Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Sunday, February 10, 2008
Gong Xi Fa Cai: Buat SELAK
Cuti Tahun Baru Cina ini aku terpelosok di pejabat Daun Merah bersama kakitangannya menyiapkan coffee-table book yang bakal berada di pasaran sebelu pilihanraya ini.Cuti Tahun Baru Cina ini aku terpelosok di pejabat Daun Merah bersama kakitangannya menyiapkan coffee-table book yang bakal berada di pasaran sebelu pilihanraya ini.
Aku namakan buku ini “Selak: History of BERSIH Towards Clean and Fair Elections”.
Penglibatan aku selama hampir empat tahun sudah cukup untuk aku menyiapkan hasil koleksi pengalaman aku dan teman-teman lain dalam mendokumentasikan perjuangan ke arah pilihanraya bersih dan adil.
Aku tinggalkan trip keluarga ke Janda Baik. Aku tinggalkan ziaah-menziarah teman-teman Tionghua.
Sejak 5 Februari sehingga hari ini aku berhibernasi di pejabat memastikan buku ini menetapi citarasa aku.
Buku ini akan dipenuhi dengan gambar-gambar dengan teks yang minima.
Sumbangan terbesar album ini perlu diberikan kepada jurufoto-jurufoto professional, semi dan amatur dalam menjayakan buku ini. Gambar-gambar ini memaparkan keadaan sebenar dalam perjuagan rakyat, pertubuhan-pertubuhan masyarakat yang cintakan keadilan dan demokrasi diamalkan dengan telus dan kredibel.
Dengan ihsan Harakah dan Ketua Pengarangnya Ahmad Lutfi Othman, kami memperolehi koleksi-koleksi gambar daripada Wan Zahari dan Nasir. Juga dari koleksi-koleksi jurugambar bebas, Salman Nasaruddin, Mohd Hafiz Noor Shams, Farhan Fauzi, Bryan Liew, Rachel (idlethink), Chuah Siew Eng, Tan Seng Kiat dan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Projek buku ini salah satu daripada azam tahun baru ini - dalam menghasilkan sekurang-kurangnya empat buah buku.Selak?
Ramai yang menanyakan aku kenapa SELAK? Aku terlintas dengan perkataan ini semasa berbincang kosong sambil minum teh-tarik di Jalan Kelang Lama.
Selak bukannya kita bogelkan. Selak lebih feminis daripada TANGGAL.
Kalau nak selak, kita hanya naikkan kain sehingga paras lutut sahaja. Masih tidak 'biadap'kan?
Sekiranya dibaca dari belakang, ia akan berbunyi KALES di mana tidak lut kepada anasir-anasir yang menggganggu demokrasi BERSIH.
Rasional tak?
Kirin
Selama empat hari ini, aku hanya berkawan dengan artis grafik yang menginterpretasikan gambar-gambar dalam visual album. Selain bekerja sebagai artis grafik, Kirin juga pemain gitar undangan untuk kumpulan Search.
Lihat jaming Kirin bersama Search dalam youtube nya.
Kirin tak nampak jelas dalam klip ini, hanya jemarinya sahaja 'menggoreng' gitar kelihatan.
Labels: BERSIH, Daun Merah Trading, Selak
0 Comments:
Post a Comment
<< Home