830 /03-7957 8022);
Anjuran: DAPSY Petaling Jaya
 
Sunday, September 13, 2009
Temuramah Bersama TV Antara
Petang tadi, aku ditemuramah oleh wartawan TV Antara. Ikuti temubual tersebut:PAS Desak Borang 2 Pilihanraya Dihapuskan
Dewan Pemuda Pas Pusat bersedia untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dan telah mengarahkan jenteranya menakluk kubu kuat BN itu.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat Pas Kuala Lumpur, Timbalan Ketua Pemuda, Azman Shapawi Abdul Rani berkata keutamaan awal adalah mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan proses undi pos secara telus.
"Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengerahkan tenaga semaksima mungkin bagi merampas kerusi BN. Secara kebetulannya PAS akan bertanding dalam pilihanraa kecil yang terdekat ini. Dalam masa yang sama, kami Pemuda PAS pusat akan mendesak dan menghantar tuntutan kepada SPR, pertama mengenai undi pos supaya ianya lebih telus dalam pilihanraya kecil akan datang" katanya.
Lantaran itu, Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar memorandum kepada SPR Malaysia dalam masa terdekat. Ustaz Azman Shapawi menambah, beberapa sudut teknikal akan dibangkitkan dalam memorandum kerana sayap parti aliran Islam ini bimbang dengan penipuan pilihanraya. " Kita minta dari sudut teknikal seperti borang 2, borang yang menulis maklumat-maklumat pengundi pos itu sendiri yang mungkin mengakibatkan rasa takut, bimbang terjejas kedudukan mereka untuk mengundi pembangkang dalam pilihanraya akan datang minta dihapuskan".
Ujarnya lagi, Pemansuhan borang 2 sangat mustahak dalam memastikan ketelusan. Beliau juga harap SPR memberikan kelonggaran kepada calon dari PAS yang akan bertanding pada pilihanraya kecil Bagan Pinang untuk memasuki kem-kem tentera di kawasan DUN berkenaan bagi tujuan kempen.
" Kita rasa pilihanraya kecil kali ini, perkara ini boleh dilakukan kalau SPR benar kepada kita dan saya rasa isu keselamatan tidak timbul kerana semua tumpu kepada pilihanraya kecil dan kalau orang lain boleh masuk ke dalam kem, jual sayur, konsert pun boleh buat dalam kem, tak kan calon nak bertemu dengan pengundi, berkempen, nak cerita menifesto pengundi pun tidak boleh. saya rasa wajar diberi kebenaran kepada kita" tambahnya. Sementara itu, Sekretariat BERSIH, Faizal Mustaffa berkata, BERSIH sejak sekian lama berpendirian, bahawa undi pos perlu dihapuskan kerana wujud pelbagai isu yang meragukan.
Dalam situasi di Bagan Pinang, Faizal berkata sebahagian besar dari pengundi pos yang akan terbabit sebenarnya sudah tidak layak mengundi berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan mereka yang telah tamat tahun lepas.
" Pengambilan anggota tentera yang bermula dengan angka pendaftaran 1068 sehingga 1070 adalah rekrut pengambilan November 1986 di Port Dickson, jika pengambilan itu rekrut tersebut dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 tahun atau pun 22 tahun, bermakna mereka akan berpencen pada November 2007 atau November 2008".
Malah ujarnya lagi, fakta ini merupakan sesuatu yang serius dan ianya wajar dipantau bagi mengelakkan wujudnya pengundi hantu pada pilihanraya kecil Bagan Pinang.
" Kalau kita lihat kepada pada spr.gov.my angka-angka pendaftaran ini masih wujud dalam sistem. Maknanya, saya ingin mengatakan di sini bahawa mereka seramai 1, 970 orang ini, yang sepatutnya tidak boleh berdaftar atau ertinya tidak ada kelayakan untuk mengundi di Port Dickson masih boleh mengundi di Bagan Pinang pada pilihanraya kecil."
Labels: SPR, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Tv antara
 
Thursday, September 10, 2009
REFORMASI GENERATION Speaks....
Labels: Annexe, Annexe Gallery, Central Market Annexe, hanna yeoh, Liew Chin Tong, Nik Nazmi, nurul izzah anwar
 
Golongan Muda Mahu Parti Politik Berbilang Kaum, Tetapi Apakah Sumbangan Mereka?
77% daripada golongan belia yang disoal bersetuju bahawa parti bersifat perkauman tidak lagi mendatang minat kepada mereka dan bersedia untuk memilih parti berbilang kaum pada pilihan raya umum akan datang.Kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre tidak berapa lama dahulu mendapati majoriti golongan muda tidak lagi berkehendakkan parti yang hanya mementingkan kaum tertentu memandangkan Negara kita sebuah Negara berbilang kaum.
Perkara ini mendatangkan sedikit sebanyak kebenaran dan tidak lagi mendapati pandangan orang tua mereka relevan. Faktor pecah-perintah ini sebenarnya taktik penjajah sebagai syarat dalam memberi kemerdekaan kepada Malaya 52 tahun dahulu.
Sebagai sebuah Negara demokratik pula, 64% daripada responden yang sama berkehendakkan pilihan raya kerajaan tempatan diadakan bagi membuktikan Negara kita benar-benar demokratik dan pemimpin mereka dipilih oleh mereka sendiri. Malangnya, daripada sejumlah 2,518 responden berumur 20 hingga 35 tahun yang disoal, 44% daripada mereka tidak berdaftar sebagai pemilih sah.
Inilah yang menjadi kekhuatiran bagi perkembangan demokratik di Negara ini. Sudahlah Malaysia menjadi Negara yang mempunyai sistem pilihan raya yang pincang dengan kelayakan mengundi hanya apabila warganegara mencecah 21 tahun. Sungguhpun demikian, selepas diberi kelayakan sah, mereka tidak menjalankan tanggungjawab mereka malah menyalahkan pemimpin yang tidak berkaliber. Mengapa tidak melihat cermin?
Mengikut rekod yang diperolehi dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), jumlah pemilih baru berusia 21 tahun ke atas ialah seramai empat juta orang. Mereka ini layak mengundi tetapi masih belum mendaftar.
Badan yang dipertanggungjawabkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula dengan Pengerusi barunya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dikatakan agak tidak matang dalam mengendalikan suruhanjaya ini. Beliau yang dilantik oleh Perdana Menteri sebenarnya bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Bukankah SPR akan lebih disegani sekiranya pengerusi baru dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim? Bagaimana reformasi pilihan raya dapat dilaksanakan dengan mempunyai seorang pengerusi seperti Abdul Aziz?
Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu parlimen bahawa SPR pada masa ini melaksanakan pelbagai program pendidian pengundi dan kempen kesedaran masyarakat yang dilakukan dari masa ke semasa saban tahun yang bertujuan untuk mendidik dan menyedarkan golongan muda akan kepentingan berpatisipasi di dalam proses demokrasi negara. Di antaranya ialah program “outreach” yang diadakan di tempat-tempat awam, hari bertemu pelanggan setiap bulan, pertemuan dengan pelajar-pelajar IPTA dan IPTS serta dengan pertubuhan parti politik dan NGO.
Dengan zaman tekniologi maklumat ini juga, SPR masih buta dalam melihat ianya penting dalam menarik pengundi muda. SPR gagal melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik dengan alasan sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatit di dalam kad pengenalan. Pendaftaran automatik ini juga menjadi alasan politik SPR kerana ianya membebankan mereka disebabkan kesulitan terhadap pemilih itu sendiri. Merdeka Centre juga mendapati 82% lepasan diploma daripada responden mereka menggunakan internet setiap hari manakala 47% terdiri daripada lepasan sekolah menengah. Media kepenggunaan internet ialah 10 ½ ke 15 ½ jam seminggu.
Tetapi apabila melihat kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre, 21% responden memberitahu bahawa mereka tidak mengundi kerana sibuk dengan komitmen lain (49%), mempunyai pandangan negatif terhadap politik (27%) dan tidak tahu di mana untuk mendaftar sebagai pemilih (8%). Jadi, apakah keberkesanan SPR sekarang terhadap menyedarkan golongan muda ke arah pendemokrasian ini?
Merdeka Centre juga mendapati bahawa 23% daripada responden bersifat individualistik dengan tidak menyertai mana-mana pertubuhan. Bagi mereka yang berpersatuan, mereka lebih berminat untuk menyertai kelab sukan, kebudayaan, alumni dan persatuan di sekolah berbanding dengan parti-parti politik.
Daripada sejumlah mereka yang begitu seronok dengan sukan, 29% daripadanya terlibat dengan sukan bolasepak dan futsal manakala 19% senang dengan sukan raket. Tetapi, ke manakah arah tujuan sukan-sukan tersebut dalam arena antarabangsa? Adakah Datuk Nicol David menjadi pemain skuash terkemuka dunia hasil daripada usaha Kementerian Belia dan Sukan?
Kajian ini dibuat di antara 13 November - 9 Disember 2008.
EDISI SUNAT
Labels: SPR