Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Wednesday, May 30, 2007
Kamera Anwar Ibrahm hilang!
Posting yang baru aku matkan dalam blog ini mendapat banyak tindakbalas daripada pelbaga pihak; dari kaitangan Suara Keadila hinggalah golongan marhae yang melepak di Restoran Madin, Bangsar Utama setiap petang.
Terima kasih daun keladi.
Kamera RM14,000
Satu lagi yang membuat aku terkejut selain daripada kehilangan Zunar di Kongres yang baru lalu ialah kehilangan sebuah kamera video Sony berharga RM14,000.
Kamera tersebut dibeli sekitar September 2006 sebelum Kongres Nasional Tahunan Ketiga keADILan yang diadakan di Pulau Pinang.
Kamera itu dibeli oleh sdr Anwar Ibrahim untuk membuat satu projek wawancara eksklusif Anwar Ibrahim yang dirakamkan di kediaman sdr Khalid Ibrahim.
Mengikut sumber-sumber yang dperolehi (Mrs Zunar boleh cari sumbernya sendiri), Anwar Ibrahim memberikan tugasan untuk membeli sebuah kamera bagi tujuan penerangan dalam Parti kepada Khalid Jaafar (tahniah dapat merebut kembali jawatan Ali Majlis Pimpinan Tertinggi Parti).
Projek asal kamera it dibeli adalah untuk menjalakan Anwar Ibrahm TV. Tetapi, projek tersebut tidak dapat diteruskan.
Atas usaha Biro Penerangan, terhasillah sekurang-kurangnya satu wawancara ekslusif bersama Awar Ibrahim yang dipanggl "Hati ke Hati" . Ianya dirakamkan di kediaman sdr Khalid Ibrahim.
Itulah kali pertama kamera tersebut digunakan. Oleh kerana projek vcd itu usaha Biro Penerangan, Khalid serahkan kepada Ketua Penerangan dan diberikan tanggungjawab kepada Editor Suara Keadilan untuk mengasilkan projek rakaman tersebut.
(Kanan Gambar Ketua Penerangan Parti)
Itulah kali terakhir iro Penerangan melihat kamera tersebut.
Bagi merealisasikan projek online TV yang dirancangkan lebih awal, Anwar Ibrahim Club mewujudkan blog Anwar Ibrahim yang banyak mengemaskini program-program Anwar Ibrahim seluruh negara da mereka memerlukan sebuah kamera yang mampu untuk menghasilkan keputusan yang menarik. Tetapi, emel yang dikirimkan kepada Zunar tidak dilayan.
Sejak September juga Suara Keadilan yang menerbitkan tabloid mereka dua kai sebulan tidak menggunakan kamera yang berharga R14,000 itu.
Jadi di manaka kamera itu kini? Mengapakah Zunar tidak membalas e-mel?
Misteri ini mesti diselesaikan.
Siapakah yang mencurinya? Mengikut Hudud, bagi sesiapa yang mencuri kudunglah tangannya.
Beberapa nota kaki: Anwar Ibrahim Club tidak mendapat gaji R4000. Blogger ini menulis tidak mendapat RM4,000. Wartawan Suara Keadilan tidak diperuntukkan laptop. Gaji mereka tidak mencecah RM4,000.
 
Tuesday, May 29, 2007
Kongres keADILan: Mana Zunar?
Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rayat ke-4 berlangsung pada25-27hb Mei lalu. Perancangannya dijalankan bermula dari awal tahun lagi. Tarikh Kongres tersebut juga sudah diketahui ramai melalui notis-notis yang dikeluarkan kepada para perwakilan dan disiarkan sendiri oleh akhbar rasmi Parti Suara Keadilan. Satu dunia mengetahui mengenainya tetapi satu persoalan yang sukar untuk dijawab: di manaka Zunar?
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee merupakan Ketua Pengarang akhbar lidah rasmi Parti Suara Keadilan. Sepanjang acara Kongres yang diadakan di Seremban itu, kelibat Zunar tidak kelihatan. Selain pegawai pemasarannya, Wanti, kakitangan yang lain hadir, sibk membantu dalam pelbagai masalah yang datang sepajang upacara Kongres.
Persoalannya, perlukah seorang Ketua Pengarang hadir dalam Kongres itu? Sebagai seorang yang mengetuai lidah rasmi Parti, sudah tentu hukumnya wajib; melainkan ada alasan-alasan tertentu yang tidak memungkinkan beliau hadir. Sekiranya alasan hendak pulang ke kampung, ianya tidak dapat diterima. Surat tunjuk sebab perlulah diarahkan untuk Ketua Pengarang berikan kepada pihak Parti atas ketidakhadiran itu.
Plagiat Berita
Suara Keadilan mempunyai enam orang kakitangan sepenuh masa (tidak termasuk Ketua Pengarangnya). Penghasilan berita tidak sehebat tabloid-tabloid yang ada di pasaran.
Sunggupun terdapat penulis dan wartawan sepenu masa, Suara Keadilan masih menciplak berita-berita yang terdapat dari laman-laman web. Gambar-gambar yang disiarkan juga kelihatan seperti diambil dari sumber-sumber lain; dan ianya tidak dikreditkan. Apatah lagi panggilan telefon meminta kebenaran menyiarkan gambar-gambar tersebut.
Selepas lebih setahun Suara Keadilan berada di pasaran, kualitinya tidak diperlihatkan mengandungi sebarang peningkatan; dari segi isi kandungannya mahupun percetakannya. Tiada siapa yang seharusnya dipersalakan kecuali Ketua Pegarangnya. Beliaulah yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap kandungan isi dalam sesebuah penerbitan.
Siapa yang mejadi mangsa plagiat? Banyak pihak mengeluh bahawa berita-berita mereka yang disiarkan dicplak Suara Keadilan. Blogger, laman Kelab Anwar Ibrahim, Harakahdaily dan lain-lain mengeluh dengan sikap Pengarang Suara Keadilan yang tidak beretika itu.
Perangai (mencuri) ini juga pernah diutarakan oleh blogger bebas (termasuk yang ini) kepada pihak atasan, tetapi tindakan masih tidak diambil terhadap Ketua Pegarangnya. Malah, alasan mereka ialah ketidakcukupan kakitangan yang membuat liputan.
Permit Penerbitan
Selepas setahun Suara Keadia menggunakan lesen penerbitan daripada akhbar Suara PRM, permit tersebut tidak disambungkan oleh pihak pengeluar permit.
Apakah tindakan yang dibuat berkaitan dengan permit ini? Semuanya diserahkan kepada Parti. Di manakah Ketua Pengarangnya ketika ‘sit-in protest’ dibuat ole Ketua Penerangan di Putrajaya? Beliau berada di peabat empuknya di Brickfields. Bukankah perancangan-perancangan dalam memberi tindakan terhadap pihak penguasa haruslah dketuai oleh sidang penerbitan itu sendiri? Tidakkah mereka ketahui bahawa periuk nas mereka adalah hasil daripada penjualan Suara Keadilan?
Pengalaman di Ijok
Kempen pilihan raya DUN Ijok yang disertai oleh KeADILan banyak berlaku kes-kes yang memerlukan perhatian umum. Parti juga memperuntukkan sebuah pejabat khusus untuk para media agar berita-berita ini dihebahan. Zunar tidak juga kelihatan.
Melukis Kartun
Adalah dicadangkan agar Zunar pulang kepada kerjaya awalnya, sebagai pelukis kartun. Ituah sebaik-baik tugas beliau , bukannya seorang pengarang akhbar tabloid sebuah Parti yang bercita-cita tinggi untuk satu hari nanti menjadi sebua parti pemerintah.
Hasil penjualan buku koleksi kartun-kartun beliau nampaknya laris sewaktu K ongres berlangsung.
 
Sunday, May 27, 2007
Kongres ala Akademi Fantasia
Dalam keredaaan siri realiti TV sensasi, Akademi Fantasia selama 10 minggu yang penuh dengan tangisan akibat daripada penyisihan idola masing-masing, Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat pun mengikuti drama-drama sedih.
Kongres ke 4 yang mana kali ini diadakan di Seremban diisi dengan sikap emosi para perwakilan yang hadir dari seluruh neagara.
Pertama, apabila Penasihat Parti, Datuk Seri Awar Ibrahim diberikan peluang untuk memberitahu statusnya sekiranya memegang jawatan Presiden.
"Saya tidak mahu beliau bertanding dan sekaligus melanggar peraturan parti dan Pendaftar Pertubuhan kerana kesannya kepada parti," kata Anwar ketika disoal wartawan.
Sebelum itu, Anwar meminta perwakilan memilih penyandang jawatan, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai presiden parti. Dalam ucapannya Anwar berkata, ROS mengancam membatalkan PKR jika Anwar menjadi presiden parti. (Malaysiakini, 26 Mei)
Ketika berada dalam dewan kongres, risalah-risalah diedarkan kononnya demonstrasi akan diadakan secara besar-besaran di pejabat Pendaftar (ROS) dalam memberi tekanan agar Anwar diluluskan sebagai Presiden Parti, sekiranya dipilih.
Sebelum itu, di luar dewan beberapa aktivis memberi ucapan supaya Anwar dipilih sebagai Presiden.
Anwar tidak dibenarkan aktif dalam politik selama lima tahun sehingga April tahun depan selepas disabitkan dengan hukuman salahguna kuasa sebelum ini.
Dalam liputan berita Malaysiakini, 26 Mei, ia dimaklumkan bahawa Anwar mendakwa ROS merupakan pegawai suruhan Umno yang langsung tidak menghormati hak orang.
“ROS menjadi pekakas politik pemerintah yang jijik sehingga sanggup menghantar jawapan kepada permohonan pengecualian yang saya pohon pada jam 4.30 petang,” katanya.
Katanya, pada waktu pejabat sudah ditutup dan sukar untuknya mengambil sebarang tindakan, sedangkan hari ini adalah hari cuti umum.
Reaksi daripada para perwakilan memberi lebih emosi apabila beberapa perwakilan merebut microphone supaya Anwar persetan dengan surat yang dikeluarkan oleh ROS itu.
Anwar menjawab:
“Kalau saudara pilih saya untuk terus memimpin, Insya-Allah saya akan pimpin, tetapi kita kena ikut peraturan dan undang-undang. Maka (bagi jawatan) presiden, kita kena beri laluan kepada (Wan) Azizah.
"Sepertimana kawan-kawan sebut, (ia) tidak lari banyak dari cara sekarang...sejak saya keluar dari penjara, itu yang kita lakukan, iaitu (Wan) Azizah presiden, saya pimpin...,” katanya.
Kedua, apabila pencabar jawatan Presiden, Abdul Rahman Othman mengumumkan untuk menarik diri daripada bertanding.
Itu juga memberi emosi kepada penyokong-penyokong Abdul Rahman yang juga Ketua Bahagian Muar.
Pengerusi Tetap Kongres, Ismail Yusop membuat pengumuman itu selepas menerima nota daripada Abdul Rahman, selepas Anwar berucap menjawab reaksi para perwakilan mengenai statusnya.
Dalam nota ringkas itu, Abdul Rahman berkata, beliau membuat keputusan itu selepas mendengar penjelasan Anwar mengenai perkara itu.
Abdul Rahman kemudian kelihatan memeluk Anwar, serta pemimpin KeADILan lain yang berada di atas pentas, termasuk Naib Presiden, Azmin Ali dan Bendahari Agung, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Suasana 'sedih' itu disaksikan oleh seramai 1009 perwakilan yang berada di dalam dewan disamping ratusan pemerhati yang berada di tingat atas.
Ketiganya, apabila perwakilan Wanita, Dr Daroyah Alwi berasa sedih apabila tututan 30 peratus wanita dalam memegang pucuk pimpinan tidak diterima perwakilan. Beliau, ketika berucap tidak dapat menahan sebak dan terpaksa berhenti beberapa ketika.
Di dalam hati ini, hati aku juga menangis apabila para majoriti perwakilan tidak mempunyai sfat kesaksamaan gender dan diskriminasi kaum.
Hati aku juga menangis kerana perjalanan Kongres Angkatan Muda berterabur.
 
Tuesday, May 22, 2007
Konsert Akhir AF5: Kenapa meleret untuk Aznil?
Selalunya jemputan untuk majlis anugerah aku tidak tolak. Sungguhpun persiapan untuk Kongres Nasional Tahunan 2007 memeningkan kepala aku, aku tetap hadir. Pada 19 Mei yang lalu, berlangsunglah Pusingan Akhir Pertandingan Nyanyian Akademi Fantasia Musim ke 5. Aku tidak pasti bahawa selama lima musim, produk yang dihasilkan seorang penyanyi.
Tak sangka pula aku diletakkan di antara barisan hadapan. Terima kasih.
Jangkaan daripada awal musim AF sentiasa meleset. Juara SMS kali ini (pemenang berdasarkan 100% daripada undian SMS) berpihak kepada Mila.
Dalam peringkat awal program ini dibuka, Mila jarang mencecah tangga pertama hingga kelima. Kebanyakan daripada minggu yang ditayangkan, Mila sering berada di tangga corot.
Dalam analisis aku, sering aku andaikan Mila lah yang akan terkeluar tetapi nasib sentiasa berada di pihaknya.
Jumlah Undi
Selama 10 minggu tayangan siri Akademi Fantasia ie Diari, Konsert, Debat; secara keseluruhan Astro menerima 6.6 juta undian. Jika satu undi berharga RM2 bayangkan berapa banyak rakyat Malaysia bazirkan untuk program TV reality seperti Akademi Fantasia yang sudah masuk musim ke lima.
Menerusi fakta-fakta yang boleh dipercayai. Mila memperolehi 32% daripada jumlah undi yang dikumpul.
Pada malam konsert akhir sahaja, Mila mendapat 1.9 juta undian SMS.
Persembahan Mila
Lagu Persis Wanita yang digubah oleh Ajai disampaikan oleh Mila dengan baik sekali. Cuma ketika Mila meneyampaikan lagu Cinta Pura-pura (original Ezlynn) ruang nada tinggi itu jelas kedengaran Mila menjerit dan tidak nyaring.
Walau bagaimana pun, Mila Berjaya memukau dan menerima standing ovation (termasuk aku sekali).
Aznil
Aku yang duduk di barisan hadapan stadium mula merasa kebosanan apabila Pertandingan itu meleret member penghargaan dan ‘persembahan’ selamat tinggal kepada Aznil.
Dan mulalah, semuanya, termasuk pelajar-pelajar lelaki menangis macam hilang mak. Kalau Hishamuddin Hussein (Datuk Seri) dia juga akan menangis terisak-isak.
Raja tangisan yang lain terdiri daripada Khairy Jamaludin (semasa menafikan skandal bersama Maya Karin), Rafidah Aziz (semasa bercerita tentang AP seraya memegang kitab al-Quran) dan mamak Bendahara Tun Mahathir (sewaktu mengumumkan meletak jawatan sebagai Presiden Umno).
Mereka-mereka akan bersama yang lainnya dalam stadium akan menangis beramai-ramai mengucap selamat tinggal kepada Aznil
Perlu diambil perhatian kepada para para peganjur bahawa orang yang datang dan membayar tiket untuk melihat dan mengetahui juara AF bukannya saksikan pemergian Aznil. Dia hanyalah hos.
Perlu diteruskan
Selepas lima tahun adakah perlu Akademi Fantasia diteruskan? Royalti kepada LaAcademia tidak pasti samada sudah dijelaskan memandangkan format asal daripada rancangan Mexico itu dikekalkan bagi meningkatkan SMS.
Sekiranya kita melihat produk-produk AF, berapa ramai yang mampu bersaing dalam professionalisme sebagai penghibur?
Mawi hanya mampu untuk menjadi Raja SMS. Tarian tukang-langgang. Sebutan lari. Bahasa Inggeris terus tak boleh.
Faizal? Belum dapat diuji.
Jawapan samada perlu diteruskan atau pun tidak, lihat kepada objektif kewangan Astro. Kalau nak dinaikkan keuntungan, baik diteruskan, tetapi sekiranya melahirkan penghibur, lupakan.
 
Wednesday, May 09, 2007
Klip Video Keganasan di Ijok
Video klip ini dituju khas buat sejarah keganasan yang berlaku di Ijok ketika kempen Pilihan Raya Kecil di N11 Ijok.
Klik di sini untuk klip video.
 
Tuesday, May 08, 2007
BN's Violent Behaviour at Ijok
The Ijok by-election has proven to be the nastiest and most marred by BN's violent culture of gangsterism in history.In all its years of existence, KeADILan has proven its dedication to non-violent struggle within the bounds of democracy and we can now prove that it is BN, with the help of the police that are the perpetrators of a violent brand of politics. The following is a narrative of events where KeADILan leaders and campaigners were violently accosted by BN and the police.
1. Barring, Provocation and Attacks on Nomination Day
Date: 19th April 2007, Time: 9-11am, Place: Batang Berjuntai Community Hall
The BN entourage barred the procession accompanying KeADILan candidate Tan Sri Dato` Khalid Ibrahim, President, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail and the party leadership's path to the community hall. Outside the hall, BN supporters threw mineral water, sticks and stones at KeADILan supporters.
Clik here for more photos.
2. Attack on the Candidate and Accompanying Bloggers
Date: 21st April 2007, Time: 2.40pm, Place: Batu 8, Ijok
About 20 Umno Youth members attacked Tan Sri Khalid and accompanying bloggers/photographers who were having their lunch at a restaurant near an Umno Operations Room. The Umno Youth members descended upon the KeADILan group and their vehicles, barred their path, and threw bottles at them. One blogger/photographer was seriously hurt in this incident.
Witness: Tan Sri Khalid Ibrahim, Jeff Ooi & Paul Choo
3. Obstruction of KeADILan canvassers.
Date: 22nd April 2007, Time: 4pm, Place: Coalfield Estate
MIC members in great numbers refused to allow KeADILan campaigners to go door to door in Coalfield estate, and intimidated them to the point where KeADILan had to call the police for support.
Witness: S Manikavasagam
4. Intimidation against Youth for Change (Y4C)
Date: 24th April 2007, Place: Tuan Mee Estate
A group of youth and university students that were conducting a survey regarding the amount of information voters were receiving in Ijok were threatened and chased away by MIC members.
Witness: Lee Khai Loon
5. Obstruction of Health Clinic
Date: 24th April 2007, Time: 11am, Place: Kg Rantau Panjang, Sg Darah
A Pas health team that was conductin free clinics were accosted by Umno members who shouted profanities, and kicked furniture, creating a ruckus that prevented the team from performing their duties.
Witness: Dr. Lo' Lo'
Click here for more related news.
6. Candidate's entourage attacked
Date: 25th April 2007, Place: Coalfield Estates
A group accompanying Tan Sri Khalid was attacked by about 20 MIC members who prevented the candidate from doing house to house campaigning. KeADILan Selangor Information Chief and Klang Division Head S Krishnasamy was badly hurt and had his glasses broken in the attack.
Witnesses: Tan Sri Khalid Ibrahim and S Krishnasamy
7. Obstruction of Canvassers
Date: 27th April 2007, Place: Kg Rantau Panjang, Sg Darah
A group of KeADILan and Pas canvassers were physically prevented from entering the village area and houses near to a BN Operations Room by the police and a group of 50 BN members.
Witness: Dr. Xavier Jayakumar
8. Attack on Pas Youth members
Date: 28th April 2007, Time: After Suboh Prayers, Place: Simpang Ijok
A group of Umno Youth members ambushed and viciously attacked Pas Youth members from Kuala Langat who were restoring fallen KeADILan flags and banners in front of the Klang Umno Youth operations room. The Pas Youth members were assaulted and continuously beaten and kicked even when they had fallen to the ground. At least two received severe head injuries which required hospitalisation.
Click here for more related news.
9. Phantom Voters fracas
Date: 28th April 2007, Time: Approx 3.30pm, Place: Bukit Badong
The attempt of KeADILan supporters to verify the identities of passengers on two buses met with violent responses from Umno Youth and other BN supporters.
Witness: Syarifah Shahidah Syed Kamaruzaman
10. Attacks at PKR hot booth in Sg Darah
Date: 28th April 2007, Place: Sg. Darah Polling Station
BN members threw broken car parts, eggs and bottles at KeADILan supporters in Sg. Darah as well as harassed the vehicles of party leaders.
Click here for more related news.
 
Monday, May 07, 2007
10 + 1 Sebab Mengapa ASP Rafik (Gombak) perlu dinaikkan pangkat
1: Dia boleh hisap rokok masa bertugas di ceramah di Bukit Badong (apabila ditegur, dia memberitahu bahawa dia boleh menghisap rokok semasa bertugas)2: Dia berani nak rampas microphone KeADILan di program di Bkt Badong dan arah supaya program ceramah dihentikan.
3: Beliau tidak membuat sekatan untuk kempen Umno. Kalau kempen sebelah-menyebelah, pihak yang kena batalkan program ialah KeADILan.
4: Beliau mengumpul semua risalah yg KeADILan edarkan untuk para pengundi.
5: Beliau menjaga Timb Presiden UMNO semasa Timb Presiden UMNO itu berkempen. Gambar di sebelah diambil ketika polis tiba mengiringi ketibaan Presiden UMNO ke pusat pembuangan undi di Bukit Badong.
6: Beliau berjaya pastikan bas pengundi hantu yang bernombor pendaftaran PFY7000 sampai ke Balai Polis tanpa sebarang kecederaan.
7: Beliau berjaya ketepikan pasu bunga yang dikatakan menghalang laluan Najib Tun Razak.
8: Beliau cepat bertindak dengan mengarahkan FRU meletakkan kenderaan di tempat ceramah apabila Anwar Ibrahim tiba di tapak ceramah.
9: Beliau berjaya membuat sekatan jalanraya seolah-olah menyukarkan orang ramai hadir di program ceramah yang dianjurkan oleh KeADILan.
10: Beliau beriya-iya mengatakan bahawa setiap program dalam kempen mesti ada permit (sungguhpun bila berhubung dengan peguam, dia mengatakan perlu maklum kepada pihak polis sahaja).
11: Beliau tidak perlu membuat sebarang siasatan kepada banyak laporan polis yang dibuat oleh KeADILan terhadap keganasan UMNO sehingga ada yang koma dan kepala berjahit 16 jarum akibat dihentak Pemuda UMNO.
 
Sleeping Alone with Tsai Ming-Liang
A Film RetrospectiveYour bed is ready, Mr Tsai!
Malaysia-born Taiwanese director Tsai Ming-Liang's movies have been celebrated around the world – from Cannes to Chicago to Istanbul – but not Malaysia. On May 17, however, his latest film "I Don't Want to Sleep Alone", which was shot in Kuala Lumpur last year, will open at The Picture House, Cathay Cineleisure, Damansara. Yes, finally!
To celebrate this homecoming, The Annexe, Central Market will showcase a retrospective of his previous films, plus a few shorts, from Thu May 10 – Sun 13 (8pm every night). Tsai Ming-Liang himself will drop by on Fri May 11 to chat with audiences. Please note: we are not screening "I Don't Want to Sleep Alone" -- you have to go to The Picture House for that. But for all his previous films, come here!
Schedule
Thu 10 May
STINKY KID + VIVE L'AMOUR
Fri 11 May
THE RIVER + Chat with Tsai Ming-Liang
(moderated by film critic Benjamin McKay)
Sat 12 May
THE HOLE + WHAT TIME IS IT THERE?
Sun 13 May
[To be confirmed]
English subtitles available.
Date: Thu May 10 – Sun 13
Time: 8pm
Venue: The Gallery, The Annexe, Central Market
Entry by Donation: RM8 (adults) , RM6 (students and senior citizens)
Enquiries: 03 2031 0399 / 5399 / 7399 / 9399
Synopsis
Vive L'amour (1994)
Three characters share a space unknowingly: 1. A real estate agent trying to sell her apartment, 2. The man she brings there for a sexual encounter, 3. A suicidal man who has stolen the apartment keys, and subsequently develops an attraction to the second man. (118 min)
Stinky Kid (Telemovie)
A kid is inflicted with a rare disease and his medication causes him to emit ammonia. As a result, he has no friends. Based on a true story.
The River (1997)
After playing a corpse in a film, Xiao Kang develops a mysterious neck ache which becomes suicide-inducing in spite of treatments recommended by his incestuous mother and gay father. (115 min)
The Hole (1998)
A man who lives above a woman in a crumbling building find themselves connected by a hole in the floor separating them, a serious leakage problem and a plague that has killed most of Taiwan. (95 min)
What Time Is It There? (2001)
A girl buys a watch that shows two different times from a street vendor. She wants to be able to see Taipei time while she is in Paris. The street vendor takes to watching classic French film The 400 Blows, and starts resetting all the clocks in the city to Paris time. His mother, grieving for his late father, sees the adjusted clocks as a sign of her late husband coming back. In Paris, the girl encounters the aging star of The 400 Blows. (116 min)
Director's Biography
"Even today," says Tsai, "I feel I belong neither to Taiwan nor to Malaysia. In a sense, I can go anywhere I want and fit in, but I never feel that sense of belonging."
Though born in Kuching in the year of Malaysia's independence, Tsai Ming-Liang is better known these days as a Taiwanese filmmaker. Having left his Kuching kampong after 20 years, he eventually graduated from the Drama and Cinema department of the Chinese Cultural University of Taiwan. First appearing around the early 90s with critically acclaimed films like Rebels of the Neon God and Vive L'Amour, his films have since gone on to win many awards at major international film festivals. In 2002, he received the distinguished medal of the Knight of Order of Arts and Letters from the French government, and in the following year, he was voted by UK paper The Guardian as #18 of the 40 best directors in the world.
Tsai Ming-Liang's films are famous for their static long takes and voyeuristic gaze on emotionally numbed urban individuals. Mostly set in Taipei, his film uses the city's dysfunction to force his characters into desperate, transient connections. These connections, however wordless, absurd or perverse, never fail to achieve devastating empathy with audiences around the world.
Last year, Tsai Ming-Liang made good a promise when he finally set a film in Kuala Lumpur, Malaysia. Shot mainly in an abandoned building he discovered in Pudu, the film captured the way illegal immigrants and locals care for and lust for each other. In the film, the city is also invaded by a haze "that is so humid it stinks of the perspiration of its multi-ethnic people. These men and women and the old mattress lose their way in the haze but find one another…"
"I Don't Want To Sleep Alone" opens May 17 at The Picture House, Cathay Cineleisure, Damansara. For more information, visit: http://myhomegreen.blogspot.com.
This Tsai Ming-Liang Retrospective is brought to you by The Annexe, Homegreen Films and Kelab Seni Filem Malaysia.
 
Saturday, May 05, 2007
10 SEBAB MENGAPA PARTIBAN MENJADI MOST ELIGIBLE BACHELOR
1. Beliau dapat menang di Daerah Mengundi Bukit Badong dan Jaya Setia tanpa perlu menemui pengundi di tempat tersebut.2. 2. Beliau tidak perlu menggunakan segala jentera kerajaan dalam kempennya seperti yang dilakukan oleh Timbalan Presiden UMNO dan Menteri Besar Selangor.
3. 3. Beliau ialah anak didik Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu
4. 4. Beliau dapat menarik sehingga lebih 90% pengundi untuk membuang undi mereka. Satu angka yang luar biasa.
5. 5. Beliau dapat menandingi seorang yang pernah mendapat anugerah CEO of the Year 1997, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil DUN 11 Ijok.
6. 6. Beliau hanya memberitahu media bahawa beliau “Good Looking’ apabila wartawan elektronik bertanya mengapa pengundi perlu undinya walhal KeADILan telah mengeluarkan pelan pembangunan kepada Ijok.
7. 7. Samy Vellu sendiri menawarkan untuk memilih calon isteri Partiban
8. 8. Orang Oxford seperti Khairy Jamaluddin sanggup menjadi samseng untuk memastikan Partiban menang
9. 9. Pengundi yang sudah mati bangkit untuk turut sama memastikan kemenangan Partiban
10. 10. Beliau akan menjadi orang paling setia meluluskan semua undang-undang Kerajaan Negeri Selangor di bawah MB Khir Toyo
Faisalmustaffa juga mengenalpasti bahawa Ijok telah memecahkan dua rekod dunia:
1. 1. Kenduri arwah (funeral) termahal iaitu melebihi RM100juta dalam masa Sembilan hari perkabungan mendiang Sivalingam (bekas ADUN Ijok).
2. 2. Ladang Tuan Mee adalah kawasan kediaman kecil yang mempunyai mesin jahit terbanyak selepas dihadiahkan oleh Kerajaan BN dalam memancing undi, Ladang Tuan Mee bukanlah sebuah kawasan yang berindustrikan fabrik.
 
Thursday, May 03, 2007
KELAB ANWAR IBRAHIM ANJUR PERTANDINGAN ESEI
Merpati Jingga, sebuah portal web yang ditubuhkan pada Ogos 2001 yang lalu akan menganjurkan pertandingan menulis esei yang bagi ahli-ahli komunitinya dan orang awam.Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Kelab Anwar Ibrahim (AIC) dan akan dibantu oleh Blog Bugs, sebuah kumpulan blogger yang memenangi hadiah utama Socio-Political Entrepreneurship (YSPE) 2006 di bawah anjuran Yayasan Frederich Naumann Foundation.
Dengan sokongan yang diterima daripada pihak yayasan dan Blog Bugs, pertandingan ini akan lebih meriah dengan menawarkan hadiah pertama RM500 beserta cenderamata.
Pemenang juga mungkin berpeluang untuk menghadiri beberapa siri seminar yang dianjurkan oleh yayasan di luar Negara khususnya dalam bidang penulisan.
Para pemenang dan artikel terbaik juga akan dipilih untuk dimuatkan dalam buku koleksi penulisan yang dipanggil Melangkaui Sempadan.
Pertandingan ini dijangka bermula pada pertengahan April dan siri setiap minggu, tajuk berlainan akan diberikan. Setiap minggu juga akan menyaksikan penyisihan peserta sehinggalah juara diperolehi.
Pertandingan akan dijalankan dalam Bahasa Melayu.
Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh hubungi faisal.mustaffa@gmail.com.
Untuk saringan awal peserta diminta menulis Esei 400 patah perkataan berkaitan dengan “Pemahaman Saya Mengenai Tahun Melawat Malaysia 2007.” Tarikh tutup pusingan ini ialah 15 Mei 2007.
Setiap dua minggu, seorang peserta akan dikeluarkan daripada pertandingan atas dasar mempunyai undi terendah.
Permakahan berdasarkan undian poll yang boleh diperolehi daripada laman Merpati Jingga dan 50% daripada juri professional.
ANWAR IBRAHIM CLUB ORGANISE COMPETITION
Merpati Jingga, a web portal which was established in August 2001 and have organized a numerous events now has planned a nationwide essay competition for young, liberal people.
The competition will be organized by Anwar Ibrahim Club (AIC) and assisted by a group of young influenced independent bloggers who called themselves Blog Bugs. They won the Young Socio-Political Entrepreneurship (YSPE) 2006. The competition is sponsored by Frederich Naumann Foundation.
With the support from the foundation and Blog Bugs, Merpati Jingga now is proudly offers RM500 for the grand prize.
The winner will also be given a chance to attend a seminar organized by the foundation in outside country.
Selected essays will also be chosen to be published in a book; Melangkaui Sempadan (Beyond Boders) – a collection of article in a book.
The preliminary session of competition will be conducted virtually in mid-April.
The competition will be conducted Bahasa Melayu.
For any enquiries, please contact faisal.mustaffa@gmail.com.
For the preliminary round, participants are require to write a 400 words essay about “My Understanding on Visit Malaysia Year 2007”. The essay must be in Bahasa Melayu.
Eery two weeks, one participant will be eliminated base on the lowest vote.
50% of the marks comes from the polling and 50% from the professional jury.
 
Rasuah Tertinggi dalam Sejarah Pilihan Raya Malaysia
Saya sudah mula terlibat dalam kempen secara langsung dalam pilihan raya sejak 2004 sungguhpun dari awal 1980an ketika masih belajar sudah mula menghadiri kempen-kempen parti politik dalam meraih undi.
Kempen di PJ Selatan untuk Sivarasa Rasiah dan Padungan untuk Dominique Ng. Akhir sekali di Ijok untuk Tan Sri Khalid Ibrahim.
Di Ijok sahaja, dalam tempoh sembilan hari, aku dapat anggarkan BN dan telah menaburkan RM100 juta untuk memancing undi; dari mentarkan seluruh jalan di Ijok, menghadiahkan 200 mesin jahit kepada penduduk di Ladang Tuan Mee sehinggalah menghadiahkan wang saguhati sekurang-kurangnya RM100 kepada pengundi yang mengundi mereka.
Gambar di atas menunjukkan salah seorang menteri kabinet yang menggunakan kenderaan milik kerajaan dengan escort yang sudah tentu dibayar oleh kerajaan untuk hadir di hari penamaan calon.
Kali ini aku diberi peranan yang penting iaitu mengetuai sebuah Daerah Mengundi yang mempunyai pengundi teramai di seluruh Daerah Mengundi di Ijok iaitu di Bukit Badong yang mempunyai pengundi seramai 1,913.
Sepanjang tempoh kempen, aku kena berhadapan dengan majoriti ahli kabinet yang menggunakan seluruh jentera kerajaan dalam kempen mereka di Bukit Badong (Bukit Badong mendapat undi pemabangkang dalam Pilihan Raya Umum 2004 yang lalu).
Namun, aku diberi semangat dengan hadirnya Dominique, Presiden, dan beberapa rakan luar yang meminta aku untuk bertahan dan terus dengan kempen-kempen yang aku sudah aturkan. Mereka percaya bahawa aku boleh lakukan.
Dalam tempoh kurang dari sembilan hari, aku teliti senarai pemilih, anjurkan program ceramah, ber maklumat tepat dalam kempen, serang pihak lawan secara berhemah.
Dalam tempoh itu juga, aku secara tiba-tiba dapat simpati penduduk Bukit Badong kerana mereka melihat aku sedang berhadapan dengan pemimpin-pemimpin kerajaan yang penuh dengan korupsi.
Mengikut keputusan yang diterima bersama segala penipuan, Bukit Badong hanya kalah dengan majoriti 12 undi.
Aku rasa, aku telah menang!
Senarai Pemilih
Dalam senarai pemilih yang diberikan, aku dapat keluarkan seramai lebih kurang 30 pengundi yang berusia 75 tahun ke atas. Dengan bantuan penduduk kampong, aku dapat pastikan yang 10 daripada nama tersebut memang sudah meninggal dunia. Daripada 10 yang meninggal dunia, aku Berjaya dapatkan tiga sijil kematian sebagai dokumen yang membuktikan yang nama-nama tersebut sememangnya sudah meninggal dunia.
Pengundi Hantu
Semasa hari pengundian, aku mendapat tahu bahawa pihak BN telah membuat satu jalan masuk belakang di Tempat Pengundian. Inilah jalan masuk yang diboloskan pengundi-pengundi hantu. Mereka masuk mengundi awal pagi (8 am) supaya perjalanan mereka tidak diketahui.
Kami hanya dapat kenalpasti apabila hanya mereka mahu beredar untuk pulang ke Utara (kemungkinan ke Perlis) pada sebelah petang dan bas tersebut ditahan dan dibawa ke Balai Polis. Gambar di sebelah merupakan pengundi hantu yang keluar daripada bas yang disyaki pengundi hantu dan menyelinap masuk mengikuti pintu belakang Pusat Pembuangan Undi.
Rakan-rakan wartawan (Singapore Straits Times, Asia 247 dan Malaysiakini) hadir untuk mendapatkan maklumat dan aku beri seluruh kerjasama kepada mereka.
Apabila aku arahkan penumpang bas untuk turun, aku dipegang oleh seseorang yang tidak dikenali dari luar bas dan mahu menghentak aku. Rupa-rupanya bas tersebut di’escort’.
Aku bernasib baik polis sudah pun tiba dan mereka tidak mengapa-apakan aku.
Kempen Kotor BN
BN juga menyerang kami dengan permainan kotor dengan menayangkan kain-kain rentang yang menayangkan kononnya Anwar Ibrahim agen Yahudi serta mengaitkan Anwar Ibrahim dengan Wolfowitz.
Ceramah sewaktu kempen perlu Permit
Salah satu ceramah yang aku anjurkan di perkarangan rumah persendirian diancam polis, ASP Rafik dari Gombak supaya dihentikan kerana aku didakwa tidak mempunyai permit.
Aku persoalkan hak kami untuk berhimpun dan aku juga beritahu bahawa tempoh kempen pilihan raya tidak perlu memohon sebarang permit, Rafik ancam untuk rampas alat pembesar suara kami.
Rafik juga secara samseng berlegar-legar di tapak ceramah (perkarangan rumah persendirian) menghisap rokok. Bila aku persoalkan samada beliau melakukan kesalahan kerana merokok sewaktu bertugas, dia menjawab bahawa dia boleh merokok sewaktu bertugas. Rafik juga memakai pakaian seragam polis dengan lencana ‘Saya Anti-Rasuah’.
Aku patuh untuk program keesokannya di Ladang Bukit Badong dengan memaklumkan kepada pihak polis.
Apabila sampai di tapak ceramah (No 36, Ladang Bukit Badong), kami diberitahu oleh pihak yang bersetuju bahawa mereka mendapat panggilan daripada polis untuk adakan ceramah untuk tidak meneruskan niat untuk adakan ceramah pada malam itu atas tujuan keselamatan.
Berikut ialah salah satu keratan akhbar yang menjelaskan Keadaan rasuah yang berlaku sewwaktu pengundian di Bukit Badong.
Election official witnesses 'vote-buying'
Soon Li Tsin (Malaysiakini)
May 2, 07 -- The polling process may be a highly guarded and secretive act of democracy but a source has revealed that the Ijok by-election was tainted with vote buying and other misdemeanours.
The source who was by official duty stationed in a polling station in Ijok, said that all polling officials, agents and observers were first required to sign a form that protects the secrecy of the process.
“But nobody really follows it anyway,” the source who declined to be named told malaysiakini.
The official then gave an eyewitness testimonial about a woman voter who asked for money from the presiding officer (the Election Commission officer in charge of the polling station).
“I remember her name and she was 27 years old. She was a rather plump Malay woman and she was wearing an aerobic-like suit.
“After voting, she showed a letter to the presiding officer and said ‘Mana duit untuk tambang?’ (Where is the money for the journey)," said the official.
"The presiding official was embarrassed and let the woman walk out of the room,” said the official.
However, the source pointed out that she looked much older than her stated age in her IC.
An election observer managed to take a picture of the woman and her vehicle after receiving a tip off from the official inside.
Asking money from PKR too
Parti Keadilan Rakyat’s international bureau chief Faisal Mustaffa who was in charge of the that particular polling station said the said woman was in their ‘suspect’ list of questionable voters.
Gambar di atas menunjukkan antara pengundi hantu yang turun dari bas PGY 7000 dan mengundi memasuki pintu belakang yang dirobohkan di bahagian belakang Pusat Pengundian di Bukit Badong.
“The list consisted of about 30 names of voters who had incomplete addresses and were not known by the people in the area.
“She was on that list and we had it confirmed that she made an appearance,” he said.
He said he later received an SMS bearing her name and her IC number asking for payment because she claimed voting for PKR.
“[...] asked where to collect fare. She has a claim form with her name and a letter from Umno. She is [her voter number],” the text message read.
Faisal said he was highly suspicious of her intent and did not reply to it.
“I did not reply and I don’t know who she is. She then sent a second SMS asking me not to circulate her first SMS,” he said.
In Saturday’s by-election, PKR candidate Khalid Ibrahim lost to Barisan Nasional’s K Parthiban by a 1,850 vote majority amid allegations of election irregularities and phantom voters.