Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Tuesday, January 15, 2008
Selamat Tinggal HASHIM OTHMAN
Tanggal 13 Januari jam 3.30am, aku dikejutkan dengan panggilan telefon yang begitu menjadikan jantung aku berderau, sungguhpun aku tahu saat tersebut akan tiba.
Aku masih lagi belum tidur melayan buku aku yang akan dilahirkan tidak lama lagi.
Bapa saudara aku, Hashim Othman kembali ke rahmatullah selepas lebih kurang tiga minggu terlantar di hospital.
Beliau menghidap sakit buah pinggang.
Aku menerima panggilan dari kaum keluarga buat pertama kali pada 23 Disember 2007 ketika aku berada di gelanggang futsal.
Pada waktu itu, aku diarahkan membawa ibu ke hospital kerana adiknya (bapa saudara aku) dipidahkan dari bilik persendirian ke tempat yang lebih dekat untuk pemerhatian pihak hospital.
Kami berada di hospital sepanjang petang dan bawa ibu balik sebelum Maghrib kerana dia berpuasa.
Waktu itu, Pak Ngah Hashim (gelaran yang aku panggil) masih sedar (antara tidak) dan sempat meramas tangannya.
"Be strong, remember God," kata-kata terakhir aku kepada beliau.
Pergi Tidak Kembali
Aku terpaksa tinggalkan kerja penulisan aku dan kejutkan ibu pagi itu. Bapa-bapa saudara aku sudah pun memberi pesanan awal bahawa rumah yang aku duduki akan dijadikan tempat untuk menguruskan jenazah dan sebagainya.
Aku rasa pada subuh itu, aku tidak panik. Pakcik guard di sebelah bantu kami menyediakan apa-apa yang patut sebelum tibanya jenazah.
Arwah dimandi dan dikafankan di hospital dan diuruskan dengan sempurna.
Selepas solat Subuh, aku ke hospital, jenazah sudah pun selesai disembahyangkan.
Aku menaiki van jenazah dan membantu pemandu terus membawa jenazah pulang.
Aku dapat curi-curi tidur bila tiada tetamu datang. Pelawat mula membanjiri rumah ini selepas jam 10 pagi.
Ada beberapa saudara-mara yang datang berjabat tangan dan berkata, "kau dah lama tak update blog ye?"
"(Don't they have better things to do other than reading my updates?)"
Dimakan di Bukit Kiara
Pak Ngah Hashim dibawa ke Masjid Umar ibn Khattab, Bukit Damansara untuk disembahyangkan untuk kali ketiga. Kalai kedua di rumah sebelum berlepas buat selama-lamanya dari rumah ini.
Imam Masjid, Ust Firdaus menghantar jenazah sehingga ke kenderaan dan memberitahu aku kita ikhtiar, Tuhan yang berkuasa. Ust Firdaus rakan lama aku dan sering bertemu di beberapa upacara umum.
Kemudian, jenazah dibawa ke tanah perkuburan Bikit Kiara untuk disemadikan.
Ketika taklin dibaca, terasa sebak, cuaca hujan gerimis dan kadang-kadang lebat, seiring dengan airmata pelawat-pelawat yang hadir.
Kuburnya terletak bersebelahan dengan kubur Allahyarham Datuk Dr Usman Awang.
Arwah meninggalkan dua balu dan dua anak serta lima cucu.
Esok hari ketiga kami sekeluarga mengadakan tahlil arwah.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke roh arwah. Kami semua doakan semoga arwah bersemadi bersama orang-orang yang beriman.
Adik Allahyarham, Datuk Faruk Othman menabur bunga ke pusara
* Kesemua gambar diambil dengan menggunakan Blackberry Pearl
1 Comments:
Semoga Pak Ngah Hashim diletakkan di kalangan mereka yang beriman. Alfatihah.
Post a Comment
<< Home