Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Tuesday, May 24, 2005

Umno menghasut rakyat dalam seminar Melayu dalam Bahaya : Azwanddin

KeadilanRakyat.org telah berhubung exco Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Azwanddin Hamzah atas laporan polis yang dikemukakan terhadap Umno kerana seminarnya, Melayu dalam Bahaya yang dikatakan mengandungi unsur-unsur hasutan.

Azwanddin menyebut, Umno melalui dua laman web, iaitu Prowaris dan Umno-Reform telah merendah-rendahkan Melayu atas kegagalan bangsa itu sehingga memberi peluang kepada bangsa-bangsa lain untuk maju.

Akhir - akhir ini, dua lelaman jahat tersebut telahpun siarkan desas - desus kononnya Azwanddin telah dipecat daripada jawatan beliau sebagai kerana telah keterlaluan dalam membongkarkan rahsia isu Melayu Dalam Bahaya. Di sini KeadilanRakyat.org ingin menegaskan bahawa dakwaan itu adalah satu perbohongan yang bermotif untuk membalas dendam oleh dua lelaman itu terhadap Azwanddin sahaja.

Ikuti temuramah wartawan Faisal Mustaffa bersama Azwanddin.

KeadilanRakyat.org : Dalam mana UMNO/BN telah memenangi lebih 90% kerusi di Parlimen, apa motifnya UMNO dari segi "political mileage" untuk memperkatakan isu Melayu Dalam Bahaya ?


Azwanddin : Itu mungkin kelebihan mereka. Mereka tidak pernah “under estimate� kekuatan pihak lawan dan tidak pernah mengambil mudah dalam urusan “survival� politik mereka. Kita harus melihat kualitatif peratus undi yang mereka dapat dalam pilihan raya yang sudah. Mereka tahu kuantitatif undi boleh di manipulasi dan mereka sedar akan kemerosotan sokongan dikalangan Melayu. Siapa UMNO tanpa sokongan orang – orang Melayu? Kita dalam Barisan Alternatif sendiri peka mengenai peratus undi yang mereka dapat dan bagaimana mereka memperolehinya. Kita telah melaporkan kepada pihak berwajib mengenai kepincangan pilihan raya dan saya pasti UMNO lebih arif mengenai situasi sebenar pilihan raya atas kesedaran itu mereka harus menjalankan program – program bagi memastikan mereka terus memerintah. Kita perlu juga bertindak agresif dan peka terhadap tektik dan teknik dalam memastikan “survival� mereka. Bagi saya ini adalah formulasi UMNO untuk mengajak Melayu kembali ke dalam UMNO dengan slogan provokatif mereka “ Melayu Dalam Bahaya� supaya mereka terus berkuasa menipu bangsa.

Senario politik semasa jauh lebih berbeza dari politik 1969 dari segi penguasaan kerusi di Parlimen baik di DUN setiap negeri. Parti pembangkang kaum Cina contohnya DAP hanya memperolehi 12 kerusi di Parlimen. Jadi di mana rasionalnya isu Melayu dalam Bahaya dalam konteks ini ?

Mula -mula sekali susun atur politik tahun 1969 dan sekarang 2005 tidak banyak berubah dari segi asas. Kita masih lagi masyarakat majmuk, sistem politik kita masih serupa dengan dominasi UMNO, corak demokrasi kita adalah serupa – ciptaan UMNO iaitu demokrasi terpimpin yang di pimpin oleh segelintir mereka yang rakus menagih kuasa. Perbezaan sekali lagi di utarakan dari segi kuantitatif atau nilai peratusan tanpa makna. Kalau itu sudut pandangan kita memang benar tahap kemiskinan negara ini semakin pulih tetapi apakah peratus kemiskinan yang semakin turun itu di kira dengan nilai sebenar? Bagi penduduk kota khususnya Kuala Lumpur pendapatan RM 700.00 tidak termasuk dalam statistik kemiskinan sedangkan kita sedar kualiti RM 700.00 sebenarnya bagi keluarga sederhana besarnya adalah di dalam kategori kemiskinan.

Relevan antara peratus kerusi DAP dengan meraih sokongan Melayu bukan satu persoalan mutlak. Persoalan mutlak adalah penggunaan sentimen perkauman untuk menagih sokongan yang mampu memudaratkan perpaduan Nasional.

Perlu di tekan bahawa slogan “Melayu Dalam Bahaya� sudah secara prima fasies menaikkan kegusaran orang – orang Melayu. Ini sudah cukup untuk membangkitkan tanda tanya kepada orang - orang Melayu apakah bentuk – bentuk ancaman yang hadir kepada orang – orang Melayu. Namun yang menjadi bantahan ialah penggunaan sentimen ini yang hanya untuk mendapatkan sokongan politik UMNO. Bermain dengan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan politik bagi adalah tindakan terdesak. Kita sebagai pembangkang harus ke depan menegur UMNO dan organisasi – organisasi tidak rasmi mereka dalam usaha untuk menakutkan orang Melayu atas alasan keperluan kita bersatu untuk menguntungkan beberapa kepimpinan dan kronis dalam UMNO.

Rakyat melihat isu Melayu dalam Bahaya bukan dalam konteks antara konflik di antara Melayu dengan Bukan Melayu tetapi lebih kepada “survival� satu kelompok Melayu dalam satu “circle� orang Melayu terhadap sekelompok kumpulan Melayu yang lain . Contohnya di antara kelompok Melayu dalam UMNO dengan Melayu dalam PAS atau keADILan. Jadi laungan Melayu Dalam Bahaya tadi lebih kepada usaha satu kumpulan cuba menarik Melayu teramai tadi menyertai kumpulan mereka ?

Bermain dengan sentimen perkauman tidak seharusnya di jadikan satu budaya politik. Apa pula sekiranya Parti Keadilan Rakyat memainkan sentimen Cina Dalam Bahaya untuk mendapatkan sokongan kaum Cina antara sirkulasi masyarakat Cina dalam Barisan Nasional? Kenapa perlu kita meletakan sentimen BAHAYA yang sekali lagi bagi saya adalah tindakan terdesak yang mampu mengugat keharmonian perkauman dengan pembentukan keraguan antara kaum. Saya
tidak menghalang sebarang usaha untuk menaikkan martabat Melayu, pencapaian Melayu tetapi jangan gunakan sentimen perkauman untuk meraih sokongan. Ibarat kata orang - Jangan bermain api� dan sentimen perkauman ini adalah bentuk – bentuk mainan api yang boleh dan mampu membakar diri. Mereka boleh melakukan aktiviti – aktiviti untuk mendapatkan sokongan menyertai UMNO tetapi dengan menakutkan Melayu kononnya bangsa kita sedang terancam kerana perpecahan antara sesama khususnya perpecahan Melayu yang di tunjangi oleh PAS dan Keadilan dan bangsa kita akan terhakis kuasa politik dan ekonomi merupakan satu tindakan yang terdesak yang cukup merbahaya. Kita perlu di lihat juga interpretasi mereka yang hadir dalam program tersebut.

Satu logik konseptual yang perlu di perhatikan secara halus ialah – kalau Melayu Dalam Bahaya – dari segi politik, kalau Melayu sedang terhakis kuasa politik mereka, kepada siapa kuasa itu berpindah? Walaupun usaha mereka adalah untuk meraih sokongan Melayu antara Melayu untuk menyertai kumpulan mereka, jangan membabitkan konseptual palsu, menggertak – mengugut dan memainkan unsur “ambiguity� sentimen yang mampu mengugut perpaduan nasional.

Sekira dibuat perbandingan konflik kaum 13 Mei 1969 dengan senario masa kini , bukanlah terdapat jurang yang begitu luas terhadap pencapaian ekonomi orang Melayu ketika itu berbanding dengan pencapaian orang Melayu ketika ini? Rata-rata pencapaian ekonomi orang Melayu sekarang ini jauh lebih baik serta tahap kemiskinan di kalangan orang Melayu lebih rendah berbanding 36 tahun yang lalu ? Jadi kenapa perlu ditiupkan kebimbangan Melayu dalam Bahaya¹ ini dan di manakah "political mileage" nya ?

Yang menggagalkan orang Melayu adalah kepimpinan Melayu khususnya UMNO. Kuasa pentadbiran baik eksekutif mahupun legislatif adalah di tangan kepimpinan Melayu dan sebarang kegagalan menaikkan taraf orang Melayu harus di bebankan kepada mereka. Sebenarnya perbezaan pengukuran taraf orang Melayu seharusnya tidak di ukur dari sudut “vertical comparison� sahaja. Perlu kita lihat “horizontal statistical comparison� dan seharusnya di teliti sebelum kita membuat andaian manipulasi pengiraan kemajuan ala UMNO.

Melayu sebelum tahun 1969 dengan Melayu tahun 2005 adalah satu bentuk perbandingan yang saya namakan “vertical comparison� tadi. Perlu juga di kaji Melayu sebelum tahun 1969 dengan bangsa lain tahun 1969 dan ini saya namakan “horizontal comparison�. Atas dasar pengiraan statistik ini jugalah saya mahu tanyakan apakah perbezaan pencapaian Melayu dengan Cina dalam tahun 2005 berbanding dengan pencapaian dari semua segi antara Melayu dan Cina pada tahun 1969? Apakah pengertian kualitatif perkembangan orang - orang Melayu?

Sekali lagi saya tegaskan, kegagalan Melayu adalah kerana pemerintah yang korup dan tidak memikirkan masa depan rakyat implikasi dari kegagalan mereka – mereka mainkan sentimen Melayu Dalam Bahaya untuk menutup dan menipu orang – orang Melayu. Yang mahu mereka salahkan adalah perpecahan yang di buat oleh PAS dan Keadilan sebagai punca dan bukan mereka sebagai penyebab.

Apakah telah dibuat kajian yang menyeluruh tentang impak Melayu Dalam Bahaya ini di kalangan orang Melayu di bandar ataupun di luar bandar dan apakah maklum balas dari mereka ?

Saya percaya UMNO sendiri sedar slogan – slogan ini dan manipulasi Melayu sedang di ancam dan dalam keadaan merbahaya ini mampu mengukuhkan sokongan orang - orang Melayu terhadap mereka bagi membolehkan mereka menutup kegagalan mereka dalam mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru. Bagi saya ini penipuan dan harus segera di hentikan. Mengenai kajian menyeluruh mengenai impak antara bandar dan luar bandar ianya sukar kita lakukan kerana ini lebih melibatkan saikologi penerimaan berbeza. Bagi saya matlamat UMNO menakutkan Melayu dan menggalakkan perasaan keraguan semata – mata untuk mendapat sokongan tanpa mempedulikan implikasi terhadap perpaduan nasional adalah tindakan terdesak mereka.

Apakah terdapat nya prejudis terhadap hak kebebasan mengeluarkan pendapat walaupun ianya dianggap mirip kepada isu perkauman seperti yang sering dilaungkan sendiri oleh pihak pembangkang dan lain-lain NGO sosial ?

Hak kebebasan mengeluarkan pendapat perlu kita sokong. Saya tidak nampak sikap prejudis kita dalam mengeluarkan pendapat tetapi ini bukan soal mengeluarkan pendapat untuk kepentingan bersama dan dalam konteks ini untuk kepentingan Melayu. Ini bagi saya adalah satu representatif salah dan ianya adalah untuk kepentingan politik. Mereka boleh melakukan apa sahaja – mengajak orang menyertai UMNO dengan menyatakan prinsip perjuangan mereka
hatta boleh mengatakan bahawa mereka adalah parti yang satu – satunya untuk orang - orang Melayu. Mereka boleh melakukan program – program pro aktif yang luhur mahu meningkatkan martabat orang - orang Melayu tetapi dengan meniup sentimen kegusaran antara kaum untuk meraih sokongan adalah tindakan tidak waras yang perlu di bantah.

Adakah sesiapa telah menghadiri program dan Seminar tersebut dan mengetahui isi kandungan serta bahan bacaan yang diedarkan kepada peserta ?

Ada dan kita sudah mendapat laporan menyeluruh mengenai program tersebut dan kerana itu lah kita membuat laporan polis.

Apakah maklum balas dari parti-parti Cina yang merupakan komponen utama dalam Barisan Nasional seperti MCA dan Gerakan terhadap isu Melayu dalam Bahaya ini ? Setakat ini pun kita tidak pernah mendengar sebarang komen dari DAP dalam perkara ini?

Kalau mereka membantah pun saya percaya mereka lakukan dalam selimut Barisan Nasional. Perlu di ingatkan program ini adalah program tertutup mereka. Bangsa - bangsa lain tidak dibenarkan hadir dan penjelasan program itu perlu di buat oleh UMNO kepada MCA dan GERAKAN dan hanya mereka yang tahu. Bagi DAP kita telah sedia maklum prinsip perjuangan mereka. Kita harus tanya mereka mengenai isu ini sama ada mereka setuju atau tidak program – program seperti Melayu Dalam Bahaya. Apa yang saya tidak mahu lihat ialah akhirnya
kita melihat setiap bulan program – program seperti Melayu Dalam Bahaya, Cina Dalam Bahaya dan India Dalam Bahaya di buat semata – mata untuk politik dan kepentingan politik orang - orang tertentu untuk terus mengekalkan kuasa.

Adakah situasi politik semasa boleh disamakan semasa 13 Mei 1969 ? Di mana agaknya kewajaran Melayu Dalam Bahaya dalam situasi sekarang? Rata-rata rakyat melihat situasi politik negara adalah stabil dan baru sahaja diberikan mandat yang besar melebihi 2/3 untuk memerintah dalam pilihan raya yang lepas.

Melayu ketinggalan. Kita sebagai Melayu perlu di memartabatkan bangsa tanpa sebarang unsur diskriminasi terhadap bangsa lain. Kita ada perlembagaan dan kita hormati perlembagaan. Situasi ini BUKAN situasi 13 Mei 1969 yang kita harapkan jangan berlaku lagi. Oleh itu sensitiviti antara kaum perlu di jaga. Kita tidak mahu kemunduran ekonomi orang - orang Melayu kerana pentadbiran yang korup, kronis dan penuh nepotisme akhirnya menimbulkan
ketegangan kaum. UMNO gagal dan UMNO perlu perbaiki. Jangan menutup kegagalan dengan bertindak mengambil insurans kononnya Melayu Dalam Bahaya dari konteks tekanan bangsa – bangsa asing. Melayu Dalam Bahaya dari segi politik, ekonomi dan sosial adalah kegagalan mereka. Sebagai orang Melayu kita sokong semua agenda yang mahu menaik taraf orang – orang Melayu dan bukan segelintir Melayu dalam UMNO sahaja. Sekali lagi soal mandat 2/3 di
timbulkan tanpa pengukuran yang sebenarnya. Bagi saya mandat 2/3 yang di berikan oleh rakyat sama ertinya dengan logo halal palsu. Jentera kerajaan di gunakan, media di sekat, penerbitan di batas, SPR di manipulasi dan wang di taburkan – apakah ini 2/3 majoriti berasaskan demokrasi?

Adakah permohonan MCA kepada pihak untuk menambahkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dalam RMK-9 dianggap keterlaluan dan dilihat mencabar orang Melayu sehingga menyebabkan orang Melayu dalam bahaya sedangkan kuasa melulus atau tidak permohonan tersebut sendiri terletak di tangan pemimpin-pemimpin Melayu dalam kerajaan UMNO/BN ? Jadi kita tak nampak relevannya dimana ?

Saya tertarik dengan kenyataan Saudara – kuasa melulus di tangan orang Melayu. Seperti yang telah saya katakan tadi, kuasa eksekutif dan kuasa legislatif terletak di tangan orang Melayu – UMNO khususnya. Mereka mendapat kuasa tersebut dari 2/3 undi yang saudara tekan tadi. Kenapa mereka takut? Satu jawapan yang menjelaskan perkara ini adalah mereka sendiri ragu
mengenai masa depan politik mereka. Mereka tahu kesedaran politik kini sedang memuncak dan rakyat mula membicarakan hal – hal kewibawaan memerintah dan perlaksanaan asas demokrasi serta keadilan sosial. Mereka takut hilang sokongan dan UMNO sedar mereka sudah kehilangan sokongan dari orang – orang Melayu. Mereka perlu melakukan sesuatu untuk meraih sokongan Melayu. Namun dengan cara menyemarakkan ancaman kepada bangsa dengan harapan semangat nasionalisme dapat di satukan dalam UMNO adalah satu cara yang merbahaya. Bagi saya ianya membelakangi semangat perpaduan nasional. Saya beranggapan
rakyat perlu di perjelaskan – bahawa kemunduran orang - orang Melayu bukan kerana agama dan budaya, ianya adalah kerana kepimpinan UMNO yang hanya meletakan prioriti mendapat dan mengekalkan kuasa untuk agenda parti dan kepimpinan dalam parti dan bukan memperjuangkan nasib bangsa dan rakyat.

Mengenai isu sekolah Cina, keperluan adalah ukuran dan bukan politik. Bukan meluluskan sekolah tersebut hanya kerana loncatan politik tetapi melihat keseluruhan aspek kepentingan bersama.

Akhir kata , bagi saya perjuangan itu perlu ikhlas dan berteraskan kepentingan rakyat dan bukan satu – satu wadah. UMNO jangan berselindung di balik isu perkauman untuk terus memerintah. Umno perlu ikhlas menerima kegagalan mereka dalam menjayakan agenda Melayu dan perjuangan Melayu. Rakyat perlu tahu dan perlu mengambil tahu. Melayu Dalam Bahaya bagi saya adalah tindakan terdesak untuk mengembalikan sokongan Melayu dan politik mereka – bukan untuk membela rakyat Melayu.

1 Comments:

At 7:22 pm, Blogger shafarina said...

My boss is going to kill me if he happens to read this!

Wahai para pemimpinku, sedarlah yang kami semua sudah berubah. Kami bukan mudah digula-gulakan. Kami bukan lagi duduk di bawah tempurung!

p/s: Kalau sokong pun, bukan dasar kebenaran. Tapi atas periuk nasi. Bukan saya saja, ramai orang UMNO lain begitu juga!!

 

Post a Comment

<< Home

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com