Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!
~ faisal mustaffa online ~
 
Sunday, November 13, 2005
Lintas Langsung Perjalanan Mengambil Jenazah Dr Azahari Husin
Ahli keluarga Dr Azahari Husin iaitu adik Dr Azahari, Dani Yamin Husin dan biras Rustam Mustami akan pergi Jakarta, Indonesia bagi menuntut jenazah (sekiranya benar) ahli keluarga mereka yang dicapkan sebagai pengganas dan orang yang bertanggungjawab dalam beberapa kejadian pengeboman yang berlaku di Indonesia.''Ini adalah penemuan terbesar dalam memerangi terorisme yang kami peroleh dalam tahun ini. Saya berharap, rakyat dapat tidur lebih nyenyak di malam hari,'' ujar Presiden Susilo dalam majlis Forum Anggota Parlemen untuk Kependudukan dan Pembangunan Asia Pasifik VIII di Jakarta, 12 November lepas.
Azahari, jelas Presiden, adalah warga negara Malaysia yang merupakan otak dan perakit bom yang meledak di sejumlah daerah di Tanah Air.
Laporan Balai Post berkata terdapat banyak lagi alat letupan dijumpai di tempat persembunyiannya.
Ia dikatakan adalah untuk dilancarkan pada perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru 2006.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home