Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Thursday, August 06, 2009

Polis: Tolong Jangan Halang Perarakan 31 Ogos!



Tanggal 31 Ogos merupakan hari kemerdekaan Malaysia. Pada tahun ini Malaysia merayakannya kali yang ke 52. Hari Malaysia sebenarnya jatuh pada tarikkh 16 September sempena penubuhan Federasi Malaysia pada tahun 1963. Pada tarikh tersebut, Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai Malaysia. Memandangkan cuti pada 31 Ogos, maka perayaan tersebut tidak dirayakan pada 16 September. Ia seolah-olah merayakan Hari Raya pada 3 Zulkaedah atau Hari Natal pada 19 Oktober. Setiap kali perayaan, ianya diadakan dengan perarakan (sebut: demonstrasi) bagi menyatakan rasa rakyat Malaysia tentang cintanya. Inilah kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

Pada perarakan setiap tahun yang selalunya diadakan di sepanjang jalan menuju Dataran Merdeka di mana terdapat pentas utama di mana DYMM Agong dan para menteri menyaksikan. Selain perarakan, ada juga acara tarian, dan jimrama yang keseluruhannya demonstrasi jalanan yang menunjukkan perasaan mereka terhadap Malaysia.

Lagi pun, perhimpunan-perhimpunan menentang Malayan Union sewaktu sebelum merdeka adalah menjadi penyebab kepada lahirnya UMNO. Menurut sejarah, sewaktu orang Melayu keluar beramai-ramai dan berdemonstrasi menentang Malayan Union, mereka telah berkumpul dan menubuhkan UMNO. Jika orang Melayu pada waktu itu menunggu permit polis dari Kerajaan British nescaya Malayan Union tidak dapat dihalang dan UMNO tidak akan wujud. Justeru, Malaya akan tetap dibawah British. Sebab itulah, budaya demonstrasi ini menular sehingga sekarang.

Pada demonstrasi 31 Ogos nanti, diminta sangat supaya pihak polis tidak membuat sebarang sekatan jalanraya bagi menghalang orang ramai turun untuk menyaksikan perarakan, peserta-peserta dan orang yang terlibat untuk menyertai demonstrasi. Dalam satu-satu demonstrasi yang besar, pihak polis akan menghantar ribuan anggotanya untuk memnyekat jalan sehingga menjadikan bandaraya Kuala Lumpur penuh sesak dan tidak dapat bergerak. Dalam beberapa insiden yang lain, pihak polis juga membuat sekatan jalanraya di lebuhraya menuju ke Kuala Lumpur. Selalunya sehari sebelum perarakan. Jadi, kalau mengikut teori tersebut, pihak polis akan membuat sekatan pada 30 Ogos (Ahad) dan akan mendatangkan kesukaran untuk orang yang pulang ke kampong untuk cuti panjang (31 Ogos 2009 jatuh pada hari Isnin).

Pihak polis juga diminta untuk tidak menyembur gas pemedih mata dan water-cannon kepada orang ramai yang berarak nanti. Trak water-cannon berwarna merah dan black maria juga jangan dipakir di tepi-tepi jalan utama bagi menakut-nakutkan orang ramai yang turun menyatakan perasaan mereka. Sekiranya pihak berkuasa polis mahu menggunakan canister untuk menembak gas pemedih mata, jangan menembak terus kea rah para demonstran. Tembaklah ke udara. Ini mungkin akan mencederakan seseorang itu.

Sugguhpun mereka tidak disembur, pihak polis dirayu untuk tidak menggunakan Akta Polis 1967 bagi menahan reman demonstran yang beribu yang akan turun kerana itu merupakan hak mereka yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan untuk bebas berhimpun. Bagi tahanan di bawah umur, seboleh-bolehnya jangan diasingkan dengan ibubapa mereka yang juga ditahan. Zalim sekiranya para juvana itu digari dan dipaksa memakai pakaian banduan hanya kerana meyertai demonstrasi 31 Ogos nanti.

Bagi orang ramai yang bercadang untuk memeriahkan perarakan bersejarah itu nanti, berilah kebebasan mereka untuk memakai apa sahaja warna pakaian yang mereka mahu. Orang ramai yang membawa topeng pembalut mulut dan tuala basah juga jangan dianggap pengganas kerana mereka hanya melindungi diri mereka daripada sebarang kejadian buruk yang mungkin berlaku.

Selain itu, Ketua Polis Negara juga janganlah mengarahkan anggota Pasukan SImpanan Persekutuan (FRU) untuk memukul orang yang bersolat di Masjid Negara dan Masjid Jamek. Polis juga janganlah menghalang iorang ramai dripada memasuki kawasan masjid sewaktu perarakan itu nanti dengan menutup dan mengepung pintu pagar. Selain itu, pihak polis pula jangan mengugut operasi sistem pengangkutan LRT untuk hentikan operasinya, terutama bagi LRT berhenti di stesen Masjid Jamek kerana itulah stesen terdekat bagi orang turun ke Dataran Merdeka bagi turut serta dalam perarakan nanti.

Selain LRT, janganlah pihak polis mengarahkan peniaga-peniaga dan kompleks membeli-belah menutup premis perniagaan mereka kerana khuatir akan kerugian RM200 juta seperti yang dinyatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan akibat daripada penutupan tersebut. Sekiranya peniaga-peniaga Kompleks Pertama masih berterusan ingin berniaga, diminta janganlah mengarahkan trak water-cannon menyembur dari pintu masuk kompleks dan mengarahkan anggota FRU untuk memasuki premis kompleks untuk mencekup orang ramai yang berlindung di dalamnya.

Akhir sekali, Kerajaan Persekutuan jangan mengarahkan pihak penganjur Kemerdekaan nanti untuk membuat perarakan di dalam Stadium Kelana Jaya kerana ini memberi sekatan dalam menyuarakan perasaan mereka. Lagipun, betapa sukarnya kereta-kereta berhias untuk dibawa memasuki kawasan trek stadium yang mungkin dirosakkan.

Labels: , , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com