Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, January 13, 2008

BERSIH Umum Pesta Rakyat "Jom BERSIH"




Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) mengumumkan perhimpunan keduanya yang bakal diadakan pada 23 Februari 2008 akan datang.

Menjawab kepada saranan Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara yang mencadangkan BERSIH mengadakan perhimpunannya di tempat-tempat alternative seperti stadium, BERSIH membuat keputusan untuk membuat permohonan di tiga tempat (Stadium Merdeka, Stadium Nasional Bukit Jalil dan Dataran Merdeka) untuk perhimpunan keduanya.

Pihak BERSIH akam mula memobilisasikan rakyat sekali lagi memandangkan tuntutan-tuntutan bagi reformasi pilihanraya tidak diendahkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Barisan Nasional (BN).

Dalam beberapa minggu akan datang ini, BERSIH akan menggembeling usaha agar mesej reformasi pilihanraya kepada warga Malaysia disampaikan dan mengajak seluruh rakyat untuk hadir ke perhimpunan 23 Februari akan datang nanti.

Memandangkan BN telah menggambarkan perhimpunan-perhimpunan awam sebagai sesuatu yang mencetus keganasan dan agresif, kami kini mengumumkan perhimpunan kami sebagai “Pesta” dan merayakan tuntutan bagi reformasi pilihanraya dan demokrasi sebenar yang mana setiap daripada kita, pencinta-kebebasan impikan. Setiap kita dijemput untuk menghadiri Pesta Rakyat “Jom BERSIH” bersama keluarga.

BERSIH ingin menjelaskan bahawa kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara tidak berapa lama dahulu bahawa stadium ditawarkan bagi Perhimpunan Aman Rakyat BERSIH tidak benar sama sekali. Persoalan yang menyentuh mengenai tempat-tempat alternatif tidak pernah diutarakan dalam mana-mana perbincangan di antara pemimpin-pemimpin BERSIH dan pihak polis berkaitan dengan perhimpunan tersebut.


Dalam memobilisasikan Pesta Rakyat “Jom BERSIH”, kami akan mengumumkan rakyat mengenai perkara berikut:

Pertama, senarai pemilih kekal sebagai senarai yang tidak bersih dan dipenuhi dengan penipuan. Ianya bercanggah dengan laporan yang disiarkan oleh akhbar media perdana The Star pada 9 Januari 2008. Di dalam laporan tersebut, Tan Sri Rashid mendakwa senarai pemilih kini ‘bebas daripada pemilih-pemilih yang meragukan’.

Sebagai contoh ringkas, ramai warga Malaysia menerima emel mengenai nombor kad pengenalan mereka "991214740101", "910815750017" dan "981231081137". Nombor kad pengenalan tersebut menunjukkan sama ada mereka berusia lebih 100 tahun ataupun kanak-kanak di bawah umur. BERSIH dimaklumkan oleh Ibu Pejabat SPR, Putrajaya pada 31 Disember 2007 bahawa mereka ini telah pun meninggal dunia dan nama-nama tersebut akan dikeluarkan daripada senarai pemilih. Pada pagi ini, kami mendapati nombor-nombor kad pengenalan tersebut masih terdapat dalam senarai pemilih.

Dengan merujuk kepada kes yang lebih serius, terdapat pengundi yang dipindahkan masuk mahupun keluar daripada kawasan mereka sesuka hati mengikut kehendak SPR. Bagi mengukuhkan kenyataan ini, kami menerima dua kes; Sharmila Thuraisingam dari Subang Jaya yang menapati namanya didaftarkan di Parlimen Kubang Kerian, Kelantan dan Eric Liew dari Petaling Jaya yang didaftarkan di Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Selangor. Kedua-dua mereka diaftarkan tanpa pengetahuan mereka (sebelum ini pernah dilaporkan mengenai kes blogger, Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai “Rocky”).

Tan Sri Rashid juga masih gagal untuk menjawab khususnya kepada pertuduhan yang dibuat oleh Parti Keadilan Rakyat yang mengemukakan secara terperinci bagaimana 12 pengundi Melayu yang sudah meninggal dunia di Daerah Mengundi Jaya Setia yang bangkit dari kubur dan membuang undi semasa Pilihanraya Kecil Ijok Mei lalu. Selain itu, tiga pengundi Cina dari Daerah Mengundi Pekan Ijok yang juga terkejut apabila mereka pergi bercadang untuk mengundi pada tengahari mendapati mereka telah pun mengundi pada waktu pagi!

Tan Sri Rashid juga gagal untuk menjelaskan bagaimana 8,643 pengundi telah dipindahkan secara beramai-ramai di Ipoh Timur baru-baru ini yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Parlimen. Daripada jumlah itu, 3,208 merupakan pengundi pos sungguhpun tidak terdapat kem-kem tentera atau polis baru di kawasan berkenaan.

Adakah Tan Sri Rashid peka mengenai kesemua penipuan yang terdapat dalam senarai pemilih? Atau pun tidak berasa malu dengan menipu rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa senarai pemilih adalah bersih tanpa menjawab satu pun pertudhan di atas?

Senarai pemilih adalah syarat asas bagi proses pilihanraya bersih dan adil, yang mana SPR gagal untuk membersihkannya. BERSIH juga telah menyatakan empat tuntutan utama, yang diharapkan dapat membaikpulih keadaan.

Tetapi, sebaliknya SPR berteriak tentang kotak lutsinar yang mana BERSIH tidak pernah pinta. SPR membelanjakan RM16 juta untuk kotak lutsinar sebanyak 50,000 unit yang diperkenalkan – yang maa setiap satu berharga RM320. Jumlah tersebut merupakan satu pembaziran kepada wang pembayar cuai. Ia akan menjadi bahan ketawa dunia apabila SPR menganggap dengan adanya kotak lutsinar membuktikan pilihanraya di Negara ini telus, setelus kotak lutsinar.

Keduanya, pelaksanaan tuntutan BERSIH untuk penggunaan dakwat kekal bagi menghalang pengundian berganda, yang mana SPR secara lisan mempersetujuinya mungkin tidak dilaksanakan. Mengapakah permintaan BERSIH untuk diadakan percubaan dalam pengendalian dakwat kekal dari kalangan pihak media, parti-parti politik dan pertubuhan masyarakat tidak diendahkan? Banyak persoalan yang perlukan penjelasan yang khuatir mengenai keberkesanan cecair tersebut serta isu-isu teknikal semasa pelaksanaannya. SPR tidak memberi sebarang balasan mengenai perkara ini.

SPR juga baru-baru ini memberitahu bahawa Peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) mestilah dibuat mengenai penggunaan dakwat kekal. Mengapa mereka tidak lakukannya semasa sessi Parlimen sekiranya mereka benar-benar serius menenai pelaksanaannya? Lagipun, Majlis Fatwa telah pun meluluskan perkara ini yang digembar-gemburkan sejak Ogos lalu. sekiranya SPR benar-benar serius dan jujur mengenai perkara ini, mereka sepatutnya mendesak Kerajaan untuk menangguh Pilihanraya Umum sehingga sessi Parlimen yang akan datang.

Ketiga, SPR masih belum bersetuju untuk memansuhkan undi pos bagi anggota tentera dan polis. Semasa perjumpaan BERSIH dengan Timbalan Pengerusi SPR, Dato’ Haji Wan Ahmad bersama empat anggota pesuruhjaya pada 7 Ogos 2007 lalu, kami dijanjikan bahawa polis telah bersetuju untuk membenarkan agen-agen pemantau untuk melihat sendiri proses pembuangan undi pos. Pada waktu itu, Dato’ Wan Ahmad menambah bahawa Kementerian Pertahanan tidak bersetuju berkaitan dengan isu berkenaan.

Lagipun, SPR juga bertanggungjawab terus bagi ‘import’ mahupun ‘eksport’ pengundi-pengundi pos ke mana sahaja kawasan yang dirasakan sesuai, bagi mengganggu keputusan kerusi-kerusi yang rapuh, seperti apa yang kita perhatikan berlaku di Ipoh Timur.

Keempat, tidak ada apa yang berlaku kepada perkara yang menjurus kepada akses media adil dan bebas.media perdana terus-menerus dipergunakan semasa pilihanraya bagi memburukkan pemimpin-pemimpin pembangkang dan menakut-nakutkan rakyat dengan mengulangi babak-babak rusuhan menerusi stesyen-stesyen TV yang dipunyai Kerajaan. Bagaimana pilihanraya-pilihanraya boleh menjadi bersih dan adil sekiranya pengundi diabaikan hak mereka untuk memperolehi maklumat sebenar?

Kelima, selain daripada menilai tuntutan BERSIH untuk tempoh berkempen minimum 21 hari, Pengerusi SPR mengugut untuk memendekkannya lagi sekiranya rakyat terus turu ke jalanan membantah pilihanraya yang tidak bersih.

Kami mahu memberi peringatan kepada SPR bahawa adakah tempoh tujuh hari dan 13 jam pada 2004 dibenarkan oleh undang-undang? Penjajah British juga tidak bertindak sezalim ini dengan membenarkan Negara ini menjalankan kempen selama 42 hari pada tahun 1955!

Labels: , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com