Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Wednesday, February 20, 2008
Sweet, Relaxing Birthday Party
(from left) Datin Nik Radhiah, Datuk Faruk Othman, Aida Faruk and
Idris (on his mum's arm)
Dalam beberapa minggu yang lalu, masa aku begitu suntuk dengan menyiapkan dua buku penting yang dipertanggungjawabkan kepada aku untuk disiapkan sebelum pilihanraya bermula – kerana kerdua-dua buku ini akan menghangatkan lagi musim pilihanraya.
Biar aku ketepikan terperincian buku-buku tersebut dalam penulisan aku yang lain.
Namun, kesibukan tersebut dipenuhi dengan satu majlis yang begitu bermakna buat Aida Faruk kerana menganjurkan majlis hari jadi bapanya, Datuk Faruk Othman yang ke 60.
Sebenarnya 16 Februari bukan tarikh sebenar kelahirannya. Dia lahir pada tangal 14 Februari tapi kita sambutnya pada 16 Februari kerana hari Sabtu dan ramai lebih mudah untuk melapangkan masa pada hari tersebut.
Persekitaran di Carcosa mungkin menyamankan dan memberi sedikit ketenangan kepada kesibukan dan tekanan-tekanan kerja yang sedang aku alami. Sebaik sahaja majlis ini selesai, rakan-rakan aku sudah tunggu dalam mengatur strategi untuk mingu-minggu seterusnya dalam pilihanraya ini.
Pakaian yang diwajibkan dalam majlis yang diadakan di Carcosa Seri Negara itu ialah black tie. Aku mengeluh panjang. Semuanya itu sebenarnya tiada masalah buat aku kerana pada satu masa dahulu, aku pengumpul pakaian-pakaian berjenama besar. Tapi, jacket-jacket aku, tali leher dan pakaian kulit semuanya sudah aku gantung tinggi.
Tuxedo for Faisal?
Aku mula-mula bercadang untuk memakai suit tuxedo aku lengkap dengan bow tie. Tapi, pada petang yang sama, Amir Muhamad (melalui Zulhabri) menjemput aku untuk sama-sama memeriahka majlis pelancaran bukunya, New Malaysian Essays 1 di Annexe, Pasar Budaya.
Selain Amir, penulis-penulis lain termasuk Brian Yap, Burhan Baki, Saharil Hasnin Sanin dan Sonia Randhawa.
Jadi, rasa segan pulak dengan rakan-rakan Bau-bau Café bila aku memakai tuxedo dan minum lemon-grass juice. Jadi, aku pun membuat keputusan ringkas dengan memakai jaket tuxedo dengan baju kemeja Bugotti yang dibeli oleh Ismail Kamal (Dee) yang baru sahaja pulang dari Dubai. Thanks Dee…how thought ful!
Tali leher pilihan aku malam itu Christian Dior yang dibeli di London suatu ketika dulu.
Aku sampai lima minit lewat daripada masa yang dijadualkan dan aku sebenarnya orang kedua terakhir untuk tiba. That shows how punctual my family is!
Aku diminta bergaya di depan jurufoto professional sebelum memasuki dewan makan.
Peraga pakaian? Korang nak challenge aku?
Habis aku posing!
Ray was looking at me and said, “one for PKR”.
Kepala hotak kau!
Menu Biasa
Tak ada extraordinary tentang makanan malam itu. Beriyani dan Naan. Tapi chocolate cake and sagu as deserts were fabulous!
Alamak! Hadiah aku lupa!
Aku sebenarnya dah ingat nak bagi pakcik aku satu naskah KONFLIKTING. Masa aku bagi souvenir tu Marina dan Joanne masa diorang datang KL Datuk Frauk Nampak…. Dia baca sekali imbas.
Tapi, aku pulak tak sempat nak balut dan letak kad ucapan. So, I decide not to…or at least later.
So, I suppose dia interested. Dia pun ada Tanya… dia punya copy mana?
Jadi, aku pun terus direct dia ke mPH untuk cari buku tu.
Instead of us giving the 'birthday boy' a present, we received a door gift plus a souvenir.
Speeches
Pengacara majlis pada malam itu ialah Arif sendiri. Dengan lafaz doa, kita mulakan majlis dan ucapan pertama diberi penghormatan kepada pakcik aku yang paling senior, Pokde Talib (Tan Sri Abu Talib Othman).
Tersekat-sekat suaranya bila mulakan ucapan dengan meminta semua kaum keluarga membaca al-Fatihah untuk kedua ibu bapanya dan abangnya, Allahyarham Hashim Othman.
Selain itu, ucapan-ucapan lain diberikan oleh Hisham Mustaffa (abang aku bagi mewakili ibu aku yang sulung dalam keluarga), Abdul Razak Ahmad (mewakili mak saudara aku yang bongsu dalam keluarga).
Lovely music
Kami jua dihidangkan dengan persembahan instrumental string. Mereka-mereka ini aku biasa tengok dalam persembahan orchestra dan aku percaya mereka ahli muzik bebas dan main dalam majlis-majlis keraian di samping persembahan di Philharmonik.
Akhir sekali, aku ingin mengucapkan selamat hari lahir dan terima kasih atas segala kemurahan yang diberikan untuk keluarga kami terutama dalam kesudian membantu dalam majlis perkahwinan aku dulu.
Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Labels: carcosa seri negara, faruk othman, KONFLIKTING, New Malaysian Essays 1
1 Comments:
waa, everybody glams and glitters. Happy Birthday to you too!
Post a Comment
<< Home