Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Sunday, February 24, 2008

Kelana Jaya di Al-Jazeera

(Dari kiri; Loh Mah Fui, Sharmila, Sanjay, penerbit Al-Jazeera)


Kerja-kerja kempen di Kelana Jaya dalam menjejaki pengundi hantu mendapat simpati dan perhatian media antarabangsa.

Sebuah rangkaian televisyen yang terkemuka di dunia, Al-Jazeera telah menghubungi saya dan ingin maklumat lanjut mengenai penyelewengan SPR dalam pilihanraya akan datang ini.

Sharmila ketika ditemuramah Al-Jazeera


Dengan memfokuskan kepada kes di Kelana Jaya, aku membawa seorang mangsa pengundi hantu, Sharmila Turaisingam ke bilik operasi utama kami di tengah-tengah Desa Mentari sebagai sebahagian daripada rakaman beliau melalui rancangan East 101.

Inilah kali kedua aku muncul di rancangan tersebut. Sesungguhnya pengalaman tersebut bukanlah suatu yang menyeronokkan tetapi kebodohan dan niat buruk SPR memaksa aku memberanikan diri untuk memberi kerjasama kepada Al-Jazeera untuk mendapat perhatian dunia mengenai kepincangan SPR dalam pilihanraya kali ini termasuk di Kelana Jaya.

Rakaman di Glenmarie


Aku juga diminta oleh penerbit Al-Jazeera untuk melawat sendiri rumah pengundi hantu. Dengan bantuan ketua Daerah mengundi Glenmarie, aku membawa pasukan East 101 ke Glenmarie court di U1.

Ternyata tiada daripada lapan pengundi yang tertera dalam senarai pemilih SPR terkini tinggal di kediaman tersebut (No 13, Glenmarie Court U1).

Bersama-sama kami ialah Loh Mui Fah; saksi dalam kes VK Lingam dan Loh Gwo Burne; calon Parlimen Kelana Jaya (P104).

Aku akan nyatakan bila watu tayangan rakaman ini melalui rangkaian 513 Atro.

Labels: , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com