Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Wednesday, April 30, 2008

GMI Taruh Harapan kepada Ahli Parlimen Baru

Gambar akan dikirimkan beberapa jam lagi

PARLIMEN 30 April - Gerakan Mansukhkan ISA (GMI) bersama Lembaga Jawatankuasa Hak Asasi Manusia (HRC) memohon Ahli-ahli Parlimen yang mula bersidang hari ini agar membahaskan laporan-laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Parlimen dan melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh badan suruhanjaya itu.

Parlimen yang bersidang untuk penggal ke 12 pada hari ini juga dipohon untuk menganjurkan dialog bersama wakil-wakil Suhakam, wakil-wakil dari pejabat Peguam Negara, badan-badan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan hak asasi manusia dan Majlis Peguam bagi membincangkan isu-isu berkaitan dengan isu-isu hak asasi manusia.

Melalui jumlah ahli parlimen daripada Pakatan rakyat (PR) yang melebihi dua pertiga melalui Pilihanraya ke 12 yang baru lalu, GMI menaruh harapan bahawa hasrat perjuangan mereka untukk mansuhkan undang-undang drakonian seperti ISA tercapai.

Menurut laporan Suhakam 2003, badan suruhanjaya itu menyatakan bahawa penahanan tanpa bicara bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia dan tidak menilai semula undang-undang tersebut.

Melalui sidang media yang diadakan oleh GMI dan HRC di sini, mereka menyatakan kebimbangan mengenai undang-undang yang ada sekarang; yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan melanggari kedaulatan undang-undang.

Sidang media ini dihadiri oleh wakil-wakil GMI dan HRC seperti SYed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi GMI), Amer Hamzah (HRC) dan Datin Seri Wan Dr Wan Azizah Ismail selaku Ketua Pembangkang.

Wan Azizah menyambut baik memorandum yang diserahkan kepada beliau bahawa akta tersebut bercanggah dengan Deklarasi Sejagat Kepada Hak Asami Manusia 1948 (UDHR) dan Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1976 (ICCPR).

Selain daripada menggesa kesemua tahanan-tahanan ISA dibebaskan tanpa syarat atai dibicarakan, memorandum itu juga mendesak supaya undang-undang seperti Ordinan Darurat (EO)1969 dan Akta Dadah Merbahaya (DDSPMA) 1985.

Badan gabungan itu juga menuntut agar pihak kerajaan memohon maaf kepada kesemua tahanan yang pernah ditahan di bawah akta tersebut dan menawarkan pampasan atas semua kepayahan dan ketidakadilan yang dialami oleh tahanan dan keluarga mereka.

Pada akhir sidang media itu juga, lencana “Malaysia Bebas Dari ISA” diedarkan kepada semua ahli parlimen yang hadir.

Labels: , , ,

1 Comments:

At 2:43 pm, Anonymous Anonymous said...

Senang sahaja ISA tidak berguna lagi, kembali kepada islam, setiap jenayah atau kelakuan buruk perlu diadili, kalau terbukti baru jatuh hukum, dalam islam pun kena bicara dahulu.Hapuskan ISA.Bebaskan Mereka...

wahai penulis blog dan rakan2 …..
Layarilah blog aku di http://khairilazuar.wordpress.com
silalah beri komen ke artikel yang aku tulis.

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com