Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Friday, February 01, 2008
Rakyat Kelas Ketiga Kuala Lumpur Rai Hari Wilayah Persekutuan
Sementara aku sedang sibuk membuat kerja kira-kira jam 10 malam dengan aman di rumah, aku terdengar dentuman bunga api. Sesungguhnya di beberapa tempat di sekitar Kuala Lumpur, mereka sedang meraikan cuti perayaan Hari Wilayah.
1 Februari setiap tahun diiktiraf sebagai cuti umum bagi penduduk di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sebagai meraikan Hari Wilayah Persekutuan. Negeri-negeri lain mempunyai cuti mereka tersendiri dalam meraikan Hari keputeraan Sultan masing-masing.
Pada tahun 1964, hak undi ketiga mereka dinafikan apabila pilihanraya tempatan dibekukan dan hak undi kedua mereka dinafikan apabila Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1974,1984, dan 2001.
Ini bermakna penduduknya yang seramai 0.7 juta pengundi (atau 7% daripada senarai pemilih) meraikan Hari Wilayah Persekutuan (hari ini) yang bermastautin di tiga Wilayah Persekutuan; Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Mereka ini, secara poliitknya disenaraikan sebagai penduduk kelas ketiga.
Aku memang sengaja tidak mahu menyentuh hal-hal Putrajaya kerana mereka ini diberikan makan, kemudahan segalanya oleh pihak pemerintah.
Makcik-makcik, pakcik-pakcik, abang-abang, kakak-kakak dan para graduan yang baru sahaja Berjaya lulus peperiksaan sebelum menjawat jawatan pegawai di pekhidmatan awam (lupa akan singkatannya) semuanya sudah ‘dimakan’ dek pemerintah.
Setiap hari, mereka bekerja rutin; punch-card jam 8 pagi, minum jam 10 pagi, makan tengahari jam 1 tengahari, zohor jam 1.30 tengahari, Asar jam 4.45 petang, bersiap jam 5petang, pulang jam 5.15 petang.
Pergerakan nyah-koloni pertama di Negara moden, Revolusi Amerika dua abad yang lalu telah memperkenalkan prinsip “tiada cukai tanpa pewakilan”.
Hanya penjajah sahaja membayar cukai dan mempunyai gabenor-gabenor yang memerintah. Apakah ini wajah dua juta rakyat Malaysia yang membayar penilaian cukai dan duti-duti yang lain kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak dipilih, Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya?
Di dalam demokrasi, hak untuk diwakili wujud bersama-sama tugas untuk membayar cukai. Warga kelas pertama mestilah mempunyai hak mengundi di semua peringkat persekutuan, negeri dan tempatan. Dengan memansuhkan pilihanraya tempatan pada 1964, Kerajaan Perikatan telah menjadikan semua rakyat Malaysia kelas ketiga.
Dengan penubuhan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan, penduduk-penduduknya diturn-taraf sebagai penduduk kelas ketiga dalam mementingkan penjanaan hasil. Dengan proses perlantikan tanpa pilihanraya, pihak-pihak yang diberi kuasa di dalam wilayah-wilayah dikelilingi dengan ketakutan dan kerugian kepada pemabayar-pembayar cukai melalui rasuah, penyalahgunaan kuasa dan persaingan.
Jadi, apakah salahnya kita mempunyai Datuk Bandar yang dipilih rakyat (bukan seperti yang ada sekarang), berlagak duduk di kerusi empuk Bangunan DBKL dan takut untuk turun menerima bantahan rakyat di lobi bangunan.
Kita jadikan Hari Wilayah Persekutuan ini hari perayaan yang boleh kita raikan dengan bangganya, bukan dengan bunga api sebentar tadi.
Labels: DBKL, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
0 Comments:
Post a Comment
<< Home