Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Tuesday, February 26, 2008
Penamaan Calon Kelana Jaya
Terus terang aku beritahu di sini bahawa aku langsung tidak enjoy hari ini (24 Feb). Selain daripada melihat proses bangang SPR, aku ingin meng amin kan doa-doa yang kita taburkan buat kejayaan Nik Nazmi.
Seripah Noli(calon BN untuk N32) tidak mematikan stem. Begitu juga Lee Hwa Beng (P104). Dari luar aku gesa semua wakil calon buat bantahan. Rasa macam aku nak serang aje SPR (sebut: bangang). Mereka buat bantahan tetapi ditolak kerana arahan bertulis yang diberikan tersebut pada minit terakhir.
Boleh ka kata macam tu?
Baik tak payah buat arahan?
Bagi Nik Nazmi dan Gwo Burne, aku perkenalkan dengan peguam aku dan mereka bersama wakil calon, pencadang dan penyokong semuanya bergegas ke pejabat pesuruhjaya sumpah hanya untuk emmatuhi peraturan bangang (SPR).
Kita mampu laksanakan dalam keadaan terhad, mengapa tidak Seripah Noli dan Lee Hwa Beng?
Adakah kasut tingginya tidak memungkinkan beliau berlari?
Adakah mereka terlalu tua untuk bergesa ke pejabat pesuruhjaya sumpah?
Aku nak pulang ke rumah tetapi terlalu ramai menunggu untuk temujanji dan pelbagai persiapan untuk dibuat untuk majlis malam itu perlu dibuat.
Nasib baik ada kedai gunting jiran (kedai Mano ada air-cond) sudi membenarkan aku melelapkan mata buat seketika terutama apabila terlalu tertekan dan mengantuk.
Kes hailer
Kami membuat pelbagai persiapan semasa penamaan calon. Sepanduk pembakar semangat, tiang teleskopik panji-panji dan bekalan makanan semuanya. Oh ya…termasuk hailer (alat pembesar suara).
Setibanya di tempat perhimpunan, kami secara tiba-tiba tidak dibenarkan menggunakan hailer hanya kerana BN tidak membawa hailer.
Boleh ka gitu? Kalau tak bangang, apa namanya itu?
BN hanya ingat bawa kereta kebal kotak dengan lorinya yang jelas simbol kepada pembunuhan. Oh ya, Altantuya juga mangsa keganasan seorang ahli politik.
kerana terlalu boring, aku tegur polis yang macam blur di tepi-tepi jalan. Aku beritahu, "perarakan ni tak ada permit Tuan".
Polis: Apa? (sambil memandang ke arah aku?
Aku: Perarakan ini kita tak mohon permit.
Polis: Tak apa.
Muka polis setebal muka Najib Tun Razak bila rakyat menuduh beliau terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.
Siapa Lee Hwa Beng?
Beliau ini tak lah berapa cerdik dalam pendidikan. Main tikam belakang. Ahli Parlimen sebelum ini di’pancung’nya untuk demi meletakkan namanya di Parlimen Kelana Jaya.
Loh Seng Kok menemui aku bersama Loh Mui Fah (saksi penting VK Lingam) pada satu malam di Sunway di mana Loh Seng Kok minum arak kerana tertekan.
Aku beri pendapat aku (tidak dapat dinyatakan di sini kandungan pertemuan kami) dan beri hak sepenuhnya untuk beliau membuat keputusan untuk melindungi kepentingannya dalam politik kotor Lee Hwa Beng.
Muka Loh Seng Kok di billboard habis terconteng. Tidak patut aku menuduh sesiapa tetapi konflik dalaman MCA terlalu hodoh sehingga perkara conteng muka Loh Seng Kok sudah dapat diagak.
Siapa Seripah Noli?
Wanita berusia warga emas ini merupakan Ketua Penerangan Wanita UMNO Pusat. Lebih dikenali sebagai YB Bubur Lambuk, beliau beriya-iya mengarahkan UMNO Bahagiannya membuat program sedekah bebur lambuk di bulan puasa sehari selepas KeADILan dan PAS Kelana Jaya bersedekah ke surau-surau seluruh Seri Setia dan Subang Jaya.
Seripah Noli dan UMNO juga beriya-iya menganjurkan futsal di blok sebelah Pusat Khidmat Kelana Jaya semasa kehadiran sdr Anwar Ibrahim ke sini 4 Februari lalu. Hari itu ialah Isnin dan tidak pernah ada penganjuran futsal pada hari Isnin. Selalunya, Sabtu atau pun Ahad.
Pogram kami dihalang keras oleh pihak polis.
Labels: KeADILan, Kelana Jaya, Lee Hwa Beng, Loh Gwo Burne, Loh Mui Fah, Loh Seng Kok, Nik Nazmi, Parti Keadilan Rakyat, seri setia, Seripah Noli, Subang Jaya
0 Comments:
Post a Comment
<< Home