Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, September 10, 2009

Golongan Muda Mahu Parti Politik Berbilang Kaum, Tetapi Apakah Sumbangan Mereka?

77% daripada golongan belia yang disoal bersetuju bahawa parti bersifat perkauman tidak lagi mendatang minat kepada mereka dan bersedia untuk memilih parti berbilang kaum pada pilihan raya umum akan datang.

Kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre tidak berapa lama dahulu mendapati majoriti golongan muda tidak lagi berkehendakkan parti yang hanya mementingkan kaum tertentu memandangkan Negara kita sebuah Negara berbilang kaum.

Perkara ini mendatangkan sedikit sebanyak kebenaran dan tidak lagi mendapati pandangan orang tua mereka relevan. Faktor pecah-perintah ini sebenarnya taktik penjajah sebagai syarat dalam memberi kemerdekaan kepada Malaya 52 tahun dahulu.

Sebagai sebuah Negara demokratik pula, 64% daripada responden yang sama berkehendakkan pilihan raya kerajaan tempatan diadakan bagi membuktikan Negara kita benar-benar demokratik dan pemimpin mereka dipilih oleh mereka sendiri. Malangnya, daripada sejumlah 2,518 responden berumur 20 hingga 35 tahun yang disoal, 44% daripada mereka tidak berdaftar sebagai pemilih sah.

Inilah yang menjadi kekhuatiran bagi perkembangan demokratik di Negara ini. Sudahlah Malaysia menjadi Negara yang mempunyai sistem pilihan raya yang pincang dengan kelayakan mengundi hanya apabila warganegara mencecah 21 tahun. Sungguhpun demikian, selepas diberi kelayakan sah, mereka tidak menjalankan tanggungjawab mereka malah menyalahkan pemimpin yang tidak berkaliber. Mengapa tidak melihat cermin?

Mengikut rekod yang diperolehi dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), jumlah pemilih baru berusia 21 tahun ke atas ialah seramai empat juta orang. Mereka ini layak mengundi tetapi masih belum mendaftar.

Badan yang dipertanggungjawabkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula dengan Pengerusi barunya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dikatakan agak tidak matang dalam mengendalikan suruhanjaya ini. Beliau yang dilantik oleh Perdana Menteri sebenarnya bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Bukankah SPR akan lebih disegani sekiranya pengerusi baru dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim? Bagaimana reformasi pilihan raya dapat dilaksanakan dengan mempunyai seorang pengerusi seperti Abdul Aziz?

Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu parlimen bahawa SPR pada masa ini melaksanakan pelbagai program pendidian pengundi dan kempen kesedaran masyarakat yang dilakukan dari masa ke semasa saban tahun yang bertujuan untuk mendidik dan menyedarkan golongan muda akan kepentingan berpatisipasi di dalam proses demokrasi negara. Di antaranya ialah program “outreach” yang diadakan di tempat-tempat awam, hari bertemu pelanggan setiap bulan, pertemuan dengan pelajar-pelajar IPTA dan IPTS serta dengan pertubuhan parti politik dan NGO.

Dengan zaman tekniologi maklumat ini juga, SPR masih buta dalam melihat ianya penting dalam menarik pengundi muda. SPR gagal melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik dengan alasan sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatit di dalam kad pengenalan. Pendaftaran automatik ini juga menjadi alasan politik SPR kerana ianya membebankan mereka disebabkan kesulitan terhadap pemilih itu sendiri. Merdeka Centre juga mendapati 82% lepasan diploma daripada responden mereka menggunakan internet setiap hari manakala 47% terdiri daripada lepasan sekolah menengah. Media kepenggunaan internet ialah 10 ½ ke 15 ½ jam seminggu.

Tetapi apabila melihat kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre, 21% responden memberitahu bahawa mereka tidak mengundi kerana sibuk dengan komitmen lain (49%), mempunyai pandangan negatif terhadap politik (27%) dan tidak tahu di mana untuk mendaftar sebagai pemilih (8%). Jadi, apakah keberkesanan SPR sekarang terhadap menyedarkan golongan muda ke arah pendemokrasian ini?

Merdeka Centre
juga mendapati bahawa 23% daripada responden bersifat individualistik dengan tidak menyertai mana-mana pertubuhan. Bagi mereka yang berpersatuan, mereka lebih berminat untuk menyertai kelab sukan, kebudayaan, alumni dan persatuan di sekolah berbanding dengan parti-parti politik.

Daripada sejumlah mereka yang begitu seronok dengan sukan, 29% daripadanya terlibat dengan sukan bolasepak dan futsal manakala 19% senang dengan sukan raket. Tetapi, ke manakah arah tujuan sukan-sukan tersebut dalam arena antarabangsa? Adakah Datuk Nicol David menjadi pemain skuash terkemuka dunia hasil daripada usaha Kementerian Belia dan Sukan?

Kajian ini dibuat di antara 13 November - 9 Disember 2008.

EDISI SUNAT

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com