Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Friday, January 19, 2007

Filem psycho SYAITAN: Adegan Stunt Menarik




Dalam kesibukan aku jelajah ke seluruh negeri (termasuk Sabah dan Sarawak) atas urusan kerja, aku tetap sempat melapangkan masa memenuhi jemputan kepada preview filem yang bakal ditayangkan yang memulakan tirai 2007.

Kebetulan hari tersebut aku aku tidak membuat apa-apa temujanji. Sepatutnya aku dan blogger Zulhabri pergi menonton filem ’hantu’ ini, tetapi beliau terpaksa menggantikan staf yang cuti sakit.

Filem ini dianggap satu filem yang agak perlahan jalan ceritanya. Pada setengah jam awal, ceritanya masih belum ke mana-mana.

Sunggupun jalan ceritanya perlukan sedikit sebanyak pemfokusan lebih, adegan yang lebih menarik perhatian penonton iala adegan stunt yang dilakonkan dalam watak Muslim (lakonan Rosyam Nor) dan Dalila (lakonan Lisdawati).

Antara adegan-adegan tersebut ialah semasa Muslim terjun dari tingkat tujuh apartment dan hempas di atas kereta. Pergerakan slow-motion begitu menjadi.

Begitu juga ketika Muslim mengalami kemalangan di mana tempias-tempias pasir yang dibawa lori yang melanggar kereta mangsa berderai dalam gerakan slow-motion.

Bukan hanya Rosyam Nor melakonkan adegan stunt. Lisdawati juga berani untuk ’terbang’ berguling melepasi kereta ketika dihentak kereta yang laju dalam satu adegan kemalangan. Sungguh real!

Mungkin kos pembikinan RM1.4 juta banyak diperuntukkan untuk adegan-adegan tersebut.

Seperti yang kita sedia maklum, penglibatan pengarah Bade Hj Azmi dalam filem sejak 1982 banyak dipraktikkan dalam filem ini.

Antara filem-filem stunt yang diarahnya ialah seperti KL menJERIT, KL menJERIT 1.

Filem ini berkisar tentang Dalila dan Muslim yang baru berkahwin berpindah ke sebuah apartment baru.

Paksaan untuk berkahwin telah membuatkan Dalila rasa tertekan. Saat inilah, syaitan durjana memainkan peranannya menghasut perasaannya agar melakukan sesuatu di luar batas manusia.


Atas perancangan rapi, kereta Muslim telah bertembung dengan lori yang menyebabkannya koma. Dalam komanya, Muslim dihantui oleh kejadian-kejadian pelik yang seperti benar-benar berlaku. Setelah sedar dan dibenarkan pulang, Muslim cuba menceritakan kepada Dalila igauan komanya itu. Dalila cuba mengelak daripada mendengarnya dengan memberikan pelbagai alasan. Namun apa yang dilalui Muslim dalam koma mula menjadi nyata apabila sekali lagi beliau cuba dibunuh, tetapi dapat diselamatkan oleh Ana, seorang ‘anak istimewa’.

Jangan harap jika para penggemar filem seram untuk melihat syaitan, hantu atau pun jembalang dalam filem ini. Cuma sound-effect nya mungkin agar menggegarkan pop-corn anda.

Selain Rosyam Nor dan Lisdawati, pelakon-pelakon lain yang menjayakan filem ini ialah Que haidar, Kusyairy, Zulhuzaimy, Liyana Jasmay, Ellie Suriaty, Azri Iskandar dan Nurkhirah.

Syaitan ialah filem ke-14 Tayangan Unggul Sdn Bhd.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com