Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, December 21, 2007

Filem Anak Halal: Undang-undang Bermula dengan Sistem Negara




Aku dijemput untuk menghadiri prebiu sebuah filem yang aku nanti-nantikan di bawan cerita asal Osman Ali.

Tayangan prebiu diadakan pada 6 Disember lalu di Mid Valley.

Kali ini, Osman tidak lagi terkapai-kapai dari segi kewangan dalam membikin filem kerana beliau telah pun memasuki hanyutan mainstream.

Osman yang aku kenali lebih gemar mengeluarkan filem-filem pendek dan independen.

Filem berani Osman Ali kali ini berjaya mendapat klasifikasi ‘U’ (Untuk Tayangan Umum) selepas Lembaga Penapisan Filem (LPF) membuat dua potongan.

Filem yang memfokuskan keadaan remaja kota yang terpinggir ini memaparkan keadaan hampir sebenar keadaan yang berlaku di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur.



Babak yang tidak mendapat kelulusan LPF ialah ketika Milya lakonan Raja Farah dirogol oleh salah seorang gangster lakonan Fauzi Nawawi yang menuntut hutang daripada keluarga Milya sebagai ‘bayaran hutang’. (Gambar atas)

Babak lain ialah apabila Osman Ali cuba tayangkan ‘pesta lalok’ oleh anak-anak muda yang sedang gian menikmati najis dadah di sebuah gudang yang ditinggalkan.

Namun, terdapat banyak lagi adegan-adegan ganas dalam filem ini yang tidak sepatutnya membolehkan Anak Halal mendapat ‘U’ seperti aegan lepasan geram Milya terhadap mayat ketua gangster lakonan Zulhuzaimi.

Kisah Benar

Menurut Osman Ali, isu-isu yang cuba diketengahkan dalam filem beliau kali ini berdasarkan realiti sungguhpun watak-watak di dalamnya dicipta.


Suggguhpun Osman tidak menafikan bahawa pembikinan filem ini banyak dipengaruhi oleh filem City of God, Osman memberi latar belakang budak-budak jalanan yang menghabiskan masa bersama rakan-rakan mereka di bawah jambatan dan di atap rumah pangsa.

Kedua-dua filem ini memaparkan babak bapa yang terjebak dalam jenayah atas kesempitan hidup dan kedua-duanya membawa kesimpulan di mana undang-undang yang bermula dengan sistem di dalam Negara itu sendiri.

Tujuan beliau yang cuba mempamerkan gejala-gejala sebenar di ‘belakang kota’ adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.

Mesej filem ini jelas bahawa dadah adalah satu perkara yang jangan didekati sama sekali.

Filem ini bermula dengan seorang lelaki bernama Hisham lakonan Rosyam Nor, seorang penjenayah dalam keadaan tersepit telah menyerahkan bayi lelakinya kepada Mariam (Mislina Mustaffa), seorang perempuan gila.

Penjenayah tersebut telah ditangkap dan dipenjarakan.

Mariam yang gila dan hidup di jalanan membesarkan bayi tersebut Indraputra (Putra) lakonan Farid Kamil dalam serba kedaifan. Mereka tinggal di kawasan setinggan, berjiran dengan Bu Leha dan anak perempuannya Johanna (Jo) lakonan Maya Karin seorang gadis lasak yang dalam diam menyukai Putra. Namun, kebahagiaan Putra bersama ibunya berakhir apabila dipisahkan oleh pihak berkuasa.

Putra kemudiannya dibesarkan oleh Bu Leha (Kartina Aziz) yang membawa Putra dan Jo berpindah ke Kuala Lumput dengan harapan hidup mereka akan menjadi lebih baik. Putra dan Jo membesar sebagai remaja jalanan. Putra bekerja di bengkel kereta manakala Jo dan ibunya berniaga buah-buahan di Pasar Chow Kit demi sesuap nasi.

Erzan (Adi Putra) dan Amira Atikah (Fasha Sandha) pula antara sahabat rapat Putra dan Jo. Mereka terjebak dengan penggunaan najis dadah akibat tekanan dan desakan hidup. Amira Atikah yang ketagihan dadah telah melarikan diri dari rumah. Selain mengedar dan menagih dadah, Erzan yang terpaksa menaggung beban hutang tinggalan ayahnya telah menjadi buruan kuncu-kuncu Hisham.


Linear Story Telling

Berbanding dengan filem-filem lain yang pernah ditulis oleh Osman Ali, Anak Halal berbentuk linear di mana filem ini ‘bercakap’ dalam bahasanya tersendiri.



Ianya bermula daripada filem pendek di bawah tajuk yang sama dan kemudiannya diberi kepercayaan oleh pengeluar filem supaya Anak Halal diterbitkan dalam format yang panjang.

Berbanding dengan filem Osman yang lain seperti Puaka Tebing Biru, filem yang memakan masa 50 hari penggambaran dan 180 gulung filem itu lebih berupa filem non-linear.

Pelakon Tak Sesuai

Barisan pelakon yang menerajui Anak Halal dirasakan kurang sesuai. Mungkin kerana watak-watak yang dipilih itu mempunyai nilai dalam memasarkan filem tersebut.



Maya Karin (atas) tidak mempunyai rupa paras seorang gadis penjual buah-buahan. Dialeknya juga gagal menyamai budak-budak yang dibesarkan di belakang kota.

Begitu juga Bront Palarae yang melakonkan watak Danial, rakan Adiputra.

Farid Kamil, Fasha, Rosyam, Adi Putra, Zulhuzaimi, Fauzi dan Mislina bawa watak masing-masing dengan sungguh berkesan.


Filem keluaran Tayangan Unggul ini diterbitkan oleh Gayatri Su-Lin Pillai dan diselaras oleh Hazil Izham Ismail. Muzik di bawah nukilan Nor Zaidi dan Audi Mok manakala adegan-adegan stunt di bawah arahan William.

Labels: , , , , , , , , , , , , ,

2 Comments:

At 10:06 pm, Anonymous Anonymous said...

citer cam merepek je.. ptot name filem die anak haram.. sbb aksi die cam aram n gampang..

budaya malaysia n melayu islam yg asli ke ni?

Bw sumthin r atau satu anjakan paradigma.. Ni rosak bgsa lg ad r bengong..

bc ni kalu nk full review faisal.. http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/anak-halal-filem-yang-sia-sia-filem-batil.html

 
At 8:36 pm, Blogger jasonbob said...

kenzo
kawhi leonard shoes
adidsas yeezy
nike kyrie 5
supreme
yeezy shoes
paul george shoes
lebron james shoes
longchamp handbags
steph curry shoes

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com