Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Saturday, October 27, 2007

P.Ramlee The Musical: Mana Ada Lagu Getaran Jiwa?




Selepas tiga entri menceritakan mengenai sikap pihak penerbitan teater berkos jutaan ringgit, aku ditawarkan oleh seseorang untuk menyaksikan sendiri teater tersebut. Rakan-rakan aku menganggap bahawa krtikan pedas aku menyebabkan aku berpeluang untuk menyaksikan teater tersebut secara percuma. Nak suruh berebut beratur kat Istana Budaya? Selepas banyak komen aku terima mengenai perkhidmatan teruk Istana Budaya, baik aku lepak kat Bau-bau Cafe, The Annexe, Central Market. Lebih berbaloi.



Vernon: You deserve dude.

Aku: Well, I am just doing my work.

Vernon: Well, since you get the ticket, you will definitely write good about the play, then.

Aku: It's not from Tiara! Even if I receive a ticket from her, I will write what I feel right. Not like some ass-holes.

Vernon: What actually happen on the preview?

Aku: They don't allow me to come.

Vernon: Why not?

Aku: Good question. They say my blog is not in their list.

Vernon: But they should allow you, kan? Eh, what about other blogger friends?

Aku: Ada dapat, ada tak dapat.

Vernon: They suppose to back you up, dude.

Aku: Itu yang aku kecewa. Its like this lah Vernon. You hate so much BN....and when it comes to voting, they give you an envelope of RM300, you tend to forget about everything and vote the party that you hated for the past five years. Senang kan?

Vernon: Hahahaha.....Enjoy the show dude!


Enjoy ke?


Aku datang awal juga. Orang sudah ramai memenuhi ruang legar Istana Budaya. Petugas-petugas sibuk menjual barang kenang-kenangan (gambar atas).

Aku jumpa beberapa rakan baru dan lama di situ. Diorang terkejut tengok aku hadir. Mereka tanya.

"Ingatkan kau benci sangat dengan teater Tiara?"

"Orang yang sponsor nak sangat aku review."

Aku dihadiahkan tiket berharga RM200 dan duduk bersama dif-dif VVIP termasuk Tiara sendiri. Menteri Pertanian, bekas Menteri yang letak jawatan a.k.a bekas Setiausaha Agung UMNO, (Datuk Seri - belum rasmi) Farid Ridzuan juga ada. Masa aku tunggu kereta aku sampai, ada juga kereta berplat Hakim hadir dan aku pasti mereka juga duduk berdekatan dengan tempat duduk aku.


Jadi, aku tak hairanlah bila ada orang yang nonton teater duduk bersebelahan dengan Seniwati Hashimah Yon ke, Seniwati Mariani ke, Seniman Datuk Mustafa Maarof ke atau Datuk Maria Menado.

Orang di barisan sebelah lagi best....tertidur dan anaknya bermain-main di tangga Panggung Sari. Dengan tidak sengaja aku dengar Aisyah, 8 tahun tanya mamanya, "mama bila nak habis?"

Tertunggu juga aku lagu kegemaran aku, Getaran Jiwa nyanyian asal P.Ramlee. Tak ada..

Wujud ke Azizah?

Ada orang menulis bahawa dia datang untuk tahu sendiri sejarah hidup P.Ramlee. Azizah lakonan Datuk Siti Nurhaliza sebenarnya adalah watak yang dibuat-buat. Azizah sebenarnya khayalan Pengarah P.Ramlee The Musical. Hidup-hidup orang tu kena kelentong.


Enfinatez Hidup!


Aku suka watak-watak yang dimainkan oleh Enfinatez (Pemenang keempat Pertandingan Gang Starz).

Aku rasa mereka ni memang berbakat. Tapi tidak kata nyah (don't blame me, he addresses himself so) sorang yang bertindak sebagai juri pertandingan tersebut. Pemenang Gang Starz dan segala kejutan yang kononnya terkejut semuanya lakonan. Korang hidup-hidup kena tipu!

Di masa intermission, akulah orang yang pertama sekali keluar dan lepak di kafe Istana. Satu-persatu kawan lihat turut-serta bersama aku menghidup udara segar dan asap tembakau termasuk YB Zaid Ibrahim. Aku lebih bebas berlegar-legar dan ramai pulak kenalan aku pada malam itu.

Tak habis-habis orang tegur aku, "eh, teruk kau belasah dalam blog ek?"

Kadang-kadang aku senyum, kadang-kadang rimas juga.


Raymee di Kuala Lumpur

Namun, aku tercengang apabila mengetahui Saloma memanggil manja suaminya, P.Ramlee dengan nama Raymee. Jadi aku cuba confirm.

Aku: Hello, Mummy dah tidur?

Mummy: Belum. Kau bila nak balik?

Aku: Kejap lagi. Eh nak tanya ni. Betul ke Saloma panggil P.Ramlee, Raymee?

Mummy: Ha'ah. P.Ramlee panggil Saloma Sally.


God! Nama tu menyebabkan bulu roma aku berdiri!

Bagi ulasan, aku reserve kan untuk siaran KLPOS. Mereka lebih berminat untuk siarkannya. Untuk makluman, KLPOS tidak bayar tiket untuk aku hadir pada malam itu.

Gambar diambil dari TV Smith

Terima kasih atas banyak jemputan rumah terbuka. hari ini sahaja (26 Okt) aku dijemput oleh Lembaga Akreditasi Negara, MPPJ dan TV3. Satu pun aku tak hadir.

Tentunya, Ahad ini aku akan ke majlis rumah terbuka ex-boss, Datuk Kamarul Baharin Abbas di Lucky Garden Bangsar. Datuk telefon aku sendiri dan soalan pertamanya, "hah, apa cerita kau ni?"

Labels: , ,

2 Comments:

At 9:29 pm, Anonymous Anonymous said...

gila lar.

aku kagum. aku kagum

 
At 5:12 pm, Blogger Kacaks ! said...

i wonder wat was nyah said about the "TIPU" thing.. or i refer the link u put as mrmanager ? hurm~~

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com