Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, February 08, 2008

"Another Overkilling Election Preparation Work by BN"...

Sungguhpun tarikh pembubaran parlimen masih belum lagi diumumkan dengan rasmi, cal-calon yang sudah tetap bertanding dalam pilihanraya akan datang ini sudah mula ghairah dengan menaikkan kain-kain rentang, bendera dan banting sebagai sebahagian daripada kempen menarik perhatian pengundi di kawasan masing-masing.

Di salah satu kawasan parlimen di Negeri Sembilan, Barisan Nasional (BN) telah mula meletakkan banting-banting dengan logo dacing di merata daerah Gemenceh supaya calon lawannya menghadapi kesukaran meletakkan poster mereka.

Banting yang meletakkan wajah calon, kawasan parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan wajah pemimpin mereka digantung di kebanyakan tiang-tiang letrik utama di pecan tersebut.

Banting-banting tersebut juga dengan tidak rasa takut atau segan ditempatkan di tiang-tiang letrik berhampiran dengan balai polis daerah itu.

Mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya, alat-alat berkempen tidak boleh dinaikkan sebelum 11 pagi pada hari penamaan calon dan ianya mestilah berakhir pada 12 malam sebelum hari pengundian.

Perbuatan ini akan membantutkan kempen pilihanraya sihat apabila BN telah mula menempatkan banting-banting mereka di tempat-tempat strategic sungguhpun sebelum tarikh yang dibenarkan.

SPR mahupun pihak polis Gemencheh setakat ini masih belum mengambil apa-apa tindakan atau sekurang-kurangnya mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dengan perkara ini.

Gambar di bawah diambil pada 7 Februari 2008.




Labels: , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com