Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Sunday, September 13, 2009
Temuramah Bersama TV Antara
Petang tadi, aku ditemuramah oleh wartawan TV Antara. Ikuti temubual tersebut:PAS Desak Borang 2 Pilihanraya Dihapuskan
Dewan Pemuda Pas Pusat bersedia untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dan telah mengarahkan jenteranya menakluk kubu kuat BN itu.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat Pas Kuala Lumpur, Timbalan Ketua Pemuda, Azman Shapawi Abdul Rani berkata keutamaan awal adalah mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan proses undi pos secara telus.
"Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengerahkan tenaga semaksima mungkin bagi merampas kerusi BN. Secara kebetulannya PAS akan bertanding dalam pilihanraa kecil yang terdekat ini. Dalam masa yang sama, kami Pemuda PAS pusat akan mendesak dan menghantar tuntutan kepada SPR, pertama mengenai undi pos supaya ianya lebih telus dalam pilihanraya kecil akan datang" katanya.
Lantaran itu, Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar memorandum kepada SPR Malaysia dalam masa terdekat. Ustaz Azman Shapawi menambah, beberapa sudut teknikal akan dibangkitkan dalam memorandum kerana sayap parti aliran Islam ini bimbang dengan penipuan pilihanraya. " Kita minta dari sudut teknikal seperti borang 2, borang yang menulis maklumat-maklumat pengundi pos itu sendiri yang mungkin mengakibatkan rasa takut, bimbang terjejas kedudukan mereka untuk mengundi pembangkang dalam pilihanraya akan datang minta dihapuskan".
Ujarnya lagi, Pemansuhan borang 2 sangat mustahak dalam memastikan ketelusan. Beliau juga harap SPR memberikan kelonggaran kepada calon dari PAS yang akan bertanding pada pilihanraya kecil Bagan Pinang untuk memasuki kem-kem tentera di kawasan DUN berkenaan bagi tujuan kempen.
" Kita rasa pilihanraya kecil kali ini, perkara ini boleh dilakukan kalau SPR benar kepada kita dan saya rasa isu keselamatan tidak timbul kerana semua tumpu kepada pilihanraya kecil dan kalau orang lain boleh masuk ke dalam kem, jual sayur, konsert pun boleh buat dalam kem, tak kan calon nak bertemu dengan pengundi, berkempen, nak cerita menifesto pengundi pun tidak boleh. saya rasa wajar diberi kebenaran kepada kita" tambahnya. Sementara itu, Sekretariat BERSIH, Faizal Mustaffa berkata, BERSIH sejak sekian lama berpendirian, bahawa undi pos perlu dihapuskan kerana wujud pelbagai isu yang meragukan.
Dalam situasi di Bagan Pinang, Faizal berkata sebahagian besar dari pengundi pos yang akan terbabit sebenarnya sudah tidak layak mengundi berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan mereka yang telah tamat tahun lepas.
" Pengambilan anggota tentera yang bermula dengan angka pendaftaran 1068 sehingga 1070 adalah rekrut pengambilan November 1986 di Port Dickson, jika pengambilan itu rekrut tersebut dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 tahun atau pun 22 tahun, bermakna mereka akan berpencen pada November 2007 atau November 2008".
Malah ujarnya lagi, fakta ini merupakan sesuatu yang serius dan ianya wajar dipantau bagi mengelakkan wujudnya pengundi hantu pada pilihanraya kecil Bagan Pinang.
" Kalau kita lihat kepada pada spr.gov.my angka-angka pendaftaran ini masih wujud dalam sistem. Maknanya, saya ingin mengatakan di sini bahawa mereka seramai 1, 970 orang ini, yang sepatutnya tidak boleh berdaftar atau ertinya tidak ada kelayakan untuk mengundi di Port Dickson masih boleh mengundi di Bagan Pinang pada pilihanraya kecil."
Labels: SPR, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Tv antara
0 Comments:
Post a Comment
<< Home