Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, January 26, 2008

AKU TIDAK DITAHAN


Me infront of the police water cannon truck just outside KLCC

The back of the building writes 'In Celebration of Independene, Unity and Hramony'



Police came in buses, trucks, motorbikes and patrol cars expected around 200


Selepas memberi syarahan selama 45 minit kepada wartawan-wartawan muda dari Malaysikini di pejabat mereka di Bangsar pada jam 1.30 tengahari, aku pulang dan dan terus menaiki LRT ke KLCC.

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) khabarnya akan mengadakan perhimpunan membantah kenaikan harga yang diadakan di KLCC. Aku rasa aku sebahagian daripada mangsa tekanan inflasi. Nash (Ketua Editor Malaysiakini Bhaasa Melayu) bertanya ketika soal-jawab mengapa menyertai perhimpunan PROTES, aku katakana, “it’s my obligation”.

Aku bersendirian. Setibanya di stesyen LRT, terpampang pengumuman yang dipercayai ditampal oleh pihak berkuasa polis perintah mahkamah untuk tidak membenarkan nama-nama berikut menyertai perhimpunan:

1. Dr Hatta Ramli
2. Tian Chua
3. Arulchelvan
4. Simon Ooi
5. Ronnie Liu
6. Ahli Gabungan PROTES
Aku mula bertanya; bapa mana akan namakan anak mereka seperti No 6? Kesian orang yang namanya seperti No 6. Aku katakana kepada diriku, “nama aku tiada dalam senarai, jadi tidak salah untuk aku sertai perhimpunan ini kan?”

Setibanya di pintu masuk Suria KLCC, aku diberitahu sudah Sembilan orang ditahan. Aku mula menghafal nama-nama berikut. Tiba-tiba angkanya meningkat setiap minit dan aku sudah tidak mahu mengemaskini nama-nama berkenaan.

Ramai teman-teman telefon; Are you at KLCC now?
Aku: Yes
Teman-teman: Kau belum kena tangkap?
Aku: Aku ke sana-sini, polis merata. Tak pulak diorang nak tahan. Apahal pulak aku nak kena tahan?

Selepas lepak di kedai nasi kandar, aku pulang jam 5.30 petang.

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com