Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Saturday, August 22, 2009
Speaking for the REFORMASI GENERATION: Adakah berbaloi?
Pesan buku dari sini.
Aku mentafsirkan Reformasi sebagai satu gerakan yang bermula pada tahun 1998 sewaktu Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Pada waktu itu juga kemelut kewangan global menyempitkan lagi inflasi.
Sungguhpun aku tidak menganggap reformasi di Malaysia pada waktu itu berjaya . Bandingkan dengan gerakan reformasi di Indonesia pada waktu yang sama sehingga mengakibatkan presiden ketika itu, Suharto terpaksa tunduk kepada desakan rakyat. Maka, berakhirlah Order Baru Suharto yang mencengkam selama tiga dekad.
Di Indonesia, reformasi dikategorikan kepada kebebasan bersuara. Hasilnya Indonesia sekarang berhadapan dengan perdebatan politik terbuka di dalam media.
Buku ini bukannya baru untuk aku kerana aku sudah pun membaca kebanyakan daripada rencana yang pernah diterbitkan. Fokus penulis banyak menumpu kepada isu semasa dan mengkritik hebat polisi kerajaan. Sebagai ahli jawatankuasa pusat kepada partinya, Parti Tindakan Demokratik (DAP), beliau banyak mengenengahkan idelogi sosialisme yang menjadi pegangan parti itu.
Aku teringat zaman semasa rakyat turun ke jalanraya sekitar 1998. Pada waktu awal gerakan reformasi itu sendiri aku sudah pun memberi komitmen kepada persiapan Sukan Komanwel 1998 di Bukut Jalil. Sebaik sahaja selesai tanggungjawab sebagai sukarelawan, aku terus memberi komitmen kepada gerakan ini.
Dalam usia muda, aku telah membuat keputusan untuk turun bersama rakyat ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. “Persetan dengan FRU”. Arwah ayahku tidak pernah menghalang. Dia hanya berkata; “ini generasi kau, you know better want you want for your generation.”
Malam sebelum tanggal 20 September 1998, aku cuba mengatur rancangan untuk ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana terdapat perhimpunan di luar Bangunan Sultan Abdul Samad, hari perbicaraan Anwar Ibrahim.
Adakah Reformasi merujuk kepada Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim hanyalah paramount kepada segalanya. Rasuah yang menjadi darah pegawai kerajaan dan pihak berkuasa, harga barang naik, pekerja diberhentikan dan banyak lagi. Buku ini tidak bukan hanya merujuk kepada Anwar sebagai ikon dalam gerakan reformasi tetapi kebobrokan dalam sistem pemerintahan pada waktu itu yang menjadi muntah generasi muda.
Antara isu yang diprbincangkan di dalam Speaking for the Reformasi Generation ini, penulis banyak menelah kuasa Perdana Menteri. Bagi Tun Abdullah Badawi; sebelum, semasa dan selepas penerajuan kerajaan di bawah Abdullah.
Sebagai pemimpin yang dikenali sebagai pemimpin transformasi (transformational leader), Abdullah yang merupakan Perdana Menteri tertua yang memegang tampuk kuasa pada usia 64 tahun, cuba bermain politik selamat semasa memegang jawatan Timbaln Perdana Menteri agar tidak mahu berlaku seperti nasib yang melanda Musa Hitam dan Anwar Ibrahim.
Kelembapan pentadbiran Abdullah juga menjadi bahan tulisan Liew ini. Merombak kabinet sebanyak dua kali menjadi salah satu bukti ketidakcekapan dalam penyusunan anggotanya.
Akhirnya, Abdullah terpaksa tunduk dengan legasi Razak dengan Najib mengambil tampuk kuasa.
Sungguhpun,Najib pemimpin yang penuh dengan skandal dan kontroversi; antaranya kes pembunuhan Altantuya, pembelian jet pejuang Sukhoi dan Eurocopter, penylematan Valuecap melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), beliau dapat meyakini rakyat dengan mainan wayang kulitnya. Slogan “Ubah Cara Hidup” apabila harga bahan bakar naik, dan 1Malaysia apabila isu parti perkauman dibangkitkan. Perkara seperti ini mengembalikan populariti Najib sebagai Perdana Menteri.
Buku ini sudah pun berada di pasaran dan sesuai untuk generasi awalnya untuk menghayati dan memahami inspirasi generasi muda dalam membicarakan halatuju negara ini.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home